Spa

Manfaat spa bukan hanya untuk merehatkan badan dan minda, tetapi ternyata juga baik untuk kesihatan. Antaranya dapat membersihkan dan mencerahkan kulit, mengurangkan sakit sendi dan otot, dan meningkatkan peredaran darah.

Sauna

Selain dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan, jika diamalkan selalu, sauna juga membawa banyak manfaat terhadap tahap kesihatan fizikal.

blank
blank

Gym

Berlatih di gym bukanlah sesuatu yang wajib untuk dilakukan jika ingin mengubah gaya penampilan. Mungkin daripada berisi ke kurus, atau kurus ke sado. Jika berpeluang untuk berlatih di gym, janganlah lepaskan peluang tersebut.

Riadah

Riadah adalah penting kerana ia merupakan aktiviti yang dapat memastikan kesihatan diri terjamin. Apabila beriadah, peluh yang dihasilkan mempunyai toksik-toksik yang tidak diperlukan dalam badan dan kadar lemak dalam badan akan berkurangan.

blank
blank

Senamrobik

Senamrobik adalah satu aktiviti yang amat menyeronokkan kerana ianya mengikut rentak musik secara berkumpulan. Selain itu, senamrobik ini memberikan banyak kebaikan seperti menyihatkan jantung, menguatkan otot serta mengurangkan tekanan dan sebagainya.

Kepentingan memastikan kesihatan berada pada tahap yang tinggi kerana ia dapat meningkatkan produktiviti kehidupan seseorang.

blank
MUSTAJAB

Lihat senarai produk