Tips Cantik!

tubuh

 

Jika ditanya sesiapa saja dalam dunia ini, tentu jawapannya Aku Mahu Kelihatan Menarik, Aktif dan Lansing.

Jadi, kebanyakan daripada kita akan berbuat apa saja untuk mendapatkan bentuk tubuh yang cantik, mengiurkan dan didambakan oleh semua lelaki dan wanita.

Dek kerana mahukan tubuh yang cantik, kita sebenarnya lupa kepada kesan negatif di atas tindakan kita memilih pelbagai ‘ubat cantik’ sekali gus menjadikan kita dipalit masalah yang berpunca daripada tindakan kita sendiri.

Melihat kepada perkembangan semasa, pelbagai cara digunakan untuk menguruskan badan. Tidak kurang juga menggunakan pil pelangsing atau ubat-ubatan tertentu bagi merampingkan tubuh badan.

Sebelum anda berbuat demikian dengan mengambil apa jua ubat, sedarkah anda, untuk menguruskan badan sebenarnya tidak memerlukan ubat-ubatan yang belum tentu keberkesanannya.

Ada juga yang sanggup berlapar untuk cepat kurus, pada hal makanan memberikan tenaga. Seharusnya kita ketahui apabila kita menggunakan tenaga kurang daripada apa yang dimakan, tubuh akan terjejas.

Jika nisbah makanan dan tenaga dalam tubuh tidak seimbang, tubuh akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan yang mana menyebabkan kadar metabolisme menjadi rendah.

Banyak yang mengatakan banyakkan minum air kosong untuk menghasilkan tubuh yang menarik selain memberi kesihatan yang optimum kepada kita. Dari sedut kesihatan dan kecantikan , air mengurangkan selera makan anda secara semula jadi dan membantu badan memetabolisme simpanan lemak di dalam tubuh.

Sebelum makan makanan yang berat, ramai berpesan supaya minum air terlebih dulu. Elakkan makan berlebihan.

Pakar perubatan dan kecantikan juga selalu berpesan supaya elakkan minuman berkarbonat kerana ia mengandungi 7 hingga 8 sudu gula. Dengan jumlah yang tinggi yang terdapat dalam minuman berkarbonat ia tidak baik untuk kesihatan tubuh.

Anda juga dinasihatkan kurangkan garam dalam makanan kerana pengambilan garam yang tinggi menggalakkan pengumpulan air dalam badan.

Anda juga seharusnya menjadikan amalan bersarapan satu rutin kehidupan kerana ia sebenarnya boleh menurunkan berat badan.

Amalkan juga meminum limau dan oren kerana minuman masam menggalakkan pembakaran lemak.

Makanan berempah juga amat baik untuk kesihatan dan kecantikan. Ini kerana sesetengah rempah seperti cili, biji sawi boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan saja meningkatkan penghadaman tetapi juga meningkatkan pembakaran lemak.

Amalan memakan bijirin juga seharusnya dipraktikkan kerana ia adalah sumber utama tenaga. Bijirin mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

Shares

Leave a Reply