Tips Turunkan Berat Badan

turun-berat-badan

Program menurunkan berat badan seakan-akan menjadi satu kemestian kepada mereka berkemampuan kerana pada hemah mereka program ini amat sesuai walaupun perlu membayar dengan harga yang mahal.

Sejauh mana keberkesanan program itu sebenarnya terpulang kepada mereka yang mengikutinya kerana apa jua langkah diambil tanpa iltizam yang tinggi, ia tidak akan ke mana-mana. Betul tak?

Tips:

* Jangan lakukan secara drastik kerana ia akan menyumbang kepada masalah lain berkaitan kesihatan. Anda perlu menurunkan berat badan secara perlahan-perlahan dan konsisten untuk mendapatkan kesan yang berpanjangan dan kesihatan yang lebih baik.

* Anda perlu menetapkan matlamat supaya penurunan berat badan menjadi lebih realistik. Sebagai contoh sasaran iaitu pengurangan setengah kilogram atau satu kilogram seminggu.

* Pemakanan seharusnya menjadi keutamaan untuk merealisasikan sasaran anda. Jadi, kurangkan pengambilan kalori tanpa menjejaskan nutrien yang lain. Kebiasaannya, saranan ditetapkan ialah untuk mengurangkan 500kcal sehari, di mana 250kcal adalah daripada diet dan 250kcal adalah melalui aktiviti fizikal.

* Sentiasa bersenam atau tingkatkan bersenam kepada 90 minit sehari untuk mengekalkan berat badan ideal.

Walaupun apa jua langkah dan program yang disertai anda demi mengurangkan berat badan. Anda juga perlu memilih cara yang tepat, betul dan bersesuaian dengan kehendak anda.

Sebagai contoh, selain menjalani program intensif yang berkaitan, penggunaan makanan tambahan seperti detoks atau detoksifikasi juga sangat popular.

Tidak kurang juga ada yang memilih fad diet, iaitu adalah rancangan diet yang biasanya menjanjikan penurunan berat badan ‘drastik’ dalam masa yang singkat.

Namun, jenis diet ini boleh membahayakan kesihatan anda! kerana ia tidak mengandungi kumpulan makanan tertentu (misalnya karbohidrat), atau mengandungi terlalu sedikit kalori (contohnya penggantian makanan, diet cecair).

Sebenarnya, cara yang terbaik untuk mengurangkan dan mengekalkan berat badan adalah menerusi amalan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

Untuk menjadikan ia lebih realistik, anda perlu mengamalkan pemakanan seimbang, iaitu berbagai jenis dan dalam hidangan yang sederhana, berpandukan piramid makanan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Shares

Leave a Reply