
Dunia Herbs
MUSTAJAB satu jenama yang sangat sinonim di kalangan masyarakat Malaysia dan dimiliki oleh DUNIA HERBS yang mempunyai kilang tradisional dan kosmetik bertaraf GMP yang sedang berkembang untuk merealisasikan matlamat membawa jenama ini dikenali di arena antarabangsa.
Mengetengahkan elemen herba di dalam rangkaian produk kami, menjadikan jenama milik Dunia Herbs sesuai untuk pelbagai golongan dan peringkat umur. Seiring peredaran zaman, Dunia Herbs juga mempelbagaikan produk untuk memenuhi permintaan pelanggan setia kami.
Negara timur tengah menjadi titik tolak merealisasikan impian kami untuk melebarkan sayap ke arena antarabangsa dan kami komited untuk berusaha dengan lebih gigih memastikan jenama milik DUNIA HERBS terus dikenali dan dimiliki lebih ramai pengguna.
Mementingkan kualiti dan konsisten memberikan yang terbaik kepada pengguna yang terus menyokong kami hampir dua dekad menjadi keutamaan DUNIA HERBS menandakan terima kasih kami atas sokongan pengguna selama ini.