Tips Membuang Lemak Pada Badan

Assalamualaikum.. Semua Pembaca….

Tok Aki ni jenis orang yang suka memerhati orang disekeliling setiap kali keluar jalan-jalan di bandar. Tok Aki maksudkan lelaki ye bukannya wanita. Haram tau jika memerhatikan bukan muhrim kita.

Pemerhatian Tok Aki berasas dan bersebab bukannya untuk saja-saja tetapi untuk melihat pelbagai aspek orang lain menjaga badan atau jenis yang biarkan saja dengan apa yang ada dan berlaku.

Satu perkara yang sering Tok Aki lihat yang sering dihadapi rakyat kita ketika ini iaitu masalah badan banyak lemak atau senang kalau kita panggil saja terlebih berat badan. Adakalanya Tok Aki sedar bahawa apa yang dinikmati rakyat kita ketika ini boleh dikatakan mewah dan sederhana jika dibandingkan dengan rakyat negara lain.

Tok Aki lihat kemakmuran negara kita ini diterjemahkan dengan berapa besar perut dan lemak rakyat kita. Ada asasnya juga. Negara makmur dan ekonomi yang baik menyaksikan kebanyakan rakyat negara kita hidup dengan cukup makan dan pakai.

Harap-harap kemakmuran ini berterusan dan berkekalan hingga akhir hayat Tok Aki dan cucu cicit kita nanti.

Melihat lebihan lemak rakyat kita, Tok Aki terpanggil untuk berkongsi Tips untuk mengurangkan atau membuang lemak dalam badan secara tradisional dan moden. Amalan ini mungkin dianggap mudah tetapi kita seharusnya tidak boleh memandang remeh perkara ini.

Membuang Lemak Pada Badan

Tips 1: Jogging Atau Berlari Anak

Tips ini sesuai untuk mengurangkan lemak pada peha. Mungkin ada yang berkata buat apa berjalan kaki, jogging atau berlari anak kerana ia memenatkan. Adalah lebih elok jika ingin ke mana-mana pada jarak mungkin satu atau dua kilometer, kita berjalan kaki bukannya menunggang motosikal.

Tips 2: Gunakan Tangga

Tok Aki tahu kebanyakan pejabat, kompleks beli-belah menyediakan lif atau tangga bergerak (eskalator). Namun, tidak salah kepada kita menggunakan tangga untuk ke tingkat berikutnya kerana dengan cara mudah dan tidak perlu mengeluarkan wang ini dapat memecah lemak yang ada pada tubuh, perut dan paha.

Tips 3: Minum Teh Hijau

Teh Hijau sememangnya mempunyai banyak manfaat dan khasiat bukan sekadar rasanya enak. Tok Aki memang penggemar Teh Hijau. Tahap antioksidan yang terdapat dalam minuman ini berkemampuan untuk mengekang perkembangan lemak dalam badan. Jadi amalkan meminum Teh Hijau untuk meningkatkan kesihatan anda.

Tips 4: Tingkatkan Sumber Protein dan Kurangkan Gula

Apa yang perlu dilakukan adalah istiqamah dalam pengambilan makanan kurang manis dan memilih untuk makanan yang kaya dengan protein. Umum mengetahui gula adalah musuh utama kepada mereka yang ingin mengurangkan lemak selain menjadi teman kepada penyakit berbahaya seperti Kencing Manis atau Diabetes.

Tips 5: Losyen Mustajab Pati Halia Keluaran Dunia Herbs

4 losyen
Tips yang ni Tok Aki paling gemar. Harga produk Dunia Herbs adalah mampu milik dan Tok Aki yakin semua mampu memilikinya. Mudah saja beli saja produk asli dan sapu di bahagian berlemak. Baunya juga ‘best’ dan selepas memakainya anda akan rasa segar. Bagi Tok Aki, memakai produk Dunia Herbs menjadi sebahagian terapi selepas penat bekerja.

Selamat mencuba….

Sekian…

Shares

Leave a Reply