Syarikat Dunia Herbs

Syarikat Dunia Herbs
Dunia Herbs memulakan operasinya pada tanggal 06 September 2005. Ianya adalah sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh anak bumiputera di mana syarikat ini sedang berkembang maju dalam memasarkan produk kecantikkan dan kesihatan berkualiti yang berasaskan herba.

Syarikat ini mula menunjukkan potensinya sebagai sebuah syarikat yang kian maju dan berdaya saing melalui prestasinya dalam memasarkan produk perintis iaitu Losyen Mustajab Pati Halia yang telah pun mendapat sambutan hangat dari pengguna di seluruh Malaysia. Dengan ini syarikat Dunia Herbs Sales & Marketing akan terus melangkah bagi merealisasikan matlamatnya untuk menjadi salah satu syarikat yang lebih berjaya dan gemilang akan mencapai sasarannya dalam masa terdekat ini.

Produk Losyen Mustajab Pati Halia adalah satu-satunya produk pertama keluaran syarikat Dunia Herbs yang mana ianya menampakkan potensi sebagai produk yang laris di pasaran berdasarkan jualan produk yang mencecah 100,000 unit sebulan. Perkembangan baik ini adalah yang di antaranya hasil dari kerja-kerja pengiklanan yang tepat pada sasaran dan juga iklan yang berterusan selain dari mutu dan keberkesanan produk itu sendiri. TV3, TV9, Harian Metro, Kosmo dan majalah-majalah seperti Mingguan Wanita, Harmoni dan akhbar tabloid adalah antara media massa dan elektronik yang menjadi ‘platform’ bagi memasarkan produk Losyen Mustajab Pati Halia ini.

Selain dari memasarkan produk ini dalam pasaran domestik, pihak syarikat juga bercadang untuk mencari peluang memasarkan ianya ke luar negara seperti negara-negara asia dan juga negara timur tengah berdasarkan kesesuaian produk ini pada penduduk masyarakat setempat. Sejak syarikat ini ditubuhkan, ia masih menumpukan pada kerja-kerja pengiklanan dan menaik taraf produk dan pembungkusan hanya pada losyen mustajab pati halia ini kerana syarikat melihat pada potensi besar produk ini dan mensasarkan lebih banyak jualan pada tahun-tahun berikutnya. Dunia Herbs juga mempunyai rancangan untuk memasarkan produk-produk baru mengikut kesesuaian pasaran lantas mempelbagaikan lagi produk keluaran syarikat.

Pihak syarikat Dunia Herbs telah dan akan berkerjasama dengan badan-badan tertentu seperti SIRIM, MATRADE, MTDC, KEMENTERIAN KESIHATAN dan sebagainya bagi memastikan cita-cita syarikat tercapai.

Bimbingan dari pihak tersebut tadi adalah amat perlu memandangkan syarikat Dunia Herbs sekarang masih baru dan memerlukan sokongan sepenuhnya dari semua peringkat terutamanya dari jabatan-jabatan kerajaan.

Justeru itu pihak syarikat percaya bahawa jika memiliki pengurusan dan kewangan yang mantap, ditambahkan lagi dengan perancangan masa hadapan pemasaran yang bijak dan juga bimbingan pakar-pakar dari pelbagai bidang tidak kira dari pihak kerajaan ataupun swasta adalah kunci utama untuk syarikat Dunia Herbs Sales And Marketing Sdn Bhd melangkah lebih maju pada masa hadapan dan seterusnya akan menjadi nama besar di peringkat nasional dan global.

VISI

” MEWUJUDKAN RANGKAIAN PRODUK BERASASKAN HERBA SEBAGAI SATU KAEDAH RAWATAN ALTERNATIF MASA KINI SERTA SELAMAT LAGI BERKESAN “

MISI

” UNTUK MENJADI SEBUAH SYARIKAT KORPORAT YANG TERNAMA DAN BERJAYA DIPERINGKAT DOMESTIK DAN ANTARABANGSA KHUSUS DALAM BIDANG KECANTIKKAN DAN KESIHATAN DIRI “

beauty herbs

Shares