Resepi Minuman Herba Ibu Berpantang. Wajib Cuba!!

ibu berpantang
ibu berpantang

Wanita sejak azali sudah dicipta sebagai seorang insan yang sifatnya sangat kuat semangat dan cekal biar apa saiz fizikalnya. Kudrat yang jauh beza dan tidak setanding seorang lelaki. Allah pilih untuk jadi ibu pada anak anaknya dan suri hati suaminya.

Bermula dengan proses mengandung selama 9 bulan, kemudian bersabung nyawa melahirkan bayi dan melalui fasa berpantang pula yang mana sering dianggap penuh penyiksaan.

Tempoh berpantang ini adalah adalah satu proses berehat dan baik pulih tubuh badan ibu. Suka atau tidak, ibu perlu lalui satu persatu amalan turun temurun keluarga ini dari sudut pemakanan, minuman dan pergerakan.

Kali ini kami mahu sentuh bab Minuman Herba yang wajib ibu berpantang cuba selain dari air kosong untuk tubuh badan kekal hidrat sekaligus dapat serap kesan kebaikan dari herba ini.

AIR REBUSAN HALIA
Membantu lancarkan proses penghadaman, pencernaan, aliran darah nifas, buang angin dalam badan, hangatkan badan, legakan kembong perut, sakit perut, pedih hulu hati dan hilangkan bau badan.

• CARA PENYEDIAAN
Rebus halia yang di buang kulit dan dihiris nipis bersama gula melaka. Kacau rata dan masak sehingga mendidih. Padam api dan biarkan airnya suam. Tapis airnya dan sebelum minum tambah madu secukupnya.

AIR KUNYIT
Membantu kecutkan rahim, sembuh luka bersalin, lancarkan aliran darah, penghadaman, kurangkan angin dalam perut, hilangkan bau badan dan kurangkan tekanan.

• CARA PENYEDIAAN
Kisar kunyit hidup sebesar ibu jari bersama 3 cawan air suam, 2 sudu besar perahan air asam jawa dan 2 sudu besar madu. Tapis airnya dan sedia untuk di minum.
(Anda disarankan untuk minum selama 3 hari sahaja sepanjang tempoh berpantang, jangan ambil secara berlebihan bagi mengelakkan kesan sampingan).

SUSU BADAM KURMA
Membantu galakkan air susu ibu, bekalkan tenaga, tinggi kandungan serat, kalsium dan asid amino.

• CARA PENYEDIAAN
Rendam 2 cawan badam yang belum dipanggang semalaman atau 6 hingga 7 jam sebelum dikisar. Kisar badam yang telah dicuci dan dibuang kulitnya bersama 7-10 biji kurma bersama 3 liter air suam. Kemudian tapis guna penapis kain untuk buang hampas.

AIR PEGAGA
Membantu mengecutkan peranakan, kurangkan berat badan, bangkitkan selera makan, lancarkan proses penghadaman, aliran darah nifas/haid, rawat parut pembedahan, keputihan dan pulihkan luka bersalin. Bagus untuk ibu yang disahkan ada kencing manis.

• CARA PENYEDIAAN
Kisar 2 ikat pegaga bersama 5 cawan air. Kemudian tapis airnya. Boleh di campur dengan sesudu madu.

AIR SERAI
Citral merupakan salah satu komponen di dalam serai yang mempunyai pelbagai khasiat pada kesihatan manusia. Antaranya membantu kurangkan masalah angin dalam usus, lancarkan proses pencernaan, pembuangan toksin, baik untuk deman, selsema, menstabilkan tekanan darah dan kolestrol.

• CARA PENYEDIAAN
Ketuk 5 batang serai, 2 inci halia dihiris nipis, kemudian rebus bersama 2 helai daun pandan bersama 1 liter air. Rebus sehingga tinggal 3 cawan air. Amalkan minum 1 sudu besar setiap pagi.

AIR MANJAKANI
Membantu merawat luka dalaman luaran selepas bersalin, penawar masalah keputihan, membaiki tisu rosak, stabilkan hormon, lancarkan darah, proses pencernaan, memberi tenaga, mengurangkan lelehan faraj, kuatkan otot faraj dan rahim wanita.

• CARA PENYEDIAAN
Rebus 5 biji buah manjakani, 2cm halia, 2cm kunyit bersama 500ml air pada api yang sederhana sehingga mendidih. Kemudian tapis untuk dapatkan pati sebelum dicampur air panas atau suam.

Tidak hairanlah selepas bersalin, anda akan di lingkari dengan pelbagai jenis herba untuk pastikan badan anda sentiasa hangat & tidak mudah di masuki angin. Selain dari minuman herba ini, tubuh badan anda juga perlu dilindungi dengan Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis yang di proses bersama ramuan Pati Halia dan Limau Nipis Tulin yang sudah jelas akan khasiatnya. Losyen Mustajab Hijau ini sudah bersiap sedia untuk berkhidmat saat ibu berpantang.

Kelebihan Losyen Mustajab Hijau ini boleh di sapu pada bahagian Perut, Dahi malah Keseluruhan Tubuh Badan anda untuk mengantikan Param, Pilis dan Tapel. Tidak perlu lagi sibuk mencari bahan bancuhan, sapu sahaja Losyen Mustajab ini supaya anda tidak di serang oleh Angin Jahat atau kesejukan.

Satu lagi masalah ibu selepas bersalin adalah perubahan pada fizikal tubuh badan mereka. Lemak mula melingkari Lengan, Perut, Pinggang, Pinggul dan Peha sejak dari zaman mengandung lagi. Untuk kembali pada potongan badan yang asal, sekali lagi anda perlukan Losyen Mustajab kami untuk cuci bersih lemak lemak dibawah lapisan kulit anda.

Pratikkan harian anda dengan sapuan Losyen Mustajab ini pada waktu pagi selepas mandi, malam sebelum tidur dan ketika seisi berurut. Sifat Losyennya yang tidak berminyak, mudah mesra dengan kulit dan boleh dibawa solat.

Tiada lagi alasan susah atau leceh, kini proses penjagaan bahagian luaran tubuh badan anda lebih memudahkan. Proses berpantang ini mungkin ada yang nampak rumit tetapi kesannya memang menakjubkan kepada kesihatan dan kecantikan diri untuk jangkamasa panjang.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB!

Kegunaan Wanita Selepas Bersalin
Sangat sinonim untuk kegunaan wanita selepas bersalin, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis yang menggunakan ramuan utama pati limau nipis dan pati halia mempunyai pelbagai kegunaan hanya di dalam satu produk sahaja.

Limau nipis biasa digunakan oleh wanita-wanita selepas bersalin semasa dalam pantang sebagai salah satu bahan untuk mengempiskan perut dan menyegarkan badan yang lesu serta keletihan selepas melahirkan. Kebiasaan digunakan semasa memakai bengkung atau dicampurkan di dalam air mandian ketika berpantang.

Berpantang Secara Moden
Sesuai dengan arus kemodenan dan masih mengamalkan petua-petua tradisional, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis memudahkan ibu-ibu untuk mengempiskan perut dengan hanya sapuan losyen di perut ditambah dengan sedikit urutan dan memakai bengkung untuk mendapatkan kesan yang paling optimum. Ianya dapat menjimatkan masa dan memudahkan ibu-ibu untuk mengurus diri sewaktu berpantang terutama ibu-ibu yang berpantang sendiri. Ianya tidak berminyak dan mudah menyerap, itulah antara kelebihan losyen ini.

Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply