Remaja Perlu Bijak Pilih Pakaian

Dalam meniti usia remaja, pelajar perlu berani menampilkan kelainan dengan mempertaruhkan penggunaan warna terang bagi menghidupkan usia dan membangkit semangat segar dalam diri.

Remaja harus bijak dalam memilih pakaian mengikut bentuk badan dan warna kulit bagi menyerlahkan penampilan setiap hari.

Pemilihan pakaian penting kerana ia mampu meningkatkan keyakinan diri dalam mengharungi hari mendatang.

 

tips-memilih-pakaian-sesuai-bentuk-tubuh-anda

Memilih pakaian tidak terlalu sukar, jika mempunyai susuk tubuh kurus, anda disaran menggunakan warna terang supaya ilusi terhasil dapat menampakkan tubuh kelihatan sedikit berisi. Begitu juga bagi yang berbadan gempal perlu memilih pakaian berwarna gelap bagi menampakkan sedikit kurus.

Setiap helai pakaian yang di sarung ke tubuh badan memberikan impak berlainan.

Oleh itu, pemilihan pakaian yang tepat membantu menyerlahkan penampilan bagi menampakkan tubuh lebih sempurna.

Terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan supaya pakaian yang dikenakan kelihatan serasi dengan bentuk badan.

Panduan berikut mungkin berguna untuk penampilan anda.

Pemilihan warna pakaian

1. Jika berkulit cerah jangan mengenakan warna lembut seperti coklat muda, biru muda atau merah jambu.

2. Jika anda berkulit kuning langsat, warna tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru adalah pilihan terbaik.

