Yakinkan Anda Calon Terbaik

Seseorang calon akan berjaya dalam sesi temu duga jika dapat meyakinkan bakal majikan bahawa mereka boleh melaksanakan kerja ditawarkan dengan sebaik mungkin atau jauh lebih baik berbanding calon lain.

Lazimnya, tawaran kerja dibuat bersandarkan kepada penilaian penemuduga terhadap pencapaian calon ketika sesi temu duga berlangsung.

Selain itu, calon yang baik sebenarnya berupaya menonjolkan diri ketika temu duga menerusi pengalaman kerja dan ia mampu membuktikan diri mereka boleh melakukan sesuatu pekerjaan yang ditawarkan itu.

Sementara, penemuduga pula akan mengendalikan sesi temu duga dengan mencari calon terbaik untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat, agensi atau perusahaan.

Seseorang calon baru meninggalkan kerjaya lama atau baru menamatkan pengajian di pusat pengajian tinggi, seharusnya bersedia dengan soalan yang bakal ditanya.

Sebagai permulaan, soalan lazim yang akan ditanya adalah mengenai butiran diri dan kelayakan. Selepas itu, bagi memudahkan proses pemilihan pekerja, soalan mencabar akan ditanya. Jadi persediaan rapi perlu dilakukan calon.

Sebagai contohnya, penemuduga akan bertanya mengenai matlamat utama calon dalam kerjaya yang dipilih, tanggungjawab utama dalam kerjaya lama, aspek utama dalam kerjaya yang diminati dan mengapa anda meninggalkan kerjaya lama.

Jika calon baru meninggalkan kerjaya lama, soalan tambahan ketika temu duga berkemungkinan berkisar kepada subjek supaya temu duga dapat memahami latar belakang dan prospektif kerjaya calon yang ditemuduga di syarikat mereka.

Penemuduga akan bertanya mengenai skop tugas calon sebelum ini dan cara mengatasi masalah yang dihadapi ketika melakukan tugas berkenaan.

Selain itu, soalan lain seperti adakah calon dapat melihat masa depan kerjayanya di syarikat itu dalam tempoh lima tahun akan datang, sudah pasti akan ditanya.

Walaupun ia bukanlah soalan standard tetapi sekurang-kurangnya mesti ada persediaan untuk menjawab supaya calon dapat tampil yakin ketika menghadiri temu duga.

Kebiasaannya, penemuduga akan akan bertanya semula dari setiap jawapan yang diberikan calon sehinggalah calon memberi jawapan ‘mati’. Barulah penemuduga akan beralih kepada soalan berikutnya.

Jadi, jawapan yang baik kepada soalan yang diajukan akan memberikan elemen ‘kejutan’ kepada penemuduga. Paling penting, calon dapat bersaing dengan calon lain untuk merebut peluang sama.

Syarikat berjaya kini lebih memberi tumpuan kepada nilai tambah seseorang pekerja yang mampu membezakan organisasi mereka dengan yang lain.

Jadi, sebelum menghadiri temu duga, tanyalah diri anda apakah nilai tambah yang boleh ditawarkan kepada organisasi terbabit.

Ramai yang mungkin menyedari situasi apabila calon berkelayakan bukanlah antara mereka yang diambil bekerja. Mereka gagal mendapat tempat disebabkan tidak berkeupayaan menonjolkan nilai tambah yang dimiliki atau lebih dikenali sebagai ‘Soft Skill’.

Mungkin juga ada calon mempunyai pengalaman luas dalam bidang masing-masing tetapi sejauh manakah ia dapat membantu dan memberi faedah kepada syarikat. Adakalanya, calon harus ingat, sesi temu duga tidak semestinya akan berjalan seperti yang disangka.

Ia bergantung kepada situasi penemuduga dan mereka terlebih dulu akan menilai ‘resume’ anda.

Sehubungan itu, calon perlu tahu ia adalah soalan relevan dan berkaitan dengan kerjaya atau pun tidak kerana ada sesetengah penemuduga turut bertanyakan mengenai status mereka.

TIPS HADAPI TEMU DUGA

– Keupayaan seseorang calon menjawab ketika sesi temu duga akan mempengaruhi penilaian yang akan diberi penemuduga.

– Bersedia dengan soalan mencabar walaupun ia bukanlah soalan standard ketika temu duga.

– Nilai tambah adalah ciri-ciri yang dicari sesuatu syarikat untuk mengambil pekerja baru. Ia penting bagi membezakan calon serta mewujudkan persaingan dengan calon lain.

– Tanya diri calon sama ada mereka mempunyai kelebihan tertentu yang boleh ditawarkan kepada organisasi terbabit.

– Jangan meletakkan harapan terlalu tinggi kerana mereka yang dianggap berkelayakan kadangkala bukanlah pilihan untuk diambil pekerja.

– Calon perlu memikirkan sama ada dengan mempunyai pengalaman luas dalam bidang tertentu dapat memberi kebaikan syarikat atau sebaliknya.

– Sesi temu duga akan lebih berkisar mengenai pengalaman kerja bagi membantu penemuduga melihat prospektif kerjaya yang ada untuk calon.

– Skop tugas dan cara mengendalikan masalah berkaitan kerjaya akan ditanya supaya majikan dapat mengetahui keupayaan yang ada di kalangan bakal pekerja mereka.

Shares

Leave a Reply