Testimoni Pengguna


Penilaian keseluruhan  5 bintang (Terbaik Dan Sangat Berpuashati) daripada 9 orang testimonial.


Ctiey94
June 17, 2018
Mustajab Dan Berkesan

Saya sangat sukakan losyen pati mustajab halia kerana rasa hangat yang terhasil selepas menggunakannya melegakan period pain saya.

Selain itu pati halia yang terdapat dalam losyen mustajab juga mampu mengecilkan pinggang, paha, lengan dan punggung serta ia juga berkesan dalam melegakan kembung perut.

Losyen mustajab yang tersedia dalam bentuk tiub memudahkan untuk dibawa kemana-mana. Harganya juga sangat berbaloi dan menjimatkan.

Aieen
May 9, 2018
Sesuai utk urutan & bengkung

Losyen Mustajab Pati Halia Super Hot ni mmg sgt sesuai digunakan utk ibu berpantang seperti saya. Saya memakainya bersama bengkung,mmberikan rasa hangat yg selesa. Saya Suka sensasi hangat losyen ni yg tidak terlalu panas. Ia mmbantu pengaliran darah,mengempiskan perut lepas bersalin dan mmbuang angin dlm badan sy. Tekstur losyen pun cepat mnyerap pd permukaan kulit,lansung x tinggalkan kesan melekit dan berminyak. Losyen ni juga boleh digunakan utk mngurut. Mmg sgt berbaloi dibeli,harga murah & mudah didapati.

Pilipala85
April 27, 2018
The Best Lotion

When your shoulder or stomach feel pain, you can use this extra hot lotion to relief pain.

You will feel cool and comfortable. It also can use for massage, you can let your family member, lover or friends use this lotion to massage, this lotion have a fragance of ginger, you will feel full of energy and forget those pressure.

I love it, my mother before suffer spine painful, the specialist doctor introduce this lotion to her and help her relief the pain.

Noor
Suri Rumah
January 22, 2018
Losyen Mustajab berkesan mengempiskan perut buncit

Saya dah banyak kali repeat guna losyen ni. Suka sebab extra hot dan memang memberi kesan terbaik mengempiskan perut buncit.

Selalu sapu dan gosok dengan urutan sebelum tidur sekitar perut dan bahagian berlemak.

Selain tu saya juga selalu guna bagi mengurangkan angin dan sengal-sengal otot. Saya memang rekemen kawan-kawan untuk guna produk ni.

SITI NUR AIN
August 30, 2017
MUSTAJAB YANG AMAZING!

Saya mula serius menggunakan Lotion MUSTAJAB pada pertengahan bulan Mei 2017. Ketika itu, berat badan saya hampir mencecah 65 kg. Banyak lemak saya terkumpul di bahagian pinggul, peha, lengan dan bawah dagu. Saya mengambil ikhtiar untuk menggunakan Lotion MUSTAJAB pada setiap hari. Setiap kali selepas mandi, saya terus sapukan Lotion MUSTAJAB extra HOT di bahagian badan yang tertentu dan saya terus melakukan aktiviti harian saya seperti biasa. Manakala, jika saya beriadah di petang hari, saya sapukan Lotion MUSTAJAB SUPERHOT supaya lemak-lemak saya menjadi SUPER HILANG! dan Alhamdulillah, rutin ini membolehkan berat badan saya turun sebanyak 10kg dalam hampir 3 bulan setengah menggunakannya. Walaupun berat saya tidak turun mendadak seperti orang lain, tetapi saya sangat berpuas hati. Bentuk pinggang dan saiz lengan juga semakin kecil dan padat. Saya sukakannya. Pastinya saya akan menjadi pengguna setia produk MUSTAJAB dan akan menwar-warkan pada ahli keluarga dan rakan-rakan saya yang ingin lebih sihat dan bertenaga. Terima kasih MUSTAJAB! Awak sangat MUSTAJAB ❤

Atigah Binti Abtu
August 24, 2017
Saya akan terus setia bersama LOSYEN MUSTAJAB!

Nama saya Atigah Abtu, saya sudah mengunakan produk LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA EXTRA HOT & LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA SUPER HOT selama 2 tahun.

Saya amat menyukai dan ianya amat membantu saya. Saya bekerja sebagai jururawat di wad Orthopaedic. Banyak kes emergency dan memerlukan kepantasan.

Saya selalu berasa sakit di bahagian kaki. Selepas mandi dan sebelum tidur saya akan menyapu losyen ini. Hasilnya sangat memuaskan. Alhamdulillah, sakit tiada lagi. Saya akan terus setia bersama LOSYEN MUSTAJAB INI!

NOORULIZZA BINTI OMAR
August 22, 2017
Mustajab Pati Halia memang Mujarab.

Saya adalah pengguna tegar produk losyen mustajab pati halia semenjak berumur 27 tahun lagi selepas kelahiran anak pertama saya. Ternyata selama 6 tahun menggunakan produk ini, saya dapat mengekalkan bentuk badan yang ideal. Terbukti losyen ini mampu mengurangkan masalah perut buncit dan selulit yang saya alami sebelum ini. Selain itu, masalah sakit sendi dan otot, lenguh - lenguh dibadan, sakit pinggang dan sakit belakang dapat dikurangkan. Alhamdulillah, saya kembali cergas untuk mengajar dan mampu berdiri lebih lama dihadapan ketika mengajar walaupun kini sudah berusia 33 tahun. Produk ini juga memberikan kelegaan dan keselesaan kepada saya untuk menjalankan rutin seharian. Cara penggunaannya sangat mudah iaitu dengan hanya menggosokkan losyen tersebut ditempat yang bermasalah setiap hari sebelum tidur malam.
Sapu-sapu je memang mustajab.
Terima kasih losyen mustajab pati halia.

NOR AZEAN BINTI MOHD MARZUKI
August 15, 2017
Hilangkan Rekahan Mengandung

semasa mengandung anak ke empat,
perutku regang dan juga rekahan
berat badan naik ketara sangat
jadi masalah setelah melahirkan...

setelah saya guna Losyen Mustajab ini
sapu di perut, peha dan pinggul setiap hari
walau di rumah ..juga di ofis
jadikan amalan setiap hari

perut dah kempis rekahan tiada lagi
lemak berkurangan dapat kurasai
badan cergas selesa sekali
kekal bergaya serlahkan personaliti

Nor Hawani Binti Rasmuni
August 11, 2017
Pati Halia Mustajab Memang Terbaik

Alhamdulillah..saya telah menggunakan Pati Halia Mustajab (warna kuning) sejak anak dara lagi. Saya selalu kena 'simpul biawak' (urat bersimpul) pada kaki apabila cuaca sejuk. Mujur lah ada Pati Halia Mustajab yang dapat memulihkannya apabila disapu pada betis dan kaki. Selepas kawin pula saya ada masalah berat badan dan buncit pada bahagian perut. Saya selalu sapu Pati Halia Mustajab pada bahagian lengan dan juga perut sebelum tidur. Alhamdulillah kini saya tidak lagi buncit dan sekarang ramai kawan- kawan tegur saya nampak kurus. Saya sangat gembira dengan perubahan ini. Terima Kasih Pati Halia Mustajab😘😚😙


* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Shares