Sakit Pada Telapak Kaki

kaki

kaki

Sakit pada Telapak Kaki bukan jarang jarang berlaku, mungkin ramai antara anda yang pernah atau sedang menanggung kesakitan.

Terasa bisa atau bagai di cucuk cucuk objek tajam, biasanya di bahagian tengah, jari kaki dan tumit.

Ada banyak punca antaranya gangguan di kaki termasuk ligamen, otot, tulang, kulit hingga ke saraf penyebab pada rasa sakit.

Jangan pandang mudah pada kesakitan di Telapak Kaki dan memberi alasan yang sakit ini mampu sembuh dengan sendirinya sedangkan Telapak Kaki ini yang berperanan penting mengimbang, menyokong dan menstabilkan tubuh anda.

Tidak mustahil yang kesakitan atau rasa bisa ini petanda pada masalah kesihatan yang lebih serius.

Ketahui akan sebabnya agar mudah untuk tentukan cara rawatan atau penawar pada masalah Telapak Kaki anda.

Sekali ini kami kongsikan punca dan rawatan yang mungkin mampu membantu masalah kesakitan pada Telapak Kaki anda.

Kami mulakan dengan puncanya dahulu ya.

GAYA HIDUP
Pemakaian kasut yang tidak sesuai antara punca tekanan tidak dapat di bahagi sama rata ke permukaan Telapak Kaki, akibatnya bahagian Telapak Kaki yang menerima tekanan berlebihan akan mengalami kesakitan.

Berisiko juga pada pengemar kasut tumit tinggi, anda akan sering di serang rasa sakit kerana tekanan pada Telapak Kaki tertumpu pada bahagian jari kaki.

Anda yang hobinya bersukan, bersenam atau terlalu aktif juga tidak boleh mengelak dari kesakitan pada Telapak Kaki.

BERAT BADAN BERLEBIHAN
Telapak Kaki merupakan bahagian yang akan menampung berat badan anda samada ketika anda berdiri mahupun berjalan.

Ianya ikut bergerak setiap kali anda melangkah.

Berat berlebihan boleh menyebabkan tekanan berlebihan, akibatnya pada tisu lemak di bawah tulang tumit akan rosak sehingga sakit pada Telapak Kaki.

PERGERAKAN KAKI YANG AKTIF
Kerap berjalan atau menaiki tangga boleh memberi tekanan berlebihan pada tulang tumit dan tisu lembut sehingga menimbulkan sakit pada Telapak Kaki.

BENTUK ANATOMI KAKI
Telapak Kaki yang terlalu mendatar atau terlalu berlengkung antara yang sering di serang kesakitan.

Faktor umur juga menjadi punca pada Telapak Kaki kerana penuaan anda yang menghasilkan lebih lengkungan atau mendatar yang memberi tekanan pada ‘fascia plantar’.

BERDIRI TERLALU LAMA
Kerjaya seorang guru atau pekerja kilang menuntut anda untuk berdiri ketika bertugas pada jangkamasa yang lama.

Risiko untuk anda terkena sakit pada Telapak Kaki adalah tinggi.

KEHAMILAN
Telapak Kaki ibu hamil akan mengalami kesakitan bagai tertusuk duri berpunca dari berat badan yang bertambah dan pembengkakkan pada kaki sepanjang kehamilan.

Sakit Telapak Kaki ini boleh di rawat di rumah sahaja jika sakitnya tidak serius antaranya anda yang banyak berjalan, terlampau aktif ketika bersenam atau terlebih berat badan.

Ada beberapa rawatan yang anda boleh cuba melegakan kesakitan :-

• Meletakkan ais pada bahagian yang sakit selama 15 ke 20 minit. Amalkan 3 ke 4 kali sehari.
• Mengambil ubat tahan sakit di farmasi atau berjumpa doktor.
• Kurangkan aktiviti penyebab pada kesakitan seperti berjalan, bersenam atau bersukan.
• Gunakan pad tapak kaki supaya Telapak Kaki tidak menekan pada permukaan yang keras atau tidak rata. Elakkan dari menyarung sandal refleksi.
• Sarung kasut dari jenis dan ukuran yang tepat supaya Telapak Kaki benar benar selesa.
• Ketika anda berbaring ataupun tidur, tinggikan sedikit Telapak Kaki dengan berlapikkan bantal di bawahnya supaya keradangan pada bahagian yang sakit dapat dikurangkan.

