Susah Nak Kurus Selepas Bersalin

Bersalin

Bersalin
Bersalin

“Baru sahaja habis tempoh berpantang tetapi tak boleh lagi nak tarik nafas lega apabila berat badan masih sama, macam susah jer nak turun, aarrgghh ‘stress’nya!!”

Kenyataan ini bukan pelik, ramai ibu yang tidak senang duduk bila fizikal bentuk badan berubah apabila berat badan meningkat sejak dari saat hamil lagi sehingga terbawa bawa selepas bersalin.

Situasi ini umpama mimpi ngeri pada kaum wanita.

Bukan tidak berhempas pulas dengan pelbagai strategi dan cara mahu kembali kurus seperti zaman anak dara dulu tetapi lemak lemak degil masih ada lagi yang tertinggal pada lapisan kulit.

Usaha ini bukan mudah, mungkin ada sebab sebab yang lain punca anda sukar untuk kurus.

KURANG TIDUR
Ibu tidak boleh menggelak apabila tidur malam anda akan terganggu dek kerana melayan keperluan dan ragam si bayi.

Waktu siangnya sibuk di pejabat atau bersilat dengan tugasan di rumah yang menyukarkan anda untuk dapatkan tidur yang berkualiti.

Menurut kajian sains, apabila kitaran tidur anda tidak cukup, paras kortisol akan meningkat punca metabolisme tidak membakar kalori dengan efektif.

Untuk stabilkan paras kortisol, pastikan kitara tidur anda cukup atau kurangkan pengambilan kafein atau hal hal yang boleh buat anda sukar untuk tidur.

JANGAN PONTENG SARAPAN PAGI
Sajian awal yang perlu dan wajib setiap hari.

Tidak boleh di abaikan kerana ianya mengantikan tenaga yang berkurangan sebaik anda bangun dari tidur juga membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif.

Masalahnya, si ibu sukar untuk bangun awal pagi untuk sediakan menu sarapan sedangkan malamnya tidur ibu terganggu demi melayan permintaan bayi.

Cuba curi masa atau boleh minta bantuan suami samada menjaga bayi atau membantu sediakan sarapan berkhasiat yang ringkas antaranya semangkuk oat bersama buah buahan kering atau ‘sandwich’ pun sudah memadai.

‘MULTITASKING’
Seorang ibu agak sukar untuk dapat makan dengan normal sejak kelahiran bayi.

Sama kes dengan waktu tidur. Lebih sukar jika anda seorang yang ‘multitasking’, ada bagusnya tetapi dalam masa yang sama anda akan kurang tumpukan pada makanan anda sehinggakan terlupa pada waktu makan.

Mungkin anda sangka mudah untuk kurus tetapi sebaliknya.

Apabila anda tidak duduk makan dengan tenangnya, ini akan lebih cenderung pada pengambilan ‘snek’ sedangkan kandungan kualiti kalori ‘snek’ tidak baik maka cuba elakkan.

OBSES PADA PENJAGAAN BAYI
Tidak salah untuk anda berikan tumpuan sepenuhnya pada bayi anda tetapi jangan sampai mengabaikan kesihatan dan penampilan diri sendiri sehingga anda terlupa pada matlamat untuk anda sihat & kembali pada potongan badan yang lebih menarik.

Diri anda adalah lebih penting kerana anda adalah ibu yang menjaga mereka.

MAKAN MAKANAN BAYI
Jangan biasakan makan makanan bayi yang tidak habis.

Ini bermakna anda sudah makan sebanyak 2 kali sedangkan makanan bayi juga terkandung kalori yang perlu di bakar.

Cuba buang tabiat ini, sebaiknya tunggu waktu makan anda yang sepatutnya untuk habiskan makanan bayi tadi.

MAKAN SAMBIL BERDIRI
Bila waktu makan tidak di patuhi di tambah dengan tabiat menyumbat apa sahaja makanan ke mulut sambil memujuk bayi yang menangis atau sedang masak makanan bayi di dapur.

Menurut kajian tabiat makan berdiri ini tanpa anda sedari adalah punca anda makan berlebihan.

MASA BERSAMA PASANGAN
Sejak melahirkan bayi, masa bersama pasangan terasa berkurangan, ada pun hanya pada lewat malam.

Inilah masa untuk menonton televisyen atau berbual bual bersama dan ini akan buat anda cepat lapar apabila tidur lewat.

Tabiat makan pada lewat malam antara punca anda mudah gemuk.

Maka perlu bijak memilih makanan atau ‘snek’ berkhasiat seperti salad, buah buahan atau yugort saat mahu tidur lewat.

DIET SEIMBANG YANG SEDERHANA
Berbalik pada matlamat anda untuk kurus, pastikan kaedah kurus selepas bersalin anda mengikut kesesuaian dan kebolehan anda, tidak terlalu membebankan.

Terutama pada ibu yang masih menyusukan bayi sudah tentu tidak boleh mengamalkan diet yang ekstrim kerana bayi mereka memerlukan susu ibu yang berkhasiat tetapi masih berpeluang cuma secara perlahan lahan dan pastikan sihat.

Banyakkan pengambilan makanan yang berkhasiat seperti sayur sayuran, buah buahan, daging dan sumber karbohidrat yang kurang berminyak.

Anda seorang ibu yang hebat menguruskan rumahtangga, suami, anak anak dan yang penting diri sendiri.

Dalam kesibukkan anda dengan urusan harian, kami mahu cadangkan anda dengan produk LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA LIMAU NIPIS yang hebat untuk anda yang hebat.

Losyen Mustajab Hijau ini sangat sinonim dengan wanita selepas bersalin atau berpantang.

Saat berpantanglah masa yang paling baik untuk anda mulakan strategi langsing dan ramping bak anak dara dengan bantuan Losyen Mustajab.

Kini segalanya serba mudah, proses Langsing dan Ramping selepas bersalin tidak lagi perlu bancuhan bahan bahan herba, pelbagai minyak urut atau minyak angin.

Losyen Mustajab Hijau ini sudah ambil alih fungsi Param, Pilis dan Tapel. Sapukan pada bahagian Dahi, Perut, Pinggang, Pinggul, Peha, Betis dan Tapak Kaki juga pada Keseluruhan Badan ketika anda Berurut.

Rumusan Pati Halia dan Limau Nipis pada Losyen Mustajab ini membantu Pecahkan Lemak, Nyahkan Angin Jahat, Rawat Rekahan di Perut dan Selulit.

Selesa tanpa kesan berminyak dengan bauan aroma yang menyegarkan. Losyen Mustajab sahaja sudah boleh ‘cover’ semua proses wajib berpantang sekaligus mencantikkan potongan badan anda.

Proses hamil dan bersalin bukan alasan untuk berat badan anda bertambah.

Anda masih punya ruang dan peluang untuk turunkan berat badan atau kembali kurus walaupun selepas fasa berpantang.

Cuma hakikatnya tidak mudah tetapi dengan usaha yang berlipat ganda di sertakan kebijaksaan anda memilih produk Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis yang mustajab akan lebih memberi erti pada matlamat anda untuk Kurus.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB!

Kegunaan Wanita Selepas Bersalin
Sangat sinonim untuk kegunaan wanita selepas bersalin, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis yang menggunakan ramuan utama pati limau nipis dan pati halia mempunyai pelbagai kegunaan hanya di dalam satu produk sahaja.

Limau nipis biasa digunakan oleh wanita-wanita selepas bersalin semasa dalam pantang sebagai salah satu bahan untuk mengempiskan perut dan menyegarkan badan yang lesu serta keletihan selepas melahirkan. Kebiasaan digunakan semasa memakai bengkung atau dicampurkan di dalam air mandian ketika berpantang.

Berpantang Secara Moden
Sesuai dengan arus kemodenan dan masih mengamalkan petua-petua tradisional, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis memudahkan ibu-ibu untuk mengempiskan perut dengan hanya sapuan losyen di perut ditambah dengan sedikit urutan dan memakai bengkung untuk mendapatkan kesan yang paling optimum. Ianya dapat menjimatkan masa dan memudahkan ibu-ibu untuk mengurus diri sewaktu berpantang terutama ibu-ibu yang berpantang sendiri. Ianya tidak berminyak dan mudah menyerap, itulah antara kelebihan losyen ini.

Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply