Tips Kesihatan Hadapi El-Nino

Fenomena El-Nino yang melanda Malaysia ketika ini memberi kesan kepada sektor pertanian di negara kita sehingga kerajaan terpaksa melaksanakan pelbagai langkah termasuk mengimport bekalan makanan untuk mengelakkan rakyat terputus bekalan.

el-nino

Fenomena cuaca panas melampau yang dihadapi pada masa ini memberi kesan besar kepada kehidupan seharian kita bagi semua peringkat usia sememangnya boleh menjejaskan kesihatan.

 

Akibat cuaca panas, kita bukan sekadar sukar melelapkan mata pada waktu malam kerana kepanasan, malah pada waktu siang pula peningkatan suhu ketara juga boleh menyahdiratkan air dalam badan.

 

Man Jogging

Situasi ini amat berbahaya kepada semua terutama kanak-kanak. Sebagai ibu bapa, kita seharusnya memantau keadaan anak-anak kita supaya terhindar daripada kejadian tidak diingini.

 

Terdapat beberapa tips menghadapi El-Nino:

  1. Banyakkan meminum air

khasiat-air-kosong-untuk-kesihatan

  • Saranan paling utama ini seharusnya tidak boleh dipertikaikan kerana ia mesti diamalkan walaupun kita tidak berdepan dengan keadaan cuaca panas.
  • Meminum air lebih banyak (sasaran biasa 8 gelas sehari) dapat menghidratkan semula badan kita. Perlu diingatkan bahawa, apa jua aktiviti yang dijalankan. Meminum air putih tidak hanya menghilangkan dahaga, malah dapat menyegarkan badan.

air2

  • Ada juga yang mengatakan, pada musim panas melampau kita disaran meminum air isotonik bagi menggantikan mineral dalam badan yang hilang disebabkan berpeluh.
  • Kita juga dinasihatkan untuk kurangkan minum minuman yang mengandungi kafein dan alkohol. Bagi pengemar kopi khususnya, anda mungkin boleh kurangkan dari tiga gelas sehari kepada satu gelas.

 

      2.    Hadkan aktiviti luar

  • Dalam situasi ini, kita seharusnya kurangkan daripada melakukan aktiviti luar termasuk bersukan. Bersukan bukannya tidak baik tetapi hadkan buat sementara waktu kerana apabila kita melakukan aktiviti seperti bermain bola sepak, sudah tentu kita akan mengeluarkan peluh pada kuantiti yang banyak. Ia tidak baik untuk badan sekiranya tiada penghidratan semula dalam masa sama.

 

aktivitiluar

  • Cukuplah sekadar bersenam dalam rumah atau melakukan aktiviti riadah lain di dalam bangunan.

 

3.    Pantau anak-anak kecil

  • Kepada ibu bapa, pantaulah anak-anak kecil anda termasuk suhu badan, kuantiti air yang diminium dan aktiviti yang dilakukan mereka.

summer_kids_outside

  • Keprihatinan kita sebagai ibu bapa amat penting disaat ini kerana jika alpa, musibah bakal menanti. Sudah tentu kita tidak mahu anak kecil kita mendapat masalah. Inilah masanya untuk kita lebih dekat dengan mereka. Kasih sayang juga tentunya bertambah.

 

4.    Banyakkan mandi

Baby_male_bathing_(6005172901)

  • Mandi tidak hanya menyegarkan badan malah dapat mengurangkan suhu badan. Jika pada waktu biasa kita sekadar mandi 2 kali sehari (untuk bekerja 8 pagi -5 petang), kita disaran lebih kan sedikit. Mungkin 3 atau 4 kali.
  • Saya percaya di pejabat anda sudah tentu ada kemudahan untuk mandi walaupun dalam tandas. Semuanya atas iktiar dan inisiatif kita sendiri.
  • Ini kerana tidak semua daripada kita hanya bekerja sepanjang masa di dalam pejabat berhawa dingin.

 

Tidakkah anda sedar cuaca panas melampau boleh menyebabkan pelbagai masalah dan paling ditakuti adalah Strok Haba!

Strok Haba berlaku apabila suhu badan meningkat kepada 40.5 darjah Celsius. Antara tanda Strok Haba ialah sakit kepala, mual, kurang berpeluh (walaupun dalam suhu panas), denyutan nadi menjadi lebih pantas, badan lemah, muntah, sawan dan pitam.

stok haba

Jika tanda-tanda ini berlaku pada anda, segeralah berjumpa pakar untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih rumit.

Adakalanya, kita mungkin tidak sedar, tetapi pada masa ini anda perlu peka dengan keadaan persekitaran dan kesihatan.

Shares

Leave a Reply