Losyen Mustajab Pati Halia Limau

Sangat sinonim untuk kegunaan wanita selepas bersalin, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis yang menggunakan ramuan utama pati limau nipis dan pati halia mempunyai pelbagai kegunaan hanya di dalam satu produk sahaja.

blank

Bauan aroma limau nipis dan halia yang sangat menyegarkan, ditambah pula dengan sedikit bauan ‘mint’ dapat membantu menceriakan emosi ibu-ibu selepas bersalin yang biasanya lesu dan tidak bermaya. Lakukan sedikit urutan menggunakan Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis untuk membantu pengaliran darah yang lebih lancar, menghilangkan rasa kebas serta membuang angin dalam badan dan mengurangkan tekanan.

Limau nipis biasa digunakan oleh wanita-wanita selepas bersalin semasa dalam pantang sebagai salah satu bahan untuk mengempiskan perut dan menyegarkan badan yang lesu serta keletihan selepas melahirkan. Kebiasaan digunakan semasa memakai bengkung atau dicampurkan di dalam air mandian ketika berpantang.

Sesuai dengan arus kemodenan dan masih mengamalkan petua-petua tradisional, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis memudahkan ibu-ibu untuk berpantang dengan mengamalkan sapuan losyen pada bahagian perut, ditambah dengan sedikit urutan serta mengenakan pemakaian bengkung untuk mendapatkan kesan yang optimum.

Ianya dapat menjimatkan masa dan memudahkan ibu-ibu untuk mengurus diri sewaktu berpantang terutama ibu-ibu yang berpantang sendiri. Ianya tidak berminyak dan mudah menyerap, itulah antara kelebihan losyen ini.

Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00
Kandungan : 130ml