Tetapi tidak semua kesakitan boleh di rawat di rumah.

Ada beberapa kesakitan yang mendesak anda untuk rujuk pada pihak doktor. Antaranya :-

• Bila kesakitan semakin teruk, berlarutan dan anda demam.
• Sakit yang di sebabkan trauma seperti tulang kaki patah.
• Tidak mampu untuk berdiri di sebabkan sakit pada Telapak Kaki.
• Sakit pada Telapak Kaki yang berpunca dari masalah peredaran darah.
• Bengkak berlebihan pada bahagian yang sakit.

Sambil anda merawat kesakitan Telapak Kaki di rumah, anda boleh cuba legakan kesakitan dengan LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA yang kaya dengan ramuan Pati Halia Tulin, yang umumnya sudah tahu akan bagusnya Halia dalam menyembuh kesakitan.

Tidak perlu banyak bergerak, hanya perlu sapukan Losyen Mustajab Kuning ini pada keseluruhan bahagian Telapak Kaki anda.

Sebaiknya sapu setiap hari selepas anda mandi setiap pagi dan sebelum anda lena.

Jika sakit Telapak Kaki anda berpunca dari berat badan yang terlebih, usah bimbang, dalam masa yang sama anda boleh ikhtiar untuk Buang Lemak dalam badan, tanpa anda sedari telah memberatkan badan sehingga sakit pada Telapak Kaki.

Losyen Mustajab Kuning ini juga boleh anda kongsikan bersama ahli keluarga yang lain saat mereka di serang Sakit Pada Sendi, Pinggang, Lutut, Peha, Kekejangan Otot, Lenguh Lenguh Badan dan Tengkuk.

Buang Angin Jahat dalam badan dan legakan Sakit Senggugut masih dengan Losyen Mustajab Kuning ini yang tidak meninggal kesan berminyak malah senang meresap.

Jangan ambil mudah pada setiap kesakitan di bahagian tubuh anda.

Keadaan ini bukan hanya menyakitkan tetapi menganggu kehidupan seharian dan membatasi pergerakkan sehingga tugasan harian anda tergendala.

Rawat segera sebelum sakit melarat dan biasakan dengan sapuan Losyen Mustajab Pati Halia untuk proses kelegaan yang lebih efektif.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB!

Fungsi Dan Kegunaan Losyen
Antara kegunaan Losyen Mustajab Pati Halia adalah mengurangkan perut buncit dan membuang angin dalam badan. Sapuan yang kerap di kawasan bermasalah seperti selepas mandi dan sebelum tidur dapat mengurangkan masalah tersebut, selain membantu mengurangkan selulit. Salah satu punca perut buncit adalah disebabkan oleh angin, dan Losyen Mustajab Pati Halia dapat membantu masalah tersebut. Gunakan secara konsisten dan dibantu dengan senaman ringan serta pemakaian bengkung, anda pasti mendapat kesan yang optimum.

Selain itu, Losyen Mustajab Pati Halia juga digunakan untuk mengurangkan sakit-sakit sendi dan otot, lenguh-lenguh pinggang, kesakitan akibat gout serta lemah-lemah badan. Urut perlahan-lahan di tempat yang sakit dan dapatkan rehat secukupnya.

Membantu Masalah Wanita
Masalah senggugut yang sering dihadapi oleh kalangan wanita juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Losyen Mustajab Pati Halia. Rasa hangat dapat memberikan kelegaan pada tempat sakit dan perlahan-lahan sakit tersebut akan berkurangan.

Losyen Mustajab Pati Halia keluaran Dunia Herbs terbukti mempunyai banyak kelebihan serta kegunaannya. Ianya mudah dibawa kemana sahaja dan sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat (Tidak sesuai untuk bayi).

Harga : SM RM23.00 / SS RM26.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply