Tak Cukup Tidur Adalah Punca Kepada KE-GEMUK-KAN!

 

Harini admin nak share sikit lah antara sebab-sebab kita cepat naik berat badan. Pejam celik pejam celik dah jadi “comel-comel sihat” orang kata. Topic utama admin nak share harini adalah tentang tidur. Ya, semua tahu hidup ni makin hari makin susah, kena kerja keras sampai tidur pun tak cukup apalagi nak bersenam. Punca kegemukkan dapat dikaitkan dengan kekurangan tidur, jadi tidurlah secukupnya ya!


Orang yang mempunyai tidur yang kurang lebih mudah berasa lapar dan sentiasa ingin sesuatu yang manis. Apabila seseorang itu mendapat tidur yang cukup, mereka akan lebih berdisiplin dan akan mengamalkan pemakanan yang baik kerana tubuh badan berfungsi dengan normal.

 

Obesiti juga berpunca dari kekurangan tidur. Banyak kajian telah dilakukan tentang tidur yang tidak cukup dan ia membuktikan tubuh badan kita gagal untuk melakukan penghadaman yang sempurna dan akan mengakibatkan kegemukkan. Ini juga dapat menggangu hormon dan motivasi diri.

Jika anda cuba untuk menurunkan berat badan, mendapatkan tidur yang berkualiti adalah amat penting. Jadi mulai sekarang, aturkan jadual harian kita supaya kita mendapat tidur yang cukup.

 

 

 

Shares

Leave a Reply