
Sesuai dengan nama yang diberi, Set Mini Sauna adalah Set penjagaan badan yang memberi kesan panas bagi mendapatkan khasiat seperti ketika anda sedang bersauna.
Mengandungi ‘3 Losyen Mustajab’ iaitu Mustajab Extra Hot, Mustajab Super Hot dan Mustajab Extreme Hot bersaiz 130ml setiap jenis yang mempunyai kadar tahap panas berbeza bertindak sebagai ejen yang dapat meningkatkan kadar metabolisme badan dan seterusnya boleh membantu membakar lemak dan membantu mengurangkan selulit dibahagian perut, peha, pinggul dan lain-lain tempat yang diperlukan.
Losyen Mustajab Extra Hot

Losyen ini diformulasikan dengan lebih ekstrak halia menjadikan ianya mempunyai tahap panas pertengahan (Tahap Panas : 3 ) lebih panas dari Losyen Mustajab Pati Halia ( Tiub Kuning- Tahap Panas :2 ) dan Losyen Mustajab Limau Nipis ( Tiub Hijau – Tahap Panas : 1 ) dan amat sesuai untuk mereka yang inginkan bentuk badan yang ideal.
Pemakaian yang disyorkan adalah bersama korset, bengkung atau ‘girdle’ amatlah digalakkan, berserta dengan senaman ringan untuk kesan yang lebih optimum. Untuk sapuan dibahagian perut, pengguna boleh membuat urutan secara pusingan seperti jam sebelum mengenakan bengkung atau korset.
Boleh di pakai waktu pagi sebelum memulakan aktiviti harian atau bila- bila masa sahaja yang perlu . Rasa hangat yang berpanjangan ianya memberikan rasa selesa dan nyaman kepada pengguna.
Losyen Mustajab Pati Halia Extra Hot dirumuskan khas dengan ekstrak halia yang sememangnya diketahui umum dan mempunyai manfaat khusus seperti menyingkir angin dari badan dan mengempiskan perut.
KEGUNAAN :
• Digunakan Untuk Menyingkirkan Lebihan Lemak dan Selulit.
• Mengeluarkan Angin Dalam Badan.
• Memberi Keselesaan Pada Perut, Urat dan Otot.
• Digunakan Bersama Bengkung Atau Korset Untuk Kesan Yang Optimum.
• Boleh Digunakan Secara Kerap Untuk Kesan Yang Lebih Cepat.
Picit sedikit losyen ditangan yang bersih dan sapukan pada bahagian bermasalah seperti bahagian perut, lengan, peha serta pinggul selepas mandi secara konsisten ditambah pula dengan sedikit urutan untuk membantu aliran darah agar berjalan lebih lancar.
CARA GUNA :
• Pastikan Tangan Bersih.
• Picit Sedikit Losyen dan Urut Secara Perlahan.
• Pakai Bengkung/Korset atau Girdle.
• Cuci Tangan selepas Guna.
• Jauhi Dari Kanak- Kanak.
KELEBIHAN :
• Tidak Berminyak Dan Cepat Menyerap.
• Kesan Adalah Berbeza Terhadap Setiap Induvidu.
Losyen Mustajab Super Hot
Warna merah terang dan hitam dipilih untuk menggambarkan rasa yang lebih panas pada Losyen Mustajab Pati Halia Super Hot. Sesuai untuk surirumah dengan aktiviti harian di rumah dan kegunaan ketika sedang bersenam.
Sesuai dengan kepanasan tahap 4 yang lebih tinggi dari losyen Extra Hot, Losyen Mustajab Pati Halia Super Hot sesuai untuk mereka yang inginkan rasa yang lebih panas dan hangat dengan tambahan Capsicum di dalamnya.
Digunakan ketika bersenam atau bersukan kerana ianya dapat mengekalkan kehangatan ketika berpeluh dan membantu membakar lemak dengan lebih efisien.
Losyen Mustajab Pati Halia Super Hot boleh disapu nipis pada tempat-tempat yang dikehendaki sebelum aktiviti bermula.

Pemakaian korset atau bengkung amatlah digalakkan, berserta dengan senaman ringan untuk kesan yang lebih optimum.
Untuk sapuan dibahagian perut, pengguna boleh membuat urutan secara pusingan seperti jam sebelum mengenakan bengkung atau korset.
Selain dapat membantu proses pembentukan badan, losyen ini juga mampu membantu mengurangkan kesan rekahan. Rasa hangat yang berpanjangan ianya memberikan rasa selesa dan nyaman kepada pengguna.
KEGUNAAN :
• Disapu Ketika Bersenam.
• Aktiviti Harian Di Rumah.
• Kegunaan Ketika Bersukan Untuk Mereka Yang Tahan Panas.
Kesan panas dari sapuan losyen tersebut tidak akan dirasai serta merta tetapi akan dirasai perlahan-lahan rasa hangat yang berpanjangan, menambahkan keselesaan pada mereka yang sukakan aktiviti lasak.
Picit sedikit losyen ditangan dan sapukan pada bahagian bermasalah seperti bahagian perut, lengan, peha serta pinggul selepas mandi dan sebelum tidur secara konsisten ditambah pula dengan sedikit urutan untuk membantu aliran darah agar berjalan lebih lancar.
Losyen Mustajab Extreme Hot
Dunia Herbs mengeluarkan satu Losyen Mustajab jenama baharu iaitu ‘Extreme Hot’ yang mempunyai kepanasan tahap 5 melebihi Losyen Extra Hot dan Super Hot. Losyen Extreme Hot ini mengandungi bahan aktif ‘Iso Slim Complex’ yang menumpukan pada pembentukan dan kecantikan badan selain baunya yang sangat harum sesuai untuk kegunaan lelaki dan wanita.

BAHAN UTAMA :
ISOFLAVONES SOY
Ia meningkatkan pengeluaran kolagen & memperbaiki tona kulit dan membantu memudarkan selulit.
CAFFEIN
Selain dari membantu mengawal berat badan ia juga boleh membantu meningkatkan prestasi semasa bersenam. Maksudnya, lebih banyak kalori akan dibakar apabila badan lebih aktif.
CARNITINE
Digunakan sebagai bahan bakar membantu pembakaran lemak semasa proses penurunan berat badan.
CAPSAICAIN
Membantu Menurunkan Berat Badan melalui proses membakar simpanan lemak.
SPIRULINA PLANTESIS EXTRACT
Untuk penghasilan kolagen & menegangkan kulit (Firming).
KEGUNAAN :
• Digunakan Untuk Mendapatkan Bentuk Yang Diingini Pada Perut, Peha, Lengan dan Dagu.
• Sapu Secara Nipis dan Bertahap.
• Disyorkan Sapu Waktu Malam Sebelum Tidur.
• Cuci Tangan Sehingga Bersih Selepas Menggunakan Losyen.
• Jauhi Dari Capaian Kanak-kanak.
Picit sedikit losyen sebesar biji kacang ditangan dan sapukan pada bahagian bermasalah seperti bahagian perut, lengan, peha serta pinggul selepas mandi dan sebelum tidur secara konsisten ditambah pula dengan sedikit urutan untuk membantu aliran darah agar berjalan lebih lancar.
PENUTUP
Ketiga-tiga Losyen ini adalah ‘Best Seller’ dan kini kami hadirkan dalam kotak Set Premium Mini Sauna Legend dengan harga mampu milik untuk semua lapisan masyarakat.
Selain penggunaan losyen Set Mini Sauna Legend ini, pengguna juga di sarankan agar selalu menjaga pemakanan sihat dan berkhasiat . Elakkan makanan manis , bergas dan makanan segera (proses).
Pengguna juga dinasihatkan agar berdisplin dan sentiasa melakukan aktiviti sihat, senaman dan sebagainya untuk kekal cergas, sihat dan cantik menawan.



