Simptom Lepas Bersalin Yang Tidak Boleh Anda Abaikan

lepas Bersalin

lepas Bersalin
lepas Bersalin

“Jangan ingat diri tu kuat sehingga terus lasak lepas bersalin”.

Meskipun sudah banyak rencana yg dikongsikan betapa pentingnya proses berpantang tetapi masih ramai yang cuba mengelat dengan pelbagai alasan.

Kemalasan anda untuk berpantang selepas bersalin adalah petanda tidak baik pada kesihatan dan kecantikan keseluruhan tubuh badan anda pada jangkamasa yang akan datang.

Lebih parah jika selepas bersalin anda mengalami beberapa simpton yang perlu anda risaukan.

Simptom yang biasa seperti mengalami sedikit pendarahan, ketidakselesaan dan keletihan yang cuma perlukan masa untuk berehat, masa pemulihan dan masa menjaga diri agar anda sembuh tetapi adakalanya terjadinya simptom atau situasi cemas dalam beberapa hari atau minggu selepas bersalin.

Rawatan segera diperlukan untuk mengelakkan dari penyakit atau masalah melarat sekaligus membantu mempercepatkan proses pemulihan.

Sebaiknya selepas bersalin, bertanyalah dengan pihak doktor antara simpton selepas bersalin dan bagaimana untuk dapatkan rawatan perubatan kecemasan sekiranya anda memerlukan.

Maklumkan juga pada suami atau ahli keluarga yang lain agar mereka segera bertindak mendapatkan rawatans sekiranya terjadi sesuatu selepas anda bersalin. Antara simptom yang perlu anda ambil tahu;

TUMPAH DARAH ATAU DARAH NIFAS YANG BANYAK
Kehilangan banyak darah dengan tiba tiba atau berterusan, mungkin petanda anda mengalami pendarahan postpartum atau dengan kata lain tumpah darah di ikuti dengan tanda tanda kejutan seperti denyutan jantung yang pantas, pening kepala, berpeluh seperti rasa mahu pitam.

Jika pendarahan semakin banyak hinggakan tuala wanita anda lenjun dalam masa 1 jam atau darah beku lebih besar dari duit syiling 50 sen, segera hubungi 999 untuk dapatkan ambulan atau segera ke hospital. Usah berlengah lagi.

SAKIT KEPALA YANG TERUK
Ini ada kemungkinan kesan dari suntikan epidural.

Perlu berjumpa doktor secepat mungkin. Dalam masa 72 jam pertama selepas bersalin, sakit kepala yang teruk juga antara tanda pra-aklampsia yang boleh berlaku selepas atau sebelum bersalin.

Dengan pra-eklampsia anda juga akan mengalami penglihatan kabur, berasa loya atau muntah dan kaki bengkak.

TEKANAN DARAH TINGGI
Sebaiknya dalam masa 6 jam pertama selepas bersalin tekanan darah perlu di periksa.

Jika angka di bawah (diastolik) melebihi 90, ini berkemungkinan anda mengalami pra-eklampsia dan berisiko meghidap eklampsia sepenuhnya.

Sekali lagi tekanan darah perlu diperiksa dalam tempoh 4 jam jika tiada tanda tanda lain. Jika ada mengalami tanda tanda pra-eclampsia antaranya sakit kepala, kabur penglihatan atau berasa loya, harus terus ke hospital dengan segera.

SESAK NAFAS
Sesak nafas biasanya terjadi apabila anda melakukan sesuatu aktiviti yang lasak tetapi sebaliknya, anda berasa terlalu sesak nafas malah tidak juga pulih walaupun setelah berehat, mungkin ianya tanda embolisme pulmonari (pembekuan darah tersekat pada salah satu saluran darah di paru paru).

SAKIT DADA
Kesakitan pada dada berkemungkinan ada jangkitan pada dada atau otot tegang daripada penggunaan tenaga semasa bersalin.

Namun mungkin juga ianya tanda sejenis embolisme pulmonari yang tidak harus di abaikan.

Jika anda mengalami kesakitan, sesak nafas atau batuk berdarah perlu ke hospital segera.

TIDAK BUANG AIR KECIL DALAM MASA 6 JAM PERTAMA SELEPAS BERSALIN
Jika anda tidak dapat membuang sejumlah air kecil yang memuaskan dalam masa ini, anda mungkin ada takungan air kecil.

Semasa berada di hospital, jururawat akan pantau jumlah air kecil yang anda buang.

SAKIT BETIS
Kesakitan pada betis mungkin ianya trombosis vena dalam (deep vein thrombosis-DVT).

