Petua Merawat Penyakit Asma atau Lelah Secara Tradisional

Assalamualaikum… Semua Pembaca..

Minggu lepas Tok Aki ke Beranang untuk menjengah rakan lama isteri Tok Aki. Sudah berminggu-minggu Tok Aki terperap di rumah. Malas nak keluar sebab sekarang musim panas dan badan jadi tak selesa apabila terlalu lama terdedah kepada hawa panas di luar sana.

Niat untuk bertandang ke rumah rakan Tok Aki pun sebab sudah lama tidak berjumpa. Tak silap Tok Aki sudah lima tahun selepas Tok Aki berhijrah dari Kuantan ke Putrajaya. Kali terakhir bertemu dengan rakan Tok Aki ni tahun 2010 ketika masih berada di Kuantan.

Rakan Tok Aki pun berhijrah keluar dari Kuantan sebab ikut anak-anak. Bila sudah lima tahun tak berjumpa tentu saja banyak benda yang ingin Tok Aki kongsikan bersama rakan. Banyak perbezaan bila sudah lama tidak berjumpa, terutama dari segi fizikal. Cuma satu saja benda yang tidak berubah iaitu penyakit Asma atau lelah yang dihidapinya.

Asma

Kasihan Tok Aki lihat rakan Tok Aki ni.. Sudahlah usia sudah lanjut. Bila usia senja tambah lagi ada Asma buat kerja penat sikit akan rasa lemah dan terpaksa bergantung kepada Inhaler. Sebelum ini, yakni lima tahun lalu Tok Aki tak berkesempatan untuk berkongsi petua merawat Asma atau lelah dengan rakan Tok Aki.

Tapi, minggu lepas Tok Aki rasa mungkin masih belum terlambat untuk kongsi petua dengan rakan Tok Aki ni. Kalau lambat pun taka pa sebab ada pepatah mengatakan biar lambat, jangan langsung tiada usaha.

Selepas berkongsi dengan rakan Tok Aki minggu lepas, adalah elok jika Tok Aki berkongsi pula dengan pembaca di alam maya ni tentang cara merawat Asma secara tradisional.

Sebab pada hemah Tok Aki mungkin ada anak-anak pembaca di luar sana menghadapi penyakit lelah sejak kecil dan terpaksa bergantung kepada Inhaler. Sebagai ibu bapa kita patut berusaha merawat untuk menghapuskan atau menghilangkan terus Asma dari hidup anak-anak kita.

Petua 1: Petola

Kita biasa makan sayur air petola tetapi tidak tahu khasiat sebenar buah petola untuk tujuan merawat penyakit Asma. Tok Aki harap dengan petua ini, ibu bapa di luar sana membuka mata demi melihat anak kita sihat dan normal.

Caranya mudah saja, ambil sebiji petola kemudian potong sedikit dan buangkan biji dan buat lubang di tengah-tengah. Selepas itu, masukkan beberapa biji gula batu ke dalam dan bakar petola itu hingga masak. Selepas masak, perah petola untuk menghasilkan jus. Amalkan meminum jus berkenaan.

Petua 2: Halia

Tok Aki difahamkan halia memiliki ramuan anti-asma yang baik. Cara pemakanan membabitkan halia amat banyak. Halia juga boleh dijadikan minuman yang mana lebih mudah disediakan. Amalkan meminumnya setiap hari dan galakkan anak-anak anda berbuat demikian.

Petua 3: Madu

Madu amat baik untuk mencairkan lendir yang terdapat dalam saluran pernafasan. Penyediaan mudah saja, anda juga boleh memakan madu terus atau menyediakan dengan mencampur dengan air suam. Semua sedia maklum bahawa madu memiliki banyak khasiat dan keistimewaan untuk merawat banyak penyakit termasuk mengurangkan batuk dan selsema di mana ia berkaitan dengan saluran pernafasan.

Masih terdapat pelbagai petua di luar sana untuk mengatasi penyakit Asma. Cuma apa yang perlu dilakukan adalah berusaha untuk mencari penawarnya secara tradisional. Tok AKi berharap petua yang Tok Aki kongsikan ini memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Selamat mencuba…

Sekian…

Shares
2 Comments
0 Pings & Trackbacks
0 Pings & Trackbacks

Leave a Reply