Tips Merawat Parut Secara Tradisional

Assalamualaikum… Semua Pembaca…

Tidak kira lelaki atau wanita, memiliki parut terutama di bahagian yang senang di lihat umum ibarat mimpi ngeri. Ia akan membuatkan kita menghindarkan diri dari bergaul dengan masyarakat dek kerana malu jika ada yang gatal mulut menegur pasal parut khususnya di bahagian muka.

Jangan jadikan sebab parut luka lama mengehadkan kemampuan dan keupayaan diri untuk bergerak lebih jauh dalam erti kata lain mengoptimumkan penonjolan diri tidak kira dalam komuniti kecil, pejabat atau masyarakat.

Merawat Parut

Tok Aki kadang-kadang kasihan dengan mereka yang memiliki parut yang tidak mampu disorok. Mereka sebenarnya mempunyai banyak kelebihan tidak kira dari segi cara bekerja, idea dan pelaksanaannya, inovatif serta berpandangan jauh.

Namun disebabkan parut mereka lebih gemar menyendiri dan lebih buruk lagi hilang keyakinan diri serta memilih untuk menjadi manusia yang pasif.

Tok Aki ni boleh dikategorikan dalam budak yang ‘buas’ ketika remaja. Maksud buas tu bukan kacau anak dara orang tau. Tapi gemar melakukan aktiviti lasak sehingga mudah terdedah kepada kecederaan.

Tok Aki sendiri pun banyak parut dan ada yang sudah sembuh. Cuma parut kekal dan ‘dalam’ kat muka Tok Aki ni ‘degil’ sikit nak hilang… Insya-Allah berkat dengan usaha dan istiqamah ia akan hilang jua nanti.

Jadi Tok Aki nak nasihatkan supaya jangan jadikan sebab parut untuk menghalang anda semua maju ke hadapan… apa yang penting adalah usaha berterusan untuk merawat parut ni. Tidak kira cara moden atau tradisional, cuma kena usaha dan istiqamah saja.

Entri kali ini Tok Aki nak kongsikan cara hilangkan parut dengan cara tradisional… Tidak salah kita mencuba dari hanya sekadar mencuba rawatan moden yang menelan kos yang tinggi.

Tips 1: Lendir Daun Lidah Buaya atau Aloe Vera
Lendir Daun Lidah Buaya amat bermanfaat untuk pelbagai masalah terutama membabitkan kecantikan. Caranya amat mudah dengan hanya menyapu lendir terbabit ke tempat parut dan amalkan selalu. Ia sesuai untuk parut baharu dan Tok Aki galakkan amalkan menyapu lendir ini kerap untuk memaksimumkan hasilnya.

Tips 2: Kulit Kayu Manis
Ambil sedikit Kulit Kayu Manis kemudian tumbuk hingga lumat. Debu yang terhasil dari Kulit Kayu Manis hendaklah dicampur dengan air dan bancuh sedikit dengan bedak sejuk. Sapu pada kulit berparut dan amalkan setiap hari. Seelok-eloknya sebelum tidur.

Selain tumbuk. Kulit Kayu Manis juga boleh diasah pada lesung batu atau batu pengasah. Debu yang terhasil kelak dicampur dengan madu lebah dan tempelkan pada bahagian parut.

Tips 3: Beras, Kunyit Hidup dan Bawang Putih
Ambil semua bahan ini dan kisar sehingga halus. Kemudian campurkan dengan sedikit air dan ratakan di muka sebelum biarkan hingga kering dan basuh dengan air suam.

 

Selamat Mencuba…

Sekian…

 

 

Shares

Leave a Reply