Ianya pembekuan darah pada vena dalam otot yang boleh membawa maut.

Ada kalanya muncul kemerahan pada pelipat, bengkak atau rasa berat juga kepanasan di bahagian darah beku.

DEMAM PANAS (38 DARJAH C/100 DARJAH F ATAU LEBIH)
Deman panas yang disertai dengan rasa menggigil, ianya tanda infeksi.

Selepas bersalin anda boleh terasa sangat sakit dalam jangkamasa yang pendek sahaja jika mengalami infeksi yang tidak dirawat dengan segera.

Bahagian jahitan atau rahim mudah terkena infeksi.

BERKELAKUAN PELIK TERMASUK INSOMNIA DAN MUDAH RASA GELISAH
Selepas bersalin, sesetengah ibu mengalami dramatik pada kesihatan emosi dan mental mereka.

Fikiran terganggu, terlalu mudah rasa gelisah, keliru dan berkhayal boleh menjadi tanda keadaan kesihatan yang jarang berlaku di kenali sebagai psikosis puerperal.

Penting untuk anda dapatkan rawatan segera.

Tidak semua wanita mengalami simpton seperti yang kami kongsikan.

Masih ada yang memiliki tahap kesihatan yang memuaskan selepas bersalin.

Yang penting anda perlu pandai jaga diri dan wajibkan diri anda untuk berpantang setiap kali selepas bersalin.

Berpantang itu biasa bagi wanita bersalin cuma masih ada segelintir yang belum biasa dengan LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA LIMAU NIPIS yang sangat sinonim dengan wanita berpantang.

Saat anda di serang Sakit Dada, Betis, Belakang Badan, Perut, Pinggang, Paha, Tapak dan Tumit Kaki, gunakan Losyen Mustajab Hijau ini untuk kelegaan.

Bahkan anda boleh kongsikan manafaat Losyen Mustajab Hijau ini ketika proses Berurut, disapu rata pada keseluruhan Badan agar ianya bertindakbalas membantu Kempiskan Perut yg kelihatan masih Buncit, Bakar Lemak Dalam Badan, Buang Angin Jahat dalam badan, Merawat Parut Rekahan di Perut dan Pinggul juga mengantikan fungsi Param dan Pilis.

Antara rawatan lain seperti Bertangas, Mandi Wap dan Berbengkung boleh disertakan dengan Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis untuk kesan Pembakaran Lemak yg lebih efektif.

Tidak mustahil untuk ibu pada satu, dua atau tiga anak mampu kembali pada tubuh badan Langsing dan Ramping.

Tidak perlu lagi minyak panas, minyak urut atau rempah ratus untuk Param dan Pilis, cukup dengan Losyen Mustajab Hijau ini sudah mampu membantu memudahkan proses berpantang anda. Mudah Meresap, Tidak Melekit, Tidak Berminyak, Tidak Comot di tambah dengan Bauan Aroma yang Menyegarkan yang memberi anda ketenangan, tidak mudah gelisah dan tekanan.

Anda boleh dapat masa rehat dan tidur yang lebih berkualiti.

Hasilnya anda berpeluang untuk kembali Sihat dan Cantik selepas bersalin.

Pada anda yang sedang berhadapan dengan simpton simpton yang kami kongsikan, jaga diri dan teruskan dengan rawatan sewajarnya juga selitkan penggunaan Losyen Mustajab untuk membantu melegakan kesakitan anda.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB!

Kegunaan Wanita Selepas Bersalin
Sangat sinonim untuk kegunaan wanita selepas bersalin, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis yang menggunakan ramuan utama pati limau nipis dan pati halia mempunyai pelbagai kegunaan hanya di dalam satu produk sahaja.

Limau nipis biasa digunakan oleh wanita-wanita selepas bersalin semasa dalam pantang sebagai salah satu bahan untuk mengempiskan perut dan menyegarkan badan yang lesu serta keletihan selepas melahirkan. Kebiasaan digunakan semasa memakai bengkung atau dicampurkan di dalam air mandian ketika berpantang.

Berpantang Secara Moden
Sesuai dengan arus kemodenan dan masih mengamalkan petua-petua tradisional, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis memudahkan ibu-ibu untuk mengempiskan perut dengan hanya sapuan losyen di perut ditambah dengan sedikit urutan dan memakai bengkung untuk mendapatkan kesan yang paling optimum. Ianya dapat menjimatkan masa dan memudahkan ibu-ibu untuk mengurus diri sewaktu berpantang terutama ibu-ibu yang berpantang sendiri. Ianya tidak berminyak dan mudah menyerap, itulah antara kelebihan losyen ini.

Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

Beli Online : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply