Ubah Suai Gaya Hidup Boleh Mengurangkan Berat Badan

Harini admin baik hati nak share tips mengurangkan berat badan dengan cara yang mudah dan tidak membosankan. Kita sering mengamalkan diet tetapi hanya bertahan 1-2 minggu sahaja. Ini kerana Malaysia mempunyai banyak pilihan makanan yang enak dimakan, betul tak?

Masa
masa

Amalan cara diet dengan mengurangkan kuantiti makanan adalah bagus tetapi ramai tidak tahu bahawa makan pada waktu yang sama setiap hari juga dapat membantu kita untuk mengurangkan berat.

Kurangkan minum air?
kurangkan

Ramai juga cuba mengurangkan pengambilan air kosong kerana ingin kelihatan ringan di atas penimbang berat tetapi tahukah anda bahawa jika seseorang kurang air di dalam badan, ia dapat menyebabkan seseorang akan sering kejang otot, penat dan tidak bermaya? Kekurangan air juga dapat menyebabkan kulit kita lebih mudah untuk tumbuh jerawat.

Bersenam
bersenam

Bersenam pada waktu pagi lebih bagus berbanding bersenam pada siang atau malam. Ini kerana tubuh badan kita berfungsi dua kali lebih cergas berbanding pada waktu lain.

Rehat
rehat

Tempoh tidur yang mencukupi adalah amat penting dalam proses mengurangkan berat badan. Ini bagi memastikan badan kita dalam berfungsi dengan normal dan membantu penghadaman makanan. Waktu tidur yang mencukupi juga akan mencergaskan otak kita. Waktu tidur yang paling afdhal untuk seorang dewasa adalah 8-9 jam dan seeloknya waktu tidur yang paling nyenyak haruslah antara 11 malam hingga 3 pagi.

Ini saja tips-tips admin nak kongsi dengan korang. Amalkan gaya hidup sihat bagi memastikan anda kekal sihat dan cergas.

Shares

Leave a Reply