Tapel, Param Dan Pilis

Param Dan Pilis
Param Dan Pilis

Bila bersembang hal hal berpantang, ada banyak perkara yang akan berbangkit. Mak anda pasti tidak berhenti berleter, bersungguh mahu sedarkan anda akan kepentingan berpantang.

Semua ini demi sayangkan si anak. Anda pula bagaimana? Sayang tidak dengan diri sendiri? Jika anda sayang maka tidak sepatutnya timbul pelbagai alasan untuk anda konsisten berpantang.

Zaman nenek moyang kita dulu, amat menitik berat akan berpantang ini sehinggakan tidak sah kalau dari hujung rambut ke hujung kaki semerbak bau herba atau jamu sampaikan menyusuk ke satu rumah.

Param, Pilis dan Tapel antara rawatan wajib oleh ibu berpantang sejak dari turun temurun lagi.

Nampak melecehkan tetapi rawatan tradisional ini terbukti menakjubkan kepada kesihatan dan kecantikan diri untuk jangkamasa yang panjang.

Jom renung renungkan faedah Param, Pilis dan Tapel ini sepanjang tempoh penjagaan berpantang.

PILIS
Kita mulakan artikel ini dengan rawatan Pilis. Sapuan pada bahagian keseluruhan dahi si ibu.

Bahan Bancuhan
• Tepung beras, Kencur, Kunyit, Kenanga, Daun pudin, Halba, Kapur sirih, Air limau nipis

• Sebaiknya di sapu 2 kali sehari selepas mandi berterusan sehingga hari ke 40 berpantang.

Kesan Positif
• Membantu meredakan sakit kepala,
• Membantu melancarkan peredaran darah,
• Membantu menyegarkan mata dan sejukkan kepala,
• Membantu dari masalah rabun,
• Membantu hindarkan rasa pitam dan kurangkan tekanan darah,
• Membantu masalah pandangan kabur,
• Membantu elakkan masalah angin yang boleh menyebabkan tekanan emosi

TAPEL
Selepas bahagian dahi, kita beralih rawatan Tapel pula. Ianya adalah sapuan yang disapu pada bahagian perut sebelum anda mellilit atau menggenakan bengkung.

Bahan Bancuhan
• Terpung beras, Kapur sirih, Air limau nipis, Kencur, Kayu Manis,

• Rawatan Tapel ini lebih sesuai pada ibu yang bersalin secara normal tetapi tidak di galakkan pada ibu yang bersalin secara pembedahan (caesarean). Bimbang luka pada kesan pembedahan belum sembuh atau kering sepenuhnya supaya tiada sebarang jangkitan kuman. Sebaiknya tunggu sekurang kurangnya 2 minggu atau dapatkan nasihat doktor sebelum anda mulakan rawatan Tapel ini.

Kesan Positif
• Membantu mengecutkan peranakan,
• Membantu kurangkan rasa sakit sakit pada bahagian perut,
• Membantu memulihkan luaran kulit perut akibat selulit dan rekahan (strect mark),
• Membantu menghangatkan bahagian perut,
• Membantu proses pembakaran lemak pada bawah lapisan kulit dan kempiskan perut,
• Membantu melancarkan buang angin dalam badan dan darah kotor,
• Membantu menegangkan kulit perut yang menggelebeh akibat regangan semasa hamil,

PARAM
Akhir sekali kita beri tumpuan pada rawatan Param. Campuran Param ini disapu pada keseluruhan tubuh badan kecuali pada bahagian payudara dan perut sahaja. Amalkan sapu setiap hari sehingga ke hari 40 selepas anda mandi.

Bahan Bancuhan
• Beras yang direndam, Kencur, Sirih, Halia, Cendana, Bawang putih, Kunyit, Kulit limau purut

Kesan Positif
• Membantu mengecutkan kembali otot otot dan urat urat badan yang bengkak,
• Membantu melancarkan peredaran darah,
• Membantu angin dari masuk dalam badan,
• Membantu menghangatkan badan,
• Membantu kembalikan kesegaran,
• Membantu menjaga serta mencantikan luaran kulit

Kesemua kaedah ini anda boleh laksanakan dengan lebih mudah dan santai bersama produk yang lebih moden, LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA LIMAU NIPIS.

Losyen Mustajab Hijau ini akan sebaik mungkin mengantikan rawatan Tapel, Pilis dan Param sepanjang anda berpantang.

Tidak perlu masa dan tenaga yang berlebihan, hanya perlu picit Losyen Mustajab Hijau ini pada telapak tangan dan mulakan proses sapuan secara perlahan lahan, membulat mengikut arah jam.

Ringan sudah tugasan anda, tidak perlu susah payah nak buat bancuhan.

Selepas ini anda tidak perlukan lagi pelbagai jenis minyak, memadai dengan Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis.

Saat berurut, sapukan pada keseluruhan badan kemudian sapu nipis memanjang pada bahagian dahi dan akhir sekali ke bahagian perut sebelum anda melilit bengkung atau barut supaya lemak mengecut.

Tapak kaki jangan lupa, sapu dulu sebelum sarung stokin. Kini proses berpantang anda menjadi lebih mudah dan moden.

Mungkin ada antara anda yang sinis akan rawatan Tapel, Param dan Pilis ini sedangkan disebalik rawatan ini, kebaikannya melimpah ruah untuk anda kekal pada tahap kesihatan yang sehabis bagus.

Pada ibu yang mula terasa berubah pada ukuran bentuk badan, jangan berlengah lagi, rawatan Tapel, Param dan Pilis bergandingan dengan Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis ini pasti tidak akan mengecewakan untuk anda kembali pada susuk tubuh yang langsing dan ramping.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB!

Kegunaan Wanita Selepas Bersalin
Sangat sinonim untuk kegunaan wanita selepas bersalin, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis yang menggunakan ramuan utama pati limau nipis dan pati halia mempunyai pelbagai kegunaan hanya di dalam satu produk sahaja.

Limau nipis biasa digunakan oleh wanita-wanita selepas bersalin semasa dalam pantang sebagai salah satu bahan untuk mengempiskan perut dan menyegarkan badan yang lesu serta keletihan selepas melahirkan. Kebiasaan digunakan semasa memakai bengkung atau dicampurkan di dalam air mandian ketika berpantang.

Berpantang Secara Moden
Sesuai dengan arus kemodenan dan masih mengamalkan petua-petua tradisional, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis memudahkan ibu-ibu untuk mengempiskan perut dengan hanya sapuan losyen di perut ditambah dengan sedikit urutan dan memakai bengkung untuk mendapatkan kesan yang paling optimum. Ianya dapat menjimatkan masa dan memudahkan ibu-ibu untuk mengurus diri sewaktu berpantang terutama ibu-ibu yang berpantang sendiri. Ianya tidak berminyak dan mudah menyerap, itulah antara kelebihan losyen ini.

Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply