Garis Masa Dan Perkembangan Syarikat

  • Garis Masa Perkembangan Syarikat Dan Produk Dunia Herbs Dari Tahun Bermula Sehingga Kini.

    • — 2005

    • Bermulanya Disini

      Berbekalkan pengetahuan mengenai herba tradisional yang cukup dikenali masyarakat Malaysia iaitu Halia, idea menghasilkan Losyen Mustajab Pati Halia menjadi kenyataan selepas beberapa pengubahsuaian untuk mendapatkan hasil yang berkualiti dan berkesan. Dunia Herbs telah menjadi syarikat bumiputera perintis pertama yang mengeluarkan losyen hangat yang berasaskan Pati Halia pada ketika itu. Kesedaran tentang peningkatan obesiti dan masyarakat Malaysia yang sinonim dengan penggunaan Halia, maka terhasillah Losyen Mustajab Pati Halia, losyen yang tidak melekit, tidak berminyak, dan mudah menyerap ke dalam kulit dengan kualiti yang terbaik.

      Bermula dengan hanya 2 orang pekerja sebagai kerani dan pembantu stor, Dunia Herbs memulakan perniagaan Losyen Pati Halia keluaran pertama di premis yang disewa di tingkat dua Kompleks Plaza Idaman, Gombak. Strategi pemasaran yang dilakukan sendiri oleh pengasas Dunia Herbs membuahkan hasil apabila Losyen Mustajab diterima baik oleh semua lapisan masyarakat dan memiliki rangkaian stokis di hampir seluruh negara pada awalnya.


      perkembangan

      Edisi Pertama

      Losyen Pati Halia keluaran pertama syarikat Dunia Herbs menggunakan botol sebagai kaedah pembungkusannya. Menggunakan sistem stokis dan pengedar, Losyen Mustajab sudah mula boleh didapati di kedai-kedai jamu bermula pada September 2005. Perkataan Mustajab dipilih untuk menggambarkan keberkesanan losyen ini yang sememangnya memberikan kesan positif kepada penggunanya.

      Kini, ribuan testimoni positif telah kami terima daripada pengguna kami yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Ikon Halia yang menjadi asas utama dalam kandungan Losyen Pati Halia diletakkan pada botol Losyen Mustajab sebagai identiti produk keluaran Dunia Herbs yang berasaskan ramuan utama herba Halia.


    • — 2006

    • Iklan Akhbar Pertama



    • — 2007

    • Ibu Pejabat Danau Kota

      Setelah 2 tahun menjalankan operasi di Kompleks Plaza Idaman, Gombak. Dunia Herbs kini berpindah ke pejabat yang lebih besar dengan pekerja yang lebih ramai untuk menampung kapasiti permintaan Losyen Mustajab Pati Halia yang menerima sambutan yang amat memberansangkan sejak pertama kali dikeluarkan.

      Premis dua tingkat di Danau Kota, Setapak ini mempunyai pekerja seramai 15 orang termasuk Pengurus (1 Pengurus Besar, 1 Pengurus Produksi, 1 Kerani Pentadbiran, 1 Kerani Pemasaran, 1 Kerani Akaun, 1 Despatch dan 9 orang Operator Pengeluaran dan Pekerja Am) untuk melancarkan lagi proses kerja yang bermula dari pembungkusan hinggalah penghantaran barang kepada stokis-stokis seluruh negeri. Tingkat bahagian atas dijadikan sebagai tempat pentadbiran dan pemasaran, manakala tingkat bawah pula dijadikan sebagai tempat pembungkusan produk dan stor penyimpanan stok.


      2nd-edition-tube

      Edisi Kedua

      Sentiasa mementingkan kualiti dan keselesaan kepada pengguna, Dunia Herbs telah menambahbaik produk utama syarikat ini dengan menukar cara pembungkusan Losyen Mustajab Pati Halia daripada bentuk botol kepada tiub untuk memudahkan lagi pengguna menggunakan losyen ini.

      Segala cadangan dan komen-komen membina daripada pengguna yang setia menggunakan Losyen Mustajab Pati Halia ini menjadi pemangkin utama untuk syarikat Dunia Herbs terus memberikan yang terbaik dengan kualiti yang cemerlang serta harga tawaran yang sangat berpatutan.


    • — 2008

    • 3rd-edition-tube

      Edisi Ketiga

      Masih mengekalkan elemen Halia sebagai bahan asas utama dari segi bahan kandungan dan rekaan tiub, Losyen Mustajab Pati Halia membuat sedikit perubahan dari segi rekaan tiub bersesuaian dengan tahun tersebut.

      Persaingan sihat daripada syarikat-syarikat lain yang sedang membangun pada ketika itu membuatkan syarikat Dunia Herbs menjadi lebih kreatif untuk memastikan Losyen Mustajab Pati Halia lebih kehadapan dan mendapat tempat di hati setiap penduduk di Malaysia dengan slogan “Satu Rumah, Satu Mustajab”.


    • — 2009

    • 4th-edition-tube

      Edisi Keempat

      Rekaan tiub yang lebih moden dengan warna penutup yang senada dengan warna tiub dipilih untuk menaikkan lagi imej Losyen Mustajab Pati Halia supaya tampak lebih moden sesuai dengan peredaran zaman, akan tetapi masih lagi mengekalkan aspek tradisional iaitu imej Halia yang menjadi ikon utama produk ini.

      Inspirasi yang diterjemahkan sebagai Minyak Angin Moden, Losyen Mustajab Pati Halia digunakan untuk pelbagai kegunaan seperti sakit otot, sakit pinggang dan belakang. Ianya juga mampu mengempiskan perut buncit dan membuang angin dalam badan serta banyak lagi membuatkan ramai pengguna setia masih menggunakan Losyen Mustajab Pati Halia keluaran Dunia Herbs disamping harganya yang berpatutan.


      losyen limau nipis

      Losyen Pati Halia Campuran Limau Nipis

      Melihat kepada kekurangan produk kelengkapan wanita selepas bersalin serta ibu-ibu yang memerlukan cara yang lebih mudah dan cepat untuk menguruskan diri sewaktu berpantang, Dunia Herbs mengeluarkan produk kedua iaitu Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis. Losyen ini digunakan sebelum memakai bengkung untuk mengempiskan semula perut selain merawat serta mengurangkan kesan rekahan di pinggul dan perut.

      Diperkaya dengan Vitamin E, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis lembut pada kulit serta mempunyai bauan aroma yang sangat menyegarkan.


      perkembangan

      Karnival Jom Heboh

      Berada lebih dekat dengan pengguna Losyen Mustajab adalah salah satu impian pihak syarikat Dunia Herbs dan ianya direalisasikan dengan penyertaan Karnival Jom Heboh anjuran TV3 yang diadakan di seluruh Malaysia. Semua staf termasuk pihak pengurusan bersama-sama turun padang berjumpa dan beramah mesra dengan pengguna-pengguna setia Losyen Mustajab dan turut mengadakan promosi kepada pelanggan baru dan yang berpotensi.


    • — 2010

    • losyen panas

      Losyen Mustajab Pati Halia Extra Hot

      Memenuhi citarasa pengguna yang pelbagai menjadi tanggungjawab utama Dunia Herbs bagi memastikan para pelanggan berpuas hati dan mendapatkan kesan positif paling optimum dari penghasilan produk.

      Lebih menumpukan kepada pelangsingan badan, Losyen Mustajab Pati Halia Extra Hot menggunakan ekstrak halia yang lebih tinggi menjadikan losyen ini lebih panas dan sesuai untuk mereka yang ingin melangsingkan badan dan mendapatkan tubuh badan yang ideal.


      Majlis MOU Bersama Delegasi Arab Saudi


      Strategi memasarkan Losyen Mustajab Pati Halia ke pasaran antarabangsa membuahkan hasil dengan termeterainya perjanjian menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Dunia Herbs dengan Best Product Establishment dari Arab Saudi yang diadakan di Hotel Nikko, Kuala Lumpur pada 13 Mei 2010. Menerusi MOU tersebut, Best Product Establishment kini dilantik menjadi pengedar ekslusif bagi produk Dunia Herbs untuk di pasarkan di negara Arab Saudi dan negara-negara Asia Barat lain menjelang tahun 2011.


      Perlantikan Duta Produk 2010

      Menyedari persaingan dalam bidang produk kosmetik dan kesihatan yang semakin mencabar, Dunia Herbs telah melantik seorang Duta untuk bersama-sama membantu menaikkan lagi imej Dunia Herbs serta membuatkan produk-produk Dunia Herbs lebih dikenali dan dipercayai segenap lapisan masyarakat. Nora Danish yang berperwatakan menarik serta mudah mesra telah diberikan kepercayaan untuk menjadi Duta Dunia Herbs setelah beberapa bulan mencuba rangkaian produk Dunia Herbs sebelum ini dan mendapat kesan yang amat positif. Kerjasama antara Dunia Herbs dan Nora Danish sebagai Duta selama 2 tahun telah memberikan kesan yang baik kepada kedua-dua belah pihak.


    • — 2011

    • Wisma Dunia Herbs

      Setelah beberapa tahun menyewa premis pejabat di dua tempat sebelum ini, Dunia Herbs kini berpindah ke bangunan sendiri yang dimiliki sepenuhnya oleh Syarikat Dunia Herbs Holding Sdn. Bhd. Bangunan tiga tingkat ini terletak di Platinum Walk, Setapak bersebelahan dengan pusat membeli belah Setapak Sentral. Beroperasi dibawah bumbung yang sama, 2 lagi anak syarikat Dunia Herbs Holding iaitu Bumidotcom (BDC) Sdn. Bhd. dan Beauty Herbs Marketing juga beroperasi disini. Aras paling bawah dijadikan sebagai ‘showroom’ untuk mempamerkan produk-produk keluaran Dunia Herbs dan anak syarikat.

      Dikenali sebagai Wisma Dunia Herbs, ianya di rasmikan oleh Menteri Kewangan Ke-2 Malaysia Dato’ Seri Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah. Bilangan pekerja yang lebih ramai dan terdiri daripada golongan profesional dalam bidang masing-masing, Dunia Herbs kini sebaris dengan syarikat-syarikat maju yang lain yang mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan baru yang diceburi.


      oriyellowsmall-edition-tube

      Edisi Terkini Dan Edisi Khas (65ml)

      Losyen Mustajab Pati Halia masih mengekalkan warna kuning sebagai identiti losyen ini dan imej halia sebagai ikon utama. Menambahkan sedikit warna kuning sehingga ke hujung tiub adalah sentuhan terakhir untuk membuatkan tiub tersebut tampak lebih elegan dan esklusif. Losyen edisi khas 65ml juga dikeluarkan untuk menjadikan Losyen Mustajab Pati Halia lebih variasi.


      losyen panas

      Losyen Mustajab Pati Halia Super Hot

      Untuk mereka yang tahan lebih panas, itulah identiti utama Losyen Mustajab Pati Halia Super Hot. Antara produk variasi keluaran Dunia Herbs.

      Ramuan semulajadi sememangnya menjadi pilihan syarikat Dunia Herbs sejak dahulu lagi. Kali ini ekstrak ‘capsicum’ digunakan dalam pembuatan Losyen Mustajab Pati Halia Super Hot yang sesuai digunakan sebagai ‘fat burner’ dan juga untuk mereka yang menjalani gaya hidup aktif serta gemar bersukan.


