Waktu Bersenam Yang Betul

Bersenam
Bersenam

Aspek penjagaan kesihatan dan kecantikan tidak hanya terletak pada pemakanan harian yang seimbang semata mata tetapi juga pada aktiviti fizikal anda. Aktif secara fizikal sangat di galakkan untuk semua individu dalam kehidupan harian tanpa mengira peringkat umur. Pelbagai aktiviti harian yang boleh anda lakukan bertujuan untuk mengaktifkan diri antaranya Bersenam, berjalan kaki, berkebun, mencuci kenderaan, membersih persekitaran rumah dan sebagainya.

Apakata kita cuba beri tumpuan pada aktiviti dalam bentuk Senaman. Ini bertujuan mahu galakkan amalan bersenam ini dalam aktiviti harian anda. Bersenam antara aktiviti fizikal yang semulajadi, sumber pada kekuatan dan kecergasan diri untuk anda tempuhi kehidupan harian dan kekalkan gaya hidup yang lebih berkualiti malah di galakkan pada setiap individu sepanjang hayat mereka secara berterusan.

Rutin Bersenam boleh di lakukan pada bila bila masa dan tidak tertumpu di persekitaran taman rekreasi atau di gym sahaja malah anda boleh lakukan lebih santai lagi apabila berada di rumah jauh dari mata mata yang memandang, di iringi dengan muzik rancak mengikut halwa telinga anda, situasi ini boleh buat anda lebih selesa dan bersemangat.

Sebelum itu, selain dari teknik senaman yg betul, anda juga perlu tahu waktu yang paling sesuai untuk anda bersenam. Tidak hanya waktu makan dan tidur sahaja, senaman juga ada waktunya untuk impak yang lebih supeb.

SENAMAN PADA WAKTU PAGI

Waktu Pagi adalah waktu yang terbaik untuk mulakan rutin senaman anda tetapi antara waktu yang paling liat untuk bersenam. Tahniah buat anda yang berjaya lakukan;

• Waktu Pagi minda anda akan lebih produktif, cergas, bertenaga dan bersemangat sepanjang melaksanakan tugasan sepanjang hari.

• Meningkatkan metabolisme badan dan ini membantu pembakaran kalori lebih banyak di waktu pagi.

• Membantu otot bergerak lebih baik kerana regangan telah berlaku sejak awal pagi lagi.

• Jadual senaman anda akan lebih konsisten kerana sudah terbiasa bersenam pada awal pagi dan kurang gangguan.

• Selepas bersenam, isi semula tenaga anda yang telah hilang dengan menikmati menu sarapan pagi yang sihat.

SENAMAN PADA WAKTU PETANG

Pada anda yang tidak mampu untuk bersenam pada awal pagi, anda masih punya waktu lain untuk praktikkan senaman harian anda. Lebih baik dari tidak bersenam langsungkan!

• Mengurangkan tekanan yang di hadapi seharian kerana otak pada ketika ini akan bertindak lebih aktif dan lebih fokus pada pergerakan badan yang dilakukan. Sekaligus akan membuatkan tubuh anda lebih cergas dan menyalurkan cas cas positif dalam tubuh badan.

• Sebaiknya antara jam 4.30 – 5.00 petang atau di saat matahari hampir terbenam, biasanya suhu badan dan kadar hormon di aras tertinggi. Otot anda menjadi lebih fleksibel dan panas. Paru paru juga turut berfungsi dengan baik pada waktu ini.

• Pastikan waktu petang anda sebelum waktu makan, ini antara langkah bijak kawal kuantiti makanan yang di makan pada waktu malam.

• Ada positifnya juga bersenam pada waktu petang kerana anda boleh lakukan senaman yang lebih berat berbanding waktu pagi. Anda mempunyai waktu yang cukup untuk berehat sepanjang malam.

SENAMAN PADA WAKTU MALAM

• Bersenam pada malam hari paling baik adalah sekitar jam 7 – 8 malam. Kepenatan bekerja pada siang hari atau aktif pada malam hari dapat di atasi dengan senaman malam seperti aerobik atau berzumba.

• Selepas bersenam, anda punya masa istirehat semasa anda tidur yang mana membantu tingkatkan pertumbuhan otot anda menjadi lebih sempurna.

SENAMAN PADA WAKTU PERIOD ATAU DATANG BULAN

Waktu Period atau datang bulan bukan menjadi penghalang untuk wanita aktif,

• Ketika hormon ‘endorphin’ (hormon bahagia) di lepaskan lebih pada tubuh badan ketika anda bersenam di katakan membantu tingkatkan mood serta legakan kesakitan sewaktu period atau datang bulan.

• Ini bermakna, saat period atau datang bulan tersenarai dalam kategori waktu paling sesuai untuk anda bersenam. Perubahan hormon selama anda period atau datang bulan di katakan bisa membantu anda lebih kuat dan rasa sakit akan lebih cepat lega.

SENAMAN SAAT ANDA SELSEMA

• Selsema yang sedang anda tanggung mampu lega dengan senaman ringan di rumah jika selsema anda tidak teruk. Dengan bersenam ianya dapat membantu melegakan saluran hidung yang tersumbat dan berpeluh.

• Anda di nasihatkan untuk kurangkan tempoh senaman (intensiti) anda. Bila anda mula rasa semakin sihat semasa anda bersenam, anda boleh tingkatkan tempoh senaman (intensiti) secara beransur ansur. Jika sebaliknya, rasa pening, lemah atau loya maka anda perlu berhenti serta merta dari aktiviti senaman anda.

SENAMAN SAAT BADAN PENAT

• Ketika anda kepenatan setelah seharian berhadapan dengan kerja kerja atau aktiviti seharian, bagus untuk anda bersenam.

• Senaman juga dapat bangkitkan kembali tenaga, hilangkan tekanan (stress) serta tingkatkan mood anda. Anda di syorkan berjogging sekeliling rumah atau hanya menari kardio di dalam rumah.

• Anda tidak perlu ambil masa yang lama untuk bersenam cuma perlu peruntukan masa antara lima belas hingga ke dua puluh minit sahaja untuk tidur yang lebih lena pada malam hari.

Kesimpulannya, anda tidak punya alasan untuk menolak diri anda dari bersenam, bukan satu waktu sahaja malah anda punya beberapa waktu yang lain. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Perlu di ingat yang aktiviti senaman ini tetap perlu di sesuaikan dengan keadaan badan anda.

Apa pun bentuk aktiviti fizikal yang menjadi pilihan anda atau pada bila bila waktu pun yang peruntukan, pastikan anda tidak lupa pada LOSYEN MUSTAJAB SUPER HOT kami. Losyen Merah yang kami rumuskan dari Pati Halia Tulin bersama Capsicum sangat sinonim dengan bersenam dan bersukan.

Yang obses bersenam dan bersukan, pastikan Losyen Merah ini di sapu terlebih dahulu terutama pada bahagian Lengan, Pinggang, Peha, Betis sehingga Tapak Kaki anda sebelum mula dengan sebarang pergerakan, ini untuk mencegah anda dari Kekejangan Otot, Sakit Sendi dan Lenguh Lenguh Badan selepas selesai aktiviti bersenam dan bersukan. Kini tiada lagi runggutan sakit sana sini, anda boleh nikmati rehat dengan lebih tenang dan tersenyum puas.

Untuk anda yang berazam mahu kurus tetapi masih belum terlihat perubahannya, jangan putus asa, teruskan perjuangan anda dengan LOSYEN MUSTAJAB SUPER HOT, pasti tidak mengecewakan. Kepanasan Losyen Merah ini membantu sedut Lemak Lemak yang semakin berleluasa dalam tubuh badan anda. Sapu Losyen Mustajab ini sebelum anda ‘workout’ pada bahagian yang menepel lemak terutama di sekitar PERUT, bahagian yang paling di sukai oleh lemak. Anda akan terasa kepanasan yang berpanjang sehingga terbitnya peluh untuk cegah dari kesakitan dan matlamat kurus anda semakin mencapai hasil yang positif.

Dengan teknik senaman dan pada waktu senaman yang betul ditambah dengan keajaiban losyen Mustajab ini, tidak mustahil untuk anda mencapai hasil yang lebih sempurna dan efektif pada aspek kesihatan dan kecantikan diri anda.

Pembakar Lemak Yang Degil
Sesuai dengan kepanasan yang lebih tinggi dari losyen-losyen yang lain, Losyen Mustajab Pati Halia Super Hot boleh membantu mengurangkan kesan selulit yang degil dan tebal serta membantu mendapatkan pinggang yang ramping dan potongan badan yang ideal. Untuk mendapatkan kesan yang lebih optimum, gunakan bersama bengkung dan nantikan hasilnya yang sangat memuaskan.

Memberikan Kelegaan Pada Otot Dan Sendi
Kesakitan pada sendi serta kekejangan otot selepas melakukan sukan lasak seringkali menjadi masalah utama kepada penggemar aktiviti seperti ini. Namun kini, ia mampu dikurangkan dengan menyapu Losyen Mustajab Pati Halia Super Hot terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti-aktiviti tersebut. Rasa hangat yang berpanjangan, menambahkan keselesaan pada pengguna dan mengurangkan kesan sakit akibat aktiviti lasak.

Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply