Tips Jaga Kesihatan Mata

Assalamualaikum… Semua Pembaca…

Pada entri sebelum ini, Tok Aki ada berkongsi petua merawat sakit mata. Jadi kali ini, Tok Aki ‘melompat’ ke kategori Tips Kesihatan dan Kecantikan untuk dedahkan petua menjaga mata supaya sihat mengikut amalan turun-temurun.

Tok Aki hendak dedahkan bahawa mata adalah anggota badan yang paling peting kepada setiap manusia. Dengan kurniaan Allah swt ini, kita dapat melihat keindahan ciptaan-Nya.

Kita juga dapat melakukan pelbagai pekerjaan dengan baik selain menjalani segala amalan yang dituntut oleh agama.

Kesihatan Mata

Namun, sejauh mana kita menghargai mata dan menggunakannya untuk tujuan kebaikan. Tok Aki suka untuk berpesan, bayangkan kita dilahirkan tanpa penglihatan. Kita dapat lihat mereka yang tidak diberikan nikmat melihat oleh-Nya.

Walaupun mereka mendapat nikmat atau kelebihan lain, dari sudut mereka yang boleh melihat ternyata adalah sukar untuk mereka melakukan rutin harian.

Justeru, Tok Aki menyeru kepada pembaca semua supaya menghargai mata dan jagalah mata dengan sebaik-baiknya. Kita harus mengsyukuri nikmat yang diberikan-Nya.

Gunalah mata untuk kebaikan dan jauhi kemungkaran supaya kita sentiasa mendapat keredaan-Nya.

Tips 1: Lidah Buaya (Aloe Vera)

  • Ambil beberapa batang Lidah Buaya atau Aloe Vera  kemudian keluarkan lendirnya dan sapu pada kelopak mata.. Biarkan selama 30 minit sebelum mencucinya.

Tips 2: Timun

  • Ambil dua hirisan Timun batang yang segar dan tekapkan pada mata selama 20 minit sambil berbaring. Seeloknya lakukan sebelum tidur malam.

Tips 3: Uncang Teh

  • Selepas minum Teh. Uncangnya jangan dibuang tetapi ambilnya dan tekapkan pada kedua-dua belah mata selama 10 minit. Insya-Allah mata akan sentiasa segar dan bersinar.

Tips 4: Daun Sireh Muda

  • Gunakan beberapa helai daun Sireh Muda. Pastikan basuhnya sebersih-bersihnya, kemudian ramasnya dan rendam dalam air suam (dalam besen). Selepas itu rendam muka anda sambil mata pejam celik selama beberapa minit. Amalkan selalu, Isya-Allah ia akan menyegarkan mata. Tips ini juga berkesan untuk merawat sakit mata.

Tips 5: Tidur Dengan Secukupnya

  • Tidur dengan secukupnya tidak hanya menyegarkan badan malah dapat memulihkan mata yang keletihan seterusnya segar untuk melakukan tugas harian. Tidur selama lapan jam amat mencukupi dan pembaca dinasihatkan jangan tidur lewat malam atau terlebih. Tidak hanya mata yang keletihan, badan juga akan menjadi lesu pada keesokkan hari.

Tips 6: Makan Sayur-sayuran

Pembaca dinasihatkan untuk menjadikan sayur-sayuran sebagai matakan ‘mesti’ ada setiap kali mengambil hidangan. Syaur-sayuran kaya dengan pelbagai nutrisi yang boleh mengurangkan risiko katarak. Makananlah juga ulam-ulaman seperti pengaga untuk menjadikan mata lebih cerah. Pengaga juga elok dibuat jus.

Mata amat penting dan memerlukan penjagaan yang baik supaya kita kekal dapat melihat dengan baik sehingga ke usia senja. Sentiasalah melihat permandangan hijau untuk memastikan mata sentiasa segar. Bukan Tok Aki yang kata tapi saranan pakar mata. Jika ada masalah mata, cepat-cepatlah berjumpa pakar.

Sekian…

Shares

Leave a Reply