Sakit Badan

Sakit Badan

Sakit Badan
Sakit Badan

Pernah atau tidak anda mengalami simpton ini?

Di landa rasa lemah, lesu atau tidak bermaya di tambah dengan rasa sengal dan berangin sana sini.

Ada masa rasa kejang pada otot terutama saat bangun pagi dari tidur.

Sebenarnya banyak punca sakit pada keseluruhan badan ini.

Antara lain di serang sakit sendi, urat dan lutut terutama ketika menjalani ibadah solat atau apabila salah postur duduk, tidur mahupun selepas mengangkat barang berat mulalah sakit pada bahagian tengkuk, bahu juga pinggang.

Boleh di katakan hampir keseluruhan badan terasa sakit sakit.

Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya sehingga terganggu tugasan harian tetapi ada masa terpaksa juga bangun atau bergerak memandangkan banyak tugasan yang perlu di uruskan terutama di kalangan ibu ibu.

Kesakitan ini boleh di rawat tetapi sebelum itu anda perlu pastikan puncanya terlebih dahulu supaya anda boleh tahu kaedah untuk atasi kesakitan badan ini.

Anda mungkin tidak menyangka yang perkara perkara remeh itulah punca pada masalah kesakitan pada keseluruhan badan.

TIDUR PERLU CUKUP
Sibuk dengan kerja di rumah, pejabat atau melayan gajet sering di jadikan alasan tidur anda tidak cukup.

Ini realiti. Cuba bayangkan jika anda tidur pada lewat jam 3 pagi kemudian bangun pada jam 6 pagi, mulalah kepala sakit berdenyut denyut di tambah dengan rasa loya sehingga mahu muntah.

Ada juga tidurnya sudah lama tetapi masih mengalami rasa yang sama. Ini di sebabkan tidur anda terganggu atau tidak nyenyak. Maka anda perlu pastikan tidur sekurang kurangnya 6 jam tanpa gangguan dan tidur yang berkualiti.

TINGKATKAN SUHU AIRCOND ATAU TUTUP SEKETIKA
Apabila seharian terutama di pejabat, badan akan terasa lemau dan sakit sakit sekiranya menghadap suhu aircond yang rendah.

Mulalah urat urat badan terasa sejuk dan inilah punca sakit pada keseluruhan badan.

Jika keadaan ini berterusan, akan menyebabkan angin dalam badan.

Tetapi anda tidak mampu untuk mohon pihak pengurusan mengantikan aircond kepada kipas atau di tukar ke bahagian yang lain.

Sebaiknya anda cuba naikkan suhu aircond atau perlahankan kelajuan kipas aircond dan pastikan waktu rehat aircond anda di tutup seketika.

FAKTOR PEMAKANAN
Kurangkan atau elakkan ‘fast food’ sebab mengandungi MSG dan minyak yang banyak.

Bukan hanya ‘fast food’ sahaja malah makanan lain yang di pesan di luar sana biasanya banyak di campur dengan perasa tambahan.

Antaranya mee segera atau mee maggi yang popular terutama di kalangan pelajar apabila lapar pada lewat malam.

Ini akan menambahkan lagi sakit kepala.

Anteri boleh tersumbat sehingga mengakibatkan strok.

Apakata lebihkan ulam atau sayuran hijau dan banyakkan makan buah buahan berserat yang boleh membantu neutralkan makanan ‘sampah’ yang anda ambil sepanjang hari.

Elakkan juga makanan sejuk yang boleh menyebabkan angin dan sakit urat antaranya kekacang, jenis ubi, tumbuhan menjalar seperti tembikai dan labu, pucuk ubi, pucuk manis, nangka, cempedak atau sukun.

Lebihkan makanan yang boleh bantu anda buang angin, lancarkan peredaran darah, proses penghadaman dan menurunkan kandungan gula, darah tinggi dan kolestrol seperti halia buluh, kurma, quinoa merah atau beras merah.

ELAKKAN BERSARAPAN PAGI SECARA BERLEBIHAN
Anda tahu akan pentingnya sarapan pagi tetapi itu bukan alasan untuk anda bersarapan secara berlebihan atau menikmati menu yang berat seolah olah tiada hari esok untuk anda makan.

Anda sepatutnya tahu yang perut perlukan masa 6 jam untuk memproses makanan yang di hadam.

Jika begitu, belum sempat makanan semasa sarapan di cerna, anda sudah tambah dengan makanan di waktu tengahari atau ‘lunch time’.

Sudah tentu usus anda akan penuh dan letih, ini akan mendorong anda letih dan mengantuk.

Sebab itu di galakkan bersarapan awal, sebaiknya pada jam 7 pagi bersama menu dan ‘portion’ yang sihat. Jika lapar, makan dengan ‘portion’ yang sedikit demi sedikit secara berterusan.

PAKAI PAKAIAN TEBAL DAN PENUTUP HIDUNG
Pada anda yang terpaksa menaiki motor ke tempat kerja dengan menghidu asap kenderaan dan habuk di jalanan setiap hari, ini juga penyebab pada sakit kepala juga sesak nafas.

Lebih lebih lagi apabila melalui jalan yang sedang di perbaiki atau ‘under construction’ dengan cuaca yang panas terik.

Sebaiknya anda perlu biasakan diri dengan pelapik hidung atau ‘mask’.

Sebelum mula bergerak, siapkan diri anda dengan pakaian tebal sekiranya anda keluar di awal pagi untuk elak dari kesejukan. Embun dan cuaca sejuk di awal pagi sangat bisa pada badan.

BERBEKAM
Berbekam ini adalah sunah dan fungsinya membantu buang darah kotor dan toksin di bawah lapisan epidermis kulit.

Sebaiknya cari pakar bekam yang bertauliah. Biasanya selepas berbekam, badan akan terasa lebih ringan dan lega dari kesakitan.

URUTAN BADAN
Antara kaedah yang berfungsi untuk perbetulkan urat urat yang salah atau yang sudah masuk angin.

Pada anda yang kerap menaiki motor untuk perjalanan yang jauh, berada dalam suhu yang sejuk juga di galakkan berurut sekurang kurangnya sebulan sekali.

Badan anda akan terasa lebih ringan dan segar.

Kaedah berurut antara yang sangat efektif apabila anda di serang Sakit Badan terutama apabila di urut oleh yang handal dan pakar dengan rawatan mengurut ini.

Bukan sekadar urutan biasa, impaknya akan lebih memuaskan jika di urut dengan LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA yang di formula dari Pati Halia Tulin untuk pelbagai kegunaan.

Biasanya kesakitan ini hinggap pada bahagian Tengkuk, Bahu, Belakang Badan, Pinggang, Peha, Betis dan Tapak Kaki sehingga melarat pada keseluruhan badan.

Anda boleh bantu diri anda untuk legakan kesakitan, lenguh lenguh atau rasa ketidak selesaan pada badan dengan Losyen Mustajab Kuning ini.

Penggunaannya yang mudah dan ringkas, hanya sapu secara membulat apabila di serang rasa sakit atau sebaiknya di praktikkan setiap hari secara konsisten pada waktu pagi selepas mandi dan malam sebelum tidur agar kesakitan badan mampu di cegah.

Fungsi Losyen Mustajab Kuning ini antara lainnya membantu melegakan masalah Angin yang kerap masuk pada urat dan Kembong Perut terutama di kalangan kanak kanak.

Boleh berkongsi dengan anak anak anda yang berusia 5 tahun ke atas dan di kalangan wanita yang mengalami Senggugut ketika hari haid.

Nama pun pelbagai guna maka fungsinya juga pelbagai, dari peringkat anak anak sehingga ke golongan tua yang kerap di ganggu Sakit Lutut sehingga sukar untuk solat dengan sempurna.

Paling beruntung pada anda yang Perut Buncit, Losyen Mustajab ini turut membantu anda buang Lemak dalam badan.

Anda boleh legakan Sakit Badan ini dengan beberapa kaedah yang kami kongsikan tetapi sertakan bersama Losyen Mustajab Pati Halia untuk kesan yang lebih memuaskan.

Badan anda akan terasa lebih ringan, lega dan sihat di samping jaga pemakanan dan diri anda.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB!

Fungsi Dan Kegunaan Losyen
Antara kegunaan Losyen Mustajab Pati Halia adalah mengurangkan perut buncit dan membuang angin dalam badan. Sapuan yang kerap di kawasan bermasalah seperti selepas mandi dan sebelum tidur dapat mengurangkan masalah tersebut, selain membantu mengurangkan selulit. Salah satu punca perut buncit adalah disebabkan oleh angin, dan Losyen Mustajab Pati Halia dapat membantu masalah tersebut. Gunakan secara konsisten dan dibantu dengan senaman ringan serta pemakaian bengkung, anda pasti mendapat kesan yang optimum.

Selain itu, Losyen Mustajab Pati Halia juga digunakan untuk mengurangkan sakit-sakit sendi dan otot, lenguh-lenguh pinggang, kesakitan akibat gout serta lemah-lemah badan. Urut perlahan-lahan di tempat yang sakit dan dapatkan rehat secukupnya.

Membantu Masalah Wanita
Masalah senggugut yang sering dihadapi oleh kalangan wanita juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Losyen Mustajab Pati Halia. Rasa hangat dapat memberikan kelegaan pada tempat sakit dan perlahan-lahan sakit tersebut akan berkurangan.

Losyen Mustajab Pati Halia keluaran Dunia Herbs terbukti mempunyai banyak kelebihan serta kegunaannya. Ianya mudah dibawa kemana sahaja dan sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat (Tidak sesuai untuk bayi).

Harga : SM RM23.00 / SS RM26.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply