Trend Senaman Berbasikal

Berbasikal

Berbasikal
Berbasikal

Rata rata sudah ramai yang ‘upload’ di media social senaman Berbasikal mereka secara berkumpulan atau solo.

Nampaknya aktiviti Berbasikal ini kian diminati ramai sejak akhir akhir ini.

Mungkin ramai sudah mula sedar akan kebaikan bersenam dengan Basikal.

Walaupun nilai harga sebuah Basikal agak mahal tetapi banyak kebaikan dan kelebihannya untuk kesihatan fizikal juga bagus untuk bersocial.

Anda mungkin antara yang mula mahu berjinak jinak dengan aktiviti Berbasikal ini, kami akan kongsikan bagusnya senaman ini untuk buat anda lebih bersemangat dengan aktiviti ini.

MENINGKATKAN KESIHATAN MENTAL
Menurut satu kajian, mereka yang mempunyai gaya hidup aktif secara fizikal, mempunyai skor kesejahteraan 32% lebih tinggi berbanding individu yang tidak aktif.

Ada banyak cara yang dapat membantu meningkatkan mood anda, meningkatkan adrenalin dan endorfin juga keyakinan yang lebih baik selepas mencapai matlamat atau target baru.

Contohnya seperti berjaya menyudahkan kayuhan 50km atau memendekkan masa berbanding sebelum ini.

Kebaikan bersenam secara Berbasikal, ianya menggabungkan latihan fizikal dan aktiviti luar disamping dapat meneroka permandangan baru.

Kayuhan Basikal juga mampu membantu anda keluar dari zon kemurungan atau keresahan sekaligus meluaskan kenalan dengan berkayuh secara berkumpulan.

MENGUATKAN OTOT
Sebaiknya anda harus bersenam setiap hari untuk kesihatan otot manusia yang digunakan secara teratur setiap hari.

Apabila seminggu anda tidak aktif, kekuatan otot akan berkurangan lebih kurang 50 peratus.

Jika hal ini diabaikan, ianya boleh memudaratkan anda pada jangkamasa yang panjang.

Kelihatan pada golongan tua yang tidak aktif, otot akan mengecut. Waktu Berbasikal membantu banyak otot diaktifkan.

Ketika mengayuh, otot kaki berkongsi melalui kitaran badan, otot abdomen dan belakang lebih stabil juga dapat mengurangkan pengaruh luar, hendal dapat menyokong sistem otot lengan dan bahu.

Dengan ini otot akan menjadi lebih kuat dan membantu berfungsi lebih cekap.

PELUANG BERSARAPAN 2 KALI
Jika anda memilih untuk berbasikal ke tempat kerja, anda boleh mengunyah makanan ringan sebagai sebahagian makanan harian anda.

Perjalanan ke tempat kerja mungkin akan memakan masa selama setengah jam.

Kalori yang mampu dibakar adalah sebanyak 200 – 500 kalori bermakna anda berpeluang menikmati sarapan pagi buat kali kedua.

Kebaikan senaman berbasikal bukan hanya membantu menjaga kesihatan malah anda berpeluang makan dengan lebih banyak.

Jika anda gigih ingin membakar lemak, sebaiknya Berbasikal ke tempat kerja dengan perut kosong.

Cara ini lebih mempercepatkan proses bakar lemak.

MENGURANGKAN RISIKO SAKIT JANTUNG DAN KANSER
Berbasikal membantu meningkatkan kadar degupan jantung dan melancarkan aliran darah ke seluruhan tubuh badan anda.

Sekaligus membantu membakar kalori yang akan mengurangkan risiko pertambahan berat badan.

Malah Berbasikal dipersekitaran terbuka membuatkan anda lebih terdedah pada sinaran matahari yang kaya dengan vitamin D yang mana bagus untuk mengurangkan penyakit osteoporosis, kanser payudara, kanser prostat, kanser kolon atau usus besar.

Selain itu meningkatkan sel menyerang bakteria dan menambah imun pertahanan tubuh badan juga mengatasi insomnia (penyakit sukar tidur) sekaligus membantu meningkatkan kualiti tidur anda.

Oleh itu, Berbasikal antara bentuk latihan sihat yang dicadangkan untuk membantu mengurangkan risiko anda di serang penyakit utama seperti jantung dan kanser.

KESIHATAN PARU PARU YANG LEBIH BAIK
Menurut satu kajian, mereka yang bersenam secara Berbasikal kurang menghirup asap luar berbanding orang yang menaiki kereta.

Hasil dari alat pengesan pencemaran udara yang dipasang pada seorang pemandu, pengguna bas, pejalan kaki dan pelumba yang menggunakan laluan sibuk melalui pusat London, menunjukkan bahawa pemandu mengalami tahap pencermaan sebanyak 5 kali lebih tinggi dari mereka yang mengayuh basikal.

MENURUNKAN TEKANAN DARAH
Berbasikal dengan gaya sederhaan membantu menghalang tekanan darah tinggi, mencegah stroke, kerosakan organ organ lain seperti buah pinggang dan melancarkan peredaran darah kerana senaman ini membantu denyutan jantung lebih rendah dan tekanan darah menurun.

MEMBANTU MENGURANGKAN BERAT BADAN
Anda yang berniat mahu menurunkan berat badan, anda perlu membakar lebih banyak kalori daripada yang anda makan bertujuan untuk turunkan berat badan.

Senaman secara Berbasikal mampu membakar kalori antara 400 sehingga 1000 dalam masa 1 jam bergantung pada intensiti dan berat pengayuh tetapi masih ada juga faktor lain seperti menjaga waktu tidur atau rehat juga pengambilan pemakanan sihat yang mana sangat berkait rapat dengan bagaimana anda menikmati aktiviti yang dijalankan.

Ini sudah semestinya membantu menurunkan berat badan anda.

MENGURANGKAN OBESITI
Obesiti bermakna berlebihan berat badan.

Keadaan ini akan menyukarkan pergerakan juga sukar merangsang metabolisme lemak atau semua reaksi kimia dalam tubuh badan anda.

Apabila anda hypercholesterol, banyak lemak tersimpan.

Dengan Berbasikal ianya banyak menyumbang kepada penurunan berat badan dengan membakar lemak.

Sebanyak 70% berat badan ditampung pelana atau tempat duduk basikal membolehkan kita bergerak lebih jauh.

Sewakttu muda jika anda rajin bersenam, ini akan membantu mencegah dari berat badan berlebihan ketika anda dewasa atau tua.

Anda masih ada pilihan dan peluang selain dari berhati hati dengan pengambilan pemakanan harian & displin bersenam, berilah peluang pada diri anda untuk mencuba LOSYEN MUSTAJAB SUPER HOT yang di formula khas dari Pati Halia bersama Capsicum untuk memberi impak Pembakaran Lemak yang lebih efektif bagi anda yang gigih bersenam dan bersukan.

Mampu kekalkan tahap kepanasan pada jangkamasa yang lama bergantung pada pergerakan anda.

Pengunaan yang kami syorkan sebelum anda mulakan sesi pemanasan badan (warm up) untuk mempercepatkan proses Pembakaran Lemak dalam badan di segerakan.

Losyen Mustajab Merah ini akan bertindakbalas selama anda bersenam atau bersukan.

Persiapkan diri anda dengan sapuan Losyen Mustajab Merah ini pada bahagian badan yang Padat Lemak seperti di Lengan Tangan, Belakang Badan, Perut, Pinggang, Pinggul, Paha dan Betis.

Lapisan kulit anda yang dipenuhi Selulit boleh dikurangkan dengan menggunakan Losyen Mustajab yang sama.

Selain dari bertindakbalas pada Lemak dalam badan, Losyen Mustajab Merah ini juga membantu mencegah sekaligus melindungi otot otot badan anda dari kecederaan dan kesakitan antaranya Kejang Otot, Sakit Sendi dan Lenguh lenguh Badan.

Tiada lagi halangan untuk anda terus bersenam atau bersukan selepas ini malah anda akan lebih bersemangat kerana usaha anda beserta penggunaan konsisten Losyen Mustajab Super Hot telah merealisasikan niat anda untuk turunkan berat badan dengan bersenam secara Berbasikal.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB

Pembakar Lemak Yang Degil
Sesuai dengan kepanasan yang lebih tinggi dari losyen-losyen yang lain, Losyen Mustajab Pati Halia Super Hot boleh membantu mengurangkan kesan selulit yang degil dan tebal serta membantu mendapatkan pinggang yang ramping dan potongan badan yang ideal. Untuk mendapatkan kesan yang lebih optimum, gunakan bersama bengkung dan nantikan hasilnya yang sangat memuaskan.

Memberikan Kelegaan Pada Otot Dan Sendi
Kesakitan pada sendi serta kekejangan otot selepas melakukan sukan lasak seringkali menjadi masalah utama kepada penggemar aktiviti seperti ini. Namun kini, ia mampu dikurangkan dengan menyapu Losyen Mustajab Pati Halia Super Hot terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti-aktiviti tersebut. Rasa hangat yang berpanjangan, menambahkan keselesaan pada pengguna dan mengurangkan kesan sakit akibat aktiviti lasak.

Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

Beli Online : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply