Waktu Sesuai Untuk Timbang Berat Badan

timbang berat badan

timbang berat badan
timbang berat badan

Sepanjang proses diet antara cara untuk menjaga keseimbangan berat badan dengan rutin menimbang berat.

Perkara wajib di lakukan setiap hari atau sekurang kurangnya seminggu sekali.

Menimbang berat badan sebenarnya bukan semudah yang anda sangka.

Hanya naik atas penimbang untuk terus dapatkan bacaan berat badan dan timbang pada bila bila masa ikut suka hati.

Anda silap! Sebenarnya ada beberapa cara untuk dapatkan bacaan berat badan paling tepat dan terbaik.

Sebelum mula untuk menimbang berat badan anda, pastikan alat penimbang serta jarumnya sentiasa di kedudukan yang tepat agar bacaan timbangan anda tidak silap.

Waktu paling sesuai untuk dapatkan berat badan perlu di ambil kira kerana ianya waktu di mana faktor faktor yang menentukan berat badan hampir sama.

Timbang pada waktu pagi dan malam berkemungkinan besar menunjukkan perbezaan berdasarkan pengambilan makanan dan minuman yang tidak konsisten.

Sama juga dengan keadaan pundi kencing yang turut tidak konsisten.

Waktu yang terbaik untuk timbang berat badan anda adalah seperti berikut;

• Pada waktu Pagi
• Selepas Bangun Pagi
• Sebelum Sarapan Pagi
• Selepas Buang Air Kecil atau Air Besar
• Pada Waktu dan Masa Yang Lebih Kurang Sama

Semasa anda menimbang berat badan, sebaiknya mengenakan pakaian dari fabrik yang sangat ringan dan elakkan dari berpakaian tebal yang mampu mempengaruhi bacaan timbangan anda.

SEBELUM BERSENAM
Anda seorang yang aktif bersenam atau bersukan, pastikan timbang berat badan pada waktu pagi sebelum anda mula bersenam.

Menimbang selepas anda bersenam adalah tidak sesuai kerana ketika itu badan anda kehilangan cecair selepas berpeluh.

KONSISTEN PADA WAKTU DAN ALAT PENIMBANG
Waktu pagi adalah waktu yang di galakkan untuk menimbang berat badan namun anda boleh juga lakukan pada waktu petang sebaiknya sebelum jam 6 petang.

Terpulang pada anda asalkan konsisten dengan waktu dan menggunakan alat penimbang yang sama setiap kali menimbang.

KEKERAPAN MENIMBANG BERAT BADAN
Ada kajian menunjukkan bahawa lebih kerap anda menimbang berat badan sepanjang anda di fasa mengawal berat badan sebenarnya dapat membantu anda melawan kenaikan berat badan.

Berbeza dengan individu yang tidak menimbang berat badan secara rutin, berisiko untuk mengalami kenaikan berat badan berulang.

JANGAN TERPEDAYA DENGAN BACAAN TIMBANGAN
Menimbang berat badan secara konsisten di katakan mampu memberi impak positif untuk mengawal berat badan dan kesihatan.

Namum anda perlu ingat, angka pada timbangan tidak memberikan gambaran lebih terperinci apa yang sedang berlaku pada badan anda.

Terdapat beberapa timbangan yang di jual di pasaran sudah menetapkan kiraan peratusan lemak pada badan melalui kaedah ‘bio-electrical’.

Oleh itu perlu kawal diet selain dari bersenam, tidur yang cukup dan elakkan ‘stress’

JAGA POSTUR TUBUH BADAN
Untuk pastikan keputusan bacaan timbangan adalah tepat, anda perlu berdiri di atas penimbang dalam keadaan stabil, tidak menggerakkan badan, berjingkit, menaikkan satu kaki atau bersandar pada sesuatu.

WAKTU PERLU DI ELAK UNTUK TIMBANG BERAT BADAN
Wanita yang sedang dalam haid (period) tidak di galakkan untuk menimbang berat badan kerana hari haid terdapat gangguan hormon.

Selain dari emosi yang tidak stabil, badan juga menyerap lebih banyak air Ada kemungkinan berat badan boleh bertambah sehingga ke 1 atau 2 kg.

Sebaiknya timbang selepas seminggu hari haid. Pada waktu tersebut, keadaan tubuh badan anda telah kembali seimbang.

Antara KESILAPAN lain semasa anda menimbang berat badan adalah;
• Pastikan anda tidak menyarung kasut atau apa sahaja yang boleh mempengaruhi berat badan
• Pastikan alat penimbang di tempatkan di lantai yang ‘solid’ atau rata
• Pastikan postur badan tidak membongkok, minta tolong untuk melihat bacaan berat badan anda
• Elakkan menimbang pada waktu malam kerana waktu ini berat badan paling maksimum berbanding pada waktu pagi yang minima

Sedang anda mengawal berat badan dengan menjaga pemakanan dan melakukan senaman ringan, kami tambah dengan LOSYEN MUSTAJAB EXTRA HOT yang lebih hangat dengan rumusan lebih Pati Halia untuk membantu proses Membakar Lemak dengan lebih efektif.

Anda boleh praktikkan Losyen Mustajab Oren ini secara konsisten pada bahagian badan yang berlebihan lemak antaranya di Perut, Pinggang, Pinggul, Peha, Betis dan Lengan.

Tidak hanya bertindakbalas pada Lemak sahaja malah membantu mengurangkan kesan Selulit hodoh di lapisan kulit anda.

Pada anda yang rajin manjakan diri dengan urutan atau rawatan sauna di mana mana spa pilihan, boleh cadangkan Losyen Mustajab Oren ini untuk di sapu pada keseluruhan badan ketika sesi urutan atau rawatan sauna malah di rumah pula, anda boleh Berbengkung atau memakai Korset untuk kembali pada bentuk badan Langsing dan Ramping secara semulajadi.

Beberapa solusi ini mampu membantu untuk anda dapatkan bacaan timbangan yang memuaskan. Dalam proses untuk anda kurus, perlu banyak bersabar dan kuat semangat. Jangan ‘stress’, jika anda konsisten dengan tip sihat, pemakanan sihat, bersenam dan mengamalkan Losyen Mustajab Extra Hot, itu adalah petanda yang bagus untuk anda dapatkan berat badan yang ideal.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB!

Rumusan Khas Yang Berkualiti
Losyen Mustajab Pati Halia Extra Hot dirumuskan khas dengan ekstrak halia yang lebih tinggi untuk kegunaan dalam proses pelangsingan badan. Khasiat halia yang pelbagai sememangnya diketahui umum dan mempunyai manfaat khusus seperti menyingkir angin dari badan dan mengempiskan perut.

Khasiat Berganda
Selain dapat membantu melangsingkan badan dan mengempiskan perut yang buncit, losyen ini juga mampu membantu mengurangkan kesan selulit di peha, pinggul dan perut. Rasa hangat yang berpanjangan ianya memberikan rasa selesa dan nyaman kepada pengguna. Khasiat halia yang dipercayai sejak turun temurun untuk mengempiskan perut dan melangsingkan badan kini lebih mudah digunakan dengan adanya Losyen Mustajab Pati Halia Extra Hot.

Pelangsingan badan menjadi lebih efektif dengan Losyen Mustajab Pati Halia Extra Hot yang diakui sememangnya mustajab!!.

Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply