Tips Penjagaan Kuku

Assalamualaikum.. Semua Pembaca..

Entri kali ini Tok Aki nak berkongsi dengan para wanita dan lelaki pun boleh tumpang sekaki. Jika sebelum ini Tok Aki banyak berkongsikan tips yang lebih umum, namun kali ini Tok Aki nak beri kelainan sedikit dan lebih fokus kepada kaum hawa iaitu Tips Penjagaan Kuku.

Penjagaan Kuku

Bagaimanapun, petua secara tradisional akan Tok Aki selit kerana tanpa petua turun-temurun tentu kita tidak akan ada di muka bumi ini.

Secanggih mana rawatan moden, adakalanya pendekatan secara tradisional turun-temurun juga penting untuk dijadikan ikutan supaya ia tidak ditelan zaman.

Tok Aki tak kata rawatan moden tak bagus. Ia memang bagus tetapi tentu saja kosnya juga sebagus rawatannya.

Namun, Tok Aki nak dedahkan Tips di mana kita tidak perlu mengeluarkan banyak wang untuk mendapatkan kuku yang cantik, bersih dan tersusun.

Tips 1: Jangan gigit kuku

Ini adalah tips paling asas kepada semua. Amalan menggigit kuku boleh dikatakan menjadi rutin sebahagian kita tidak kira lelaki atau wanita. Ia seakan-akan menjadi satu tabiat kepada mereka di luar sana.

Menggigit kukuh tidak hanya merosakkan kuku malah mungkin anda juga boleh dijangkiti bakteria iaitu e-Coli yang terdapat pada kuku. Tak semestinya kuku kita nampak bersih ia ternyata bebas dari kuman.

Menggigit kukuh sebenarnya membuatkan kukuh rosak, mungkin pecah atau tidak sekata. Jadi Tok Aki nak berpesan supaya tinggalkan amalan ini untuk mengelakkan kuku rosak.

Tips 2: Cuka dan Bawang Putih Untuk Bersihkan Kuku

Tips ini berguna kepada mereka yang memiliki kukuh yang kekuningan dan kehitaman. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan titiskan Cuka di atas kuku dan bersihkan dengan lembut menggunakan kain bersih. Selepas itu bersihkan dengan air suam. Insya-Allah kuku akan kembali berseri dan bersinar.

Anda juga boleh gunakan bawang putih dengan cara membelah Bawang Putih dan gosokkan bahagian isi Bawang Putih pada kuku sebelum membersihkannya.

Tips 3: Rendam Kuku Dalam Air Bercampur Perahan Limau Nipis

Tips ini boleh membersih kuku anda. Tok Aki sendiri pun sering mencuba ketika berada di dapur tatkala menolong isteri. Tok Aki gemar bersihkan kuku dengan Limau Nipis kerana sari-sari Limau Nipis akan membersihkan kuku dan menjadikan kuku Tok Aki bersih.

Namun, adalah lebih elok jika kita kuku dalam air bersih yang dicampur dengan perahan Limau Nipis kerana ia bukan saja membersihkan kuku malah membuatkan kulit tangan atau kaki bersih dan berseri.

Tips 4: Makan Makanan Kaya dengan Vitamin B

Pemakanan juga memainkan peranan penting untuk menjadikan kuku kita cantik. Amalkan memakan makanan yang kaya dengan Vitamin B seperti kekacang, kuning telur, pisang dan hati.

Tips 5: Potong Kuku Dengan Teratur

Teknik memotong kuku juga penting untuk mendapatkan kuku yang cantik. Sama juga kita memotong pokok getah yang memerlukan kaedah yang betul, tepat dan sistematik. Begitu juga dengan kuku. Potonglah kuku dengan kerap dan secara teratur untuk menjaminkan kesuburan kuku dan mengelakkan ia patah kerana terlalu panjang.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua…

Selamat Mencuba..

Sekian…

Shares

Leave a Reply