Senaman Yang Disyorkan Untuk Ibu Hamil

Senaman Ibu Hamil

Senaman Ibu Hamil
Senaman Ibu Hamil

Umum sudah sedia tahu akan pentingnya senaman dari segi membantu mengekalkan tahap kesihatan dan meningkatkan stamina seseorang individu.

Namun masih ramai yang tidak endah malah lebih fokus pada rutin harian, tanggungjawab dan tugas sehingga mengabaikan kepentingan bersenam.

Kepentingan bersenam ini sama pentingnya untuk ibu hamil.

Kehamilan bukan bererti tempoh untuk ibu berehat selama 40 minggu tanpa melakukan sebarang senaman atau pergerakan.

Melakukan senaman secara teratur dan berterusan bukan sekadar akan membuat anda berasa lebih baik tetapi sangat membantu di saat proses kelahiran kelak.

Anda boleh mencuba senaman yang kami kongsikan ini yang mana agak selamat untuk ibu hamil tetapi ada antaranya mungkin tidak sesuai ketika bulan bulan terakhir kehamilan.

Apa pun anda boleh rujuk pada pihak doktor terlebih dahulu sebelum anda mencuba aktiviti senaman ini untuk pastikan ianya selamat untuk anda dan bayi.

BERJALAN KAKI
Antara senaman kardiovaskular yang terbaik untuk wanita hamil.

Berjalan membantu kekalkan kecergasan anda tanpa mencederakan lutut dan pergelangan kaki anda.

Kaedah ini adalah selamat sepanjang tempoh kehamilan sembilan bulan.

Boleh masukkan aktiviti Berjalan Kaki ini ke dalam jadual harian anda.

RENANG
Menurut pakar kesihatan dan kecergasan menganggap aktiviti Renang ini sebagai senaman terbaik dan paling selamat untuk wanita hamil.

Dengan Berenang anda akan menggerakkan kedua dua kumpulan otot besar iaitu lengan dan kaki, menyediakan manafaat kardiovaskular yang baik.

Aktiviti ini akan membuatkan anda terasa ringan badan walaupun sememangnya badan telah berat sejak anda hamil.

KELAS SENAMAN AIR
Ramai wanita berpendapat kelas senaman air semasa hamil amat menyeronokkan.

Bersenam sambil berdiri di dalam air, pergerakan yang akan melembutkan sendi sekaligus membantu mengurangkan bengkak kaki yang kerap menyerang di hujung fasa kehamilan.

Walau bagaimana pun kelas sebegini tidak ada di Malaysia.

Anda tidak punya pilihan lain selain dari Berenang beberapa pusingan di kolam renang.

YOGA DAN REGANGAN
Aktiviti ini mampu membantu mengekalkan kekencangan otot dan buat diri anda lebih fleksibel tanpa sebarang kesan buruk pada sendi sendi anda.

Walau bagaimana pun sebaiknya anda perlu menambah rejim yoga dengan berjalan kaki beberapa kali seminggu untuk membantu jantung berfungsi dengan lancar.

Cuma perlu berhati hati supaya anda tidak terlalu estriem ketika membuat senaman regangan.

Anda akan menjadi lebih lentur akibat kesan hormon relaxin yang mengakibatkan ligamen anda lebih elastik.

Pastikan tidak terlalu lama mengekalkan mana mana regangan atau cuba untuk membangunkan fleksibiliti anda secara keterlaluan.

TARIAN
Jika anda menari dengan berlatar muzik kegemaran anda dalam situasi yang selesa dan ‘privacy’ di ruang tamu mampu membantu jantung anda mengepam dengan lancar tetapi elakkan pergerakan yang memerlukan anda melonjak, melompat, memutar atau menggoyangkan pinggul anda.

Teknik adalah penting dan elakkan pertukaran hala secara tiba tiba.

Dengan menyertai kelas tarian, anda boleh lupakan segala galanya buat sementara dengan muzik di samping kekal cergas di samping dapat bertemu dengan kawan kawan atau ahli kelas yang lain.

ANGKAT PUNGGUNG DAN OTOT PELVIS
Ibu boleh lakukan senaman ini hanya di rumah sahaja.

Anda hanya perlu siapkan lapik untuk tidur terlentang.

Kemudian bengkokkan kaki dan biarkan tapak kaki terletak pada lantai.

Perlahan lahan angkat punggung tetapi pastikan bahu dan kaki anda tidak terangkat.

Lakukan senaman ini selama 10 minit setiap hari sambil layan lagu kegemaran anda.

AEROBIK BERIMPAK RENDAH DAN FITBALL
Antara perkara yang baik mengenai kelas aerobik adalah ia merupakan satu tempoh masa di mana anda tahu yang anda akan bersenam dengan baik.

Jika anda menyertai kelas khusus untuk wanita bersalin, anda akan menikmati keakraban berdampingan atau di kelilingi oleh mereka yang sama seperti anda malah lebih yakin bahawa setiap pergerakan anda terjamin selamat juga untuk bayi anda.

Sebelum anda mulakan dengan sebarang aktiviti senaman, sebaiknya merujuk atau berbincang dengan pihak doktor untuk kebaikan dan keselamatan ibu dan bayi.

Selepas anda mendapat lampu hijau dari pihak doktor, anda bolehlah lakukan senaman ringan dan sederhana.

Anda yang hamil juga boleh bersiap sedia dengan LOSYEN MUSTAJAB SUPER HOT yang bersifat panas dari rumusan Pati Halia dan Capsicum.

Losyen Mustajab Merah yang mudah mesra dengan para pengemar Senaman atau Sukan.

Kepanasan Losyen Mustajab Merah ini akan bertahan pada jangkamasa yang lebih lama jika pergerakan anda semakin aktif.

Losyen Mustajab kami ini mesra pengguna malah ibu hamil juga tidak terkecuali dari mencuba Losyen Mustajab ini.

Cuma nasihat kami agar anda tidak sapu Losyen Mustajab ini pada bahagian Perut dan Payudara anda.

Sebaiknya sebelum anda mula dengan seisi ‘warm up’, persiapkan diri dengan sapu Losyen Mustajab Merah ini pada bahagian yang melibatkan banyak pergerakan seperti di Tengkuk, Bahu, Pinggang, Pinggul, Paha, Betis sehingga keseluruhan Tapak Kaki.

Ikhtiar anda ini akan membantu mencegah dari Otot anda Kejang, Sakit Sendi atau Lenguh Lenguh Badan selepas melakukan aktiviti senaman anda.

Saat berbadan dua ini, anda pasti akan sering di serang Kejang Otot atau Sakit sakit Sendi dan Badan apatah lagi ketika bersenam atau banyak bergerak, ketika inilah anda sangat memerlukan Losyen Mustajab Merah ini, tidak hanya berfungsi di saat anda bersenam malah anda boleh sapukan setiap hari selepas mandi pagi dan malam.

Tidur anda akan lebih lena dan esok harinya anda akan lebih bersemangat untuk bersenam tanpa Kesakitan dan Kecederaan.

Panas bukan sebarang panas, bahagian badan yang di kesan padat Lemak akan cair dek sifat Panas Losyen Mustajab Merah ini.

Bersenam adalah pergerakan yang baik untuk ibu hamil.

Ia antara alternatif untuk menjaga kandungan khususnya pada tempoh awal kehamilan.

Membantu ibu supaya lebih tenang dalam menghadapi kontraksi awal dan memudahkan proses bersalin malah otot juga badan ibu lebih kuat.

Yang penting harus hati hati dan jangan abaikan penggunaan Losyen Mustajab Super Hot. Ianya sebagai pelindung tubuh badan anda dari Kesakitan dan Kecederaan.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB

Pembakar Lemak Yang Degil
Sesuai dengan kepanasan yang lebih tinggi dari losyen-losyen yang lain, Losyen Mustajab Pati Halia Super Hot boleh membantu mengurangkan kesan selulit yang degil dan tebal serta membantu mendapatkan pinggang yang ramping dan potongan badan yang ideal. Untuk mendapatkan kesan yang lebih optimum, gunakan bersama bengkung dan nantikan hasilnya yang sangat memuaskan.

Memberikan Kelegaan Pada Otot Dan Sendi
Kesakitan pada sendi serta kekejangan otot selepas melakukan sukan lasak seringkali menjadi masalah utama kepada penggemar aktiviti seperti ini. Namun kini, ia mampu dikurangkan dengan menyapu Losyen Mustajab Pati Halia Super Hot terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti-aktiviti tersebut. Rasa hangat yang berpanjangan, menambahkan keselesaan pada pengguna dan mengurangkan kesan sakit akibat aktiviti lasak.

Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

Beli Online : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply