Elak Kencing Manis Ketika Hamil

Kencing Manis

INDEKS jisim badan (BMI) melebihi 30 peratus. Bahkan, jika keluarga anda pernah mempunyai sejarah (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik) menghidap kencing manis, anda pasti tidak terkecuali!

Namun, golongan hawa tidak perlu bimbang kerana kencing manis atau diebetes ini boleh dielak menerusi pelbagai cara misalnya diet seimbang. Walaupun statistik menunjukkan, 4.6 juta rakyat negara ini penghidap kencing manis, kebijaksanaan mengawal pemakanan serta bersenam antara cara terbaik mengatasinya.

Diabetes atau kencing manis atau penyakit gula darah ini membuat ramai yang menderita kerana gagal memantau di peringkat awal lagi.

Tanda awal diebetes adalah, meningkatnya kadar gula dalam darah akibat gangguan sistem metabolisme dalam tubuh. Diabetes sukar untuk sembuh namun kadar gula darah dapat dikawal menerusi pengawalan makanan secara bersiplin.

Mengapa wanita hamil diserang diebetes?
Menurut pakar kesihatan, wanita hamil, dua hingga 14 peratus diserang penyakit ini yang dipanggil ‘diabetes gestasi’ berpunca daripada pemakanan.

Diebetes terjadi apabila pankreas yang menghasilkan hormon dipanggil insulin kerana tugasnya membantu gula dalam darah (glukos) masuk ke dalam sel untuk disimpan.

Apabila hamil, plasenta akan menghasilkan hormon yang dapat membantu tumbesaran bayi. Sekiranya menghidap diebetes, badan tidak lagi boleh menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi terutama di pertengahan kehamilan hingga seterusnya.

Jika anda pernah menghidap diebetes gestasi sebelum ini, kemungkinan anda juga berisiko mengalami penyakit ini apabila mengandung lagi.

Kesannya, bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah, mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran terlalu obesiti serta serangan beberapa penyakit lain.

Bagi ibu selepas bersalin, anda terpaksa melakukan rawatan insulin dan cenderung menghidapnya semula. Sewaktu minggu ke-16 atau 18 kehamilan, ibu yang menghidap diebetes diminta mengawasi tahap gula dalam darah.

Jika keputusan ujian normal, pada minggu ke-28 kehamilan, anda akan mengulanginya lagi sebagai langkah berjaga-jaga.

Seringnya, cara kelahiran akan ditentukan oleh pakar sama ada kelahiran biasa, ‘induced labour’ atau pembedahan ‘caesaeren’ mengikut keadaan diebetes ibu serta anggaran saiz bayi.

Wanita yang menghadapi diebetes ketika mengandung, mempunyai kebarangkalian 1 hingga 3, menghidapi diebetes jenis 2 dalam tempoh lima tahun berikutnya. Oleh itu, anda donasihatkan menjalani Ujian Glukosa berpuasa (Fasting Blood glucose) setahun sekali. Seksa bukan? Justeru itu, ambil sikap berjaga-jaga kerana mencegah lebih baik daripada mengubati!

Simptom atau gejala :

* Keletihan
* Kerap dahaga yang terlampau
* Membuang air kecil dengan banyak
* Penglihatan kabur
* Berat badan menurun
* Mudah lelah
* Sering kesemutan atau kebas
* Luka yang sukar sembuh

Risiko pada ibu :

* Mendapat pre-eclampsia (tekanan darah tinggi dan lebihan protein dalam air kencing)
* Jangkitan vanigal moniliasisnpada faraj (jangkitan)
* Jangkitannpada luka bersalin menyebabkan luka lambat sembuh
* 50 peratus boleh menghidap diebetes peringkat kedua

Risiko pada bayi :

* Bayi mati dalam kandungan
* Saiz byai terlalu besar
* Bayi kuning (jaundis)
* Bayi sukar bernafas
* Kesan jangka panjang bayi mengalami obesiti dan kencing manis apabola dewasa

Cara mengelak diabetes gestasi :

* Amalkan diet seimbang merangkumi karbohidrat, protein tanpa lemak dannlemaknyang sihat.
* Bersenam untuk mengawal gula dalam darah seperti yoga, betenang dan berjalan.
* Kawal berat badan
* Kurangkan pengambilan makanan atau minuman bergula
* Berhenti merokok

Shares

Leave a Reply