      Edisi Arab

      arab-edition-frontarab-edition-backarab-small-edition-tube


      Losyen Mustajab Pati Halia mula dipasarkan di Tanah Arab bermula pada tahun 2011. Tidak hanya tertumpu kepada masyarakat Arab, Umat Islam dari negara-negara lain termasuk Malaysia sendiri yang menunaikan ibadah Umrah atau Haji juga mula mendapatkan Losyen Mustajab Pati Halia di kedai-kedai terpilih edaran Best Product Establishment. Tiub dan kotak Losyen Mustajab hanya dialih bahasa ke bahasa Arab untuk mengekalkan identitinya. Losyen ini dijual dalam dua versi iaitu 130ml dan 65ml. Mendapat sambutan hangat, kedua-dua syarikat akan berbincang mengenai kerjasama yang lebih luas pada masa akan datang.


    • — 2012

    • Pelancaran Losyen Mustajab 3 Haruman Bunga

      Pada 11 Oktober 2012 bertempat di Dewan Kampung Pengantin, telah diadakan pelancaran produk terbaharu Dunia Herbs iaitu Losyen Mustajab Wangian Ros, Jasmin dan Delima. Perasmian yang berkonsepkan taman itu dihadiri oleh pihak media, stokis-stokis, staf, ahli keluarga serta rakan-rakan pengasas sendiri. Produk baharu ini adalah inspirasi dari wangian bunga dan buah yang harum beserta khasiat tertentu untuk menambahkan lagi variasi Losyen Mustajab.


    • — 2013

    • Lawatan Ke China Bersama Stokis

      Menyedari bahawa pihak stokis telah banyak membantu Dunia Herbs memasarkan Losyen Mustajab sejak mula, penghargaan buat stokis-stokis diberikan berdasarkan kaedah ‘point’ hasil dari belian stok. Hadiah yang lumayan diberikan termasuklah hadiah utama iaitu lawatan bersama pihak syarikat ke negara China. Pelbagai tempat menarik di China telah dilawati dan meninggalkan memori manis serta merapatkan lagi hubungan antara stokis-stokis dan pihak syarikat Dunia Herbs.


    • — 2014

    • Penubuhan Makmal Perubatan Dunia Wellness

      Mengambil masa lebih kurang setahun untuk perancangan penubuhan serta persiapan, Dunia Wellness & Laboratories Sdn. Bhd. mula beroperasi pada awal tahun 2014. Dunia Wellness & Laboratories yang beribupejabat di Batu Caves, Selangor menjalankan servis Makmal Klinikal Diagnostik iaitu Makmal Perubatan yang menjalankan ujian ke atas sampel darah dan urin di seluruh Malaysia bersama-sama staf yang berpengalaman serta mempunyai sijil dalam bidang Makmal Perubatan. Makmal Perubatan ini juga bekerjasama dengan pihak FOMEMA dan menggunakan sistem makmal terkini dan canggih untuk mendapatkan keputusan analisa yang cepat, tepat daripada sampel darah dan urin yang diterima. Dunia Wellness & Laboratories juga mempunyai pakar dalam bidang Patologi yang sentiasa bersedia untuk mengesahkan sesuatu keputusan sampel dan memberikan nasihat yang berkaitan kes tertentu.


    • — 2016

    • Putih Blink-blink Glowmax

      Dihasilkan daripada 6 jenis antioksida tertinggi didunia selain Vitamin C, E serta lain-lain ramuan yang mewah dan bermutu tinggi. Ramai pelanggan telah berjaya mendapat hasil yang baik dari minuman Tanpa Kolagen ini.

      Syarikat Dunia Herbs ingin mengajak semua masyarakat untuk menjadi cantik dan sihat dengan penghasilan kolagen secara semula jadi dalam badan yang pertama di Malaysia.


      Jus Mustajab Gold

      Khasiat Nilai Sejuta
      Jus Mustajab Gold umpama khasiat bernilai sejuta ringgit kerana ianya dirumus khas daripada herba dan makanan sunnah terpilih dan bermutu tinggi dalam membantu merawat serta mencegah pelbagai masalah kesihatan lelaki dan wanita.


    • — 2017


dunia herbs, perkembangan. perkembangan. perkembangan. perkembangan. perkembangan. perkembangan. perkembangan.perkembangan

Shares