Senaman Tali ‘Skipping’

senaman

senaman

Dulu masa zaman kanak kanak, suka sangat main lompat tali atau tali ‘Skipping’ dengan teman sekelas perempuan.

Tidak sangka rupanya senaman main tali ‘Skipping’ ini mampu bakar lemak dan kalori lebih banyak dan pantas berbanding dengan aktiviti berjoging jika kena dengan caranya.

Misi untuk anda kurus nampaknya semakin mudah hanya bermodalkan tali ‘Skipping’ dan paling best boleh melompat di rumah sahaja, tidak perlu berada di taman yang lebih terbuka, bolehlah ‘cover’ malu malah tidak perlu panaskan enjin kereta lebih jimat masa anda.

Kedengaran seperti tidak masuk akal namun itulah fakta yang harus anda percaya terutama buat mereka yang sedang gigih untuk kuruskan badan.

Selama ini lebih tertumpu pada aktviti berjoging sahaja. Bukan joging tidak bagus cuma ada teknik yang lebih efektif.

Sebelum anda mulakan ‘Skipping’, ketahui dulu teknik lompatan yang betul, jangan main redah sahaja. Bimbang anda dan tali ‘Skipping’ ke laut.

→ Pertama, mula dengan panaskan badan dahulu sebab ini akan membantu dalam mempercepatkan kalori di bakar juga mengelak dari sakit atau lenguh lenguh badan.

→ Ukur sukatan tali ‘Skipping’ dengan memegang kedua dua hujung tali dan pijak tali tersebut.

→ Pilih tali ‘Skipping’ yang jenis ‘wire’ yang mana lebih tahan lasak dan ringan. Elakkan tali yang berat kerana ia akan memenatkan anda.

→ Pastikan sukatan tali ‘Skipping’ bersesuaian dengan ketinggian anda. Pegang kedua dua hujung tali dan mesti berada pada antara paras ketiak dan bahu. Jika terlalu panjang, simpulkan tali ‘Skipping’ tersebut.

→ Siku harus rapat pada badan dengan pergelangan tangan terletak sedikit ke bawah pinggang lebih kurang 20 – 25cm dari badan.

→ Bolehlah mulakan dengan 50 kali secara lompat ‘bounce’, tidak laju dan tidak melompat lebih dari 30cm agar kaki tidak terkehel.

→ Selesai anda ‘Skipping’, jangan lupa untuk buat ‘cooling down’ pula.

Apa yang bagusnya dengan main tali ‘Skipping’ ini?

→ Melompat selama 10 minit bersamaan dengan berjalan selama 8 minit. Boleh melompat guna tali ‘Skipping’ jika anda malas hendak berjalan. Boleh bakar 1000 kalori dalam masa 1 jam

→ Membina kemahiran, kecergasan dan memperbaiki kelincahan, koordinasi ritma, keseimbangan dan kekuatan stamina.

→ Meningkatkan tahap kesihatan jantung, mempercepatkan denyutan jantung dan tingkatkan metabolisma badan.

→ Membantu bina otot dan stamina.

→ Bagus untuk mereka yang mahu kurus. Membantu bakar lemak dan kolestrol, dalam masa yang sama berat badan turun dengan cepat dan potongan pada perut, pinggul dan peha akan lebih menarik.

→ Melatih otot kaki, tangan, bahu, dada sehingga melibatkan pergerakan pada keseluruhan badan.

→ Menguatkan tulang, otot pinggul, peha, betis dan tingkatkan paras kalsium sekaligus membantu mencegah masalah osteoporosis.

→ Kawal tekanan darah dan mengatur pernafasan.

Seronok bila tahu yang ‘Skipping’ antara senaman yang bagus, mudah lagi efektif.

Selepas ini bolehlah anda bertukar pada aktiviti yang baru ini jika kemalasan melanda untuk anda berjoging.

Anda hanya perlu serius dengan aktiviti baru ini berpandukan pada teknik yang telah kami kongsikan tetapi jangan lupa pada LOSYEN MUSTAJAB SUPER HOT.

Losyen Mustajab Merah yang di rumus dengan Pati Halia Tulin & Capsicum untuk menghangatkan lagi kulit anda agar tidak di serang Kekejangan Otot, Sakit Sendi dan Lenguh Lenguh terutama pada bahagian Lengan, Pinggang, Pinggul, Peha, Betis dan Tapak Kaki.

Mudah sahaja, sapu dahulu Losyen Mustajab Merah ini sebelum sesi panaskan badan.

Untuk merealisasikan impian kurus anda, sapu Losyen Mustajab yang sama pada bahagian Perut yang Berlemak sehingga Membuncit.

Dalam masa yang sama, bahagian bahagian lain yang sudah di sapu Losyen Mustajab ini akan turut terkesan maka kerja kerja menurunkan berat badan akan terjadi dengan jayanya.

Mahirkan diri anda dengan aktiviti ‘Skipping’ ini.

Pelbagaikan cara lompatan, di iringi dengan muzik bersama keluarga atau teman teman supaya anda tidak bosan.

Hanya bermodalkan tali ‘Skipping’ yang berharga sekitar RM10 sahaja bergandingan bersama Losyen Mustajab Super Hot yang juga tidak kurang murahnya, usaha untuk anda kurus tidak akan sia-sia.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB

Pembakar Lemak Yang Degil
Sesuai dengan kepanasan yang lebih tinggi dari losyen-losyen yang lain, Losyen Mustajab Pati Halia Super Hot boleh membantu mengurangkan kesan selulit yang degil dan tebal serta membantu mendapatkan pinggang yang ramping dan potongan badan yang ideal. Untuk mendapatkan kesan yang lebih optimum, gunakan bersama bengkung dan nantikan hasilnya yang sangat memuaskan.

Memberikan Kelegaan Pada Otot Dan Sendi
Kesakitan pada sendi serta kekejangan otot selepas melakukan sukan lasak seringkali menjadi masalah utama kepada penggemar aktiviti seperti ini. Namun kini, ia mampu dikurangkan dengan menyapu Losyen Mustajab Pati Halia Super Hot terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti-aktiviti tersebut. Rasa hangat yang berpanjangan, menambahkan keselesaan pada pengguna dan mengurangkan kesan sakit akibat aktiviti lasak.

Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply