Tips Dan Posisi Tidur Bagi Ibu Hamil

Ibu Hamil
Ibu Hamil

Kesukaran tidur di kalangan ibu hamil bukan tabiat pelik malah sudah sering berlaku terutama pada si ibu yang sudah mencecah ke trimester ketiga atau semakin hampir hari bersalin.

Mata masih terkebil kebil walaupun waktu sudah lewat malam. Di cuba berkali kali melelapkan mata, pusing kiri dan kanan, serba tidak kena sehingga terjaga encik suami yang kebingungan tidak tahu apa yang perlu di buatnya.

Kesukaran ini ada kaitan dengan tumbesaran bayi, perut yang tiba tiba mengeras, bayi dalam perut bergerak aktif dan kekerapan ke tandas.

Ibu yang kurang tidur akan terlihat lelah, tidak bermaya sehingga ‘stress’ terutama pada ibu yang bekerja sedangkan mereka perlukan masa istirehat yang berkualiti.

Keadaan ini tidak bagus pada kesihatan ibu terutama di akhir kehamilan.

Anda boleh mencuba beberapa aktiviti yang mungkin boleh membantu anda keletihan sehingga terlena antaranya membaca atau mendengar surah surah Al-Quran, buku atau melayan alunan muzik.

Elakkan gajet seperti telefon pintar, tablet dan televisyens sekurang kurang 30 minit sebelum waktu tidur kerana ini akan melewatkan penghasilan melatonin yang membantu anda tidur.

Ada lagi beberapa tip dan posisi untuk ibu hamil tidur lebih nyenyak dan selesa.

TEMPAT TIDUR YANG SELESA
Pastikan tempat tidur dan persekitaran bilik anda sentiasa bersih, kemas dan rapi.

Jangan biasakan diri tidur di atas katil yang berselerak dengan longgokkan kain baju atau barangan yang tidak sepatutnya.

Kosongkan fikiran dan tenangkan diri dengan aroma minyak terapi dengan haruman lavender.

JANGAN ABAIKAN PERUT KOSONG
Pakar pemakanan berpesan jangan tidur dalam keadaan lapar atau perut kosong.

Akibatnya anda akan di serang rasa mual atau loya.

Untuk elakkan dari tidur anda terganggu, jamu diri anda dengan sedikit makanan ringan (snek) yang berprotein tinggi antaranya roti sandwich, kekacang atau buah buahan.

Minum susu panas atau susu coklat juga akan mengenyangkan.

ELAKKAN MAKANAN YANG PUNCA ANDA TIDAK SELESA
Anda tidak sedar akan menu siang tadi membawa pada ketidakselesaan anda di malam hari.

Bila anda makan makanan pedas, berempah, berminyak dan berlemak. Makanan pedas akan menyebabkan pedih ulu hati kerana perubahan hormon dan fizikal dalam badan.

Bayi yang semakin membesar akan memenuhi ruang abdomen dan menekan asid perut kembali ke kerongkong, ini penyebab pada rasa pedih di dada.

Untuk mengatasi masalah kekejangan kaki semasa tidur, ibu di saran untuk dapatkan sumber kalsium dan magnesium secukupnya melalui pengambilan sayuran hijau dan produk tenusu sepertu tempe, yogurt dan tauhu.

MANDI ATAU BERENDAM DI DALAM AIR PANAS SEBELUM TIDUR
Kepanasan dengan ibu hamil tidak boleh di pisahkan. Meskipun berada di persekitaran berhawa dingin, ada ibu yang masih kepanasan.

Ini juga punca anda tidak selesa untuk tidur. Anda boleh kurangkan kepanasan atau lebih selesa dengan cara berendam dalam air panas atau mendi di bawah pancuran air panas.

Kenapa air panas? Sebabnya mandi air panas dapat membuka liang roma sekaligus melegakan lenguh lenguh atau kesakitan pada bahagian badan dan kaki.

TIDUR PADA POSISI MENGIRING
Posisi mengiring disyorkan pada ibu hamil terutama yang air ketubannya terlalu banyak atau ibu yang hamil anak kembar.

Cara ini akan melancarkan darah mengalir ke janin, rahim dan buah pinggang anda.

Elakkan tidur pada posisi terlentang kerana ini akan menyebabkan tekanan pada usus dan urat besar (vena cavar inferior) juga menganggu aliran darah kembali ke jantung anda.

Jangan cemas jika anda terjaga pada keadaan tidur anda terlentang, ianya tidak bahaya pada ibu atau bayi cuma anda perlu alih ke posisi mengiring mengikut keselesaan anda.

BANTAL UNTUK SOKONGAN
Susunan bantal bantal lembut juga memberi sokongan yang selesa ketika anda tidur.

Cuba selitkan bantal di bawah perut ketika anda baring mengiring sambil mengepit bantal di antara peha untuk menyokong tulang belakang anda.

Meletakkan bantal pada sisi belakang badan juga boleh buat ibu rasa selesa.

Anda juga di syorkan mencuba bantal khas khusus untuk ibu hamil sememangnya empuk dan lebih selesa.

KURANGKAN MINUM PADA WAKTU MALAM
Ulang alik ke tandas sangat meletihkan si ibu terutama di malam hari sehingga menjejaskan tidur malam anda.

Maka anda perlu elakkan dan kurangkan minum air pada waktu malam tetapi banyakkan minum pada siang hari.

Jika pundi kencing penuh, bayi pun akan mengeras, terganggulah tidur anda.

Urutan sebelum tidur antara cara yang paling seronok, tenang sehingga mampu membantu kesukaran tidur, lebih lebih lagi buat ibu yang letih seharian bekerja.

Urutan kasih sayang dengan LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA LIMAU NIPIS yang sesuai untuk Ibu Hamil dan Berpantang.

Anda boleh minta khidmat encik suami untuk urutkan pada bahagian badan yang Lenguh Lenguh, sakit pada Sendi, Bahu, Lengan, Pinggang, Pinggul, Peha, Betis, Tapak Kaki dan Otot yang Kejang.

Pada ibu yang tersimpan banyak Angin Jahat, boleh sapu Losyen Mustajab Hijau ini untuk buang dan cegah Angin ini dari masuk dalam badan anda.

Perubahan bentuk fizikan ibu hamil bukan perkara yang aneh, tiada yang perlu di bimbangkan cuma untuk kawal bahagian yang di datangi Lemak, Losyen Mustajab yang sama akan membantu cairkan Lemak yang telah berlapis lapis pada kulit anda sambil menghidu aroma Losyen Mustajab ini yang mewujudkan ketenangan, kelegaan dan menstabilkan emosi ibu hamil sehingga memudahkan anda tidur lena.

Waktu tidur yang teratur dan tidak meragam, pastinya menjanjikan kesihatan yang baik dan selamat buat si ibu dan bayi.

Rajinkan diri untuk amalkan tip yang kami kongsikan bersama Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis yang sudah terbukti pilihan terbaik untuk ibu hamil dan berpantang.

Jangan lupa lengkapkan set berpantang anda dengan Losyen Mustajab Hijau, terbaik untuk penjagaan sepanjang fasa berpantang anda.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB!

Kegunaan Wanita Selepas Bersalin
Sangat sinonim untuk kegunaan wanita selepas bersalin, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis yang menggunakan ramuan utama pati limau nipis dan pati halia mempunyai pelbagai kegunaan hanya di dalam satu produk sahaja.

Limau nipis biasa digunakan oleh wanita-wanita selepas bersalin semasa dalam pantang sebagai salah satu bahan untuk mengempiskan perut dan menyegarkan badan yang lesu serta keletihan selepas melahirkan. Kebiasaan digunakan semasa memakai bengkung atau dicampurkan di dalam air mandian ketika berpantang.

Berpantang Secara Moden
Sesuai dengan arus kemodenan dan masih mengamalkan petua-petua tradisional, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis memudahkan ibu-ibu untuk mengempiskan perut dengan hanya sapuan losyen di perut ditambah dengan sedikit urutan dan memakai bengkung untuk mendapatkan kesan yang paling optimum. Ianya dapat menjimatkan masa dan memudahkan ibu-ibu untuk mengurus diri sewaktu berpantang terutama ibu-ibu yang berpantang sendiri. Ianya tidak berminyak dan mudah menyerap, itulah antara kelebihan losyen ini.

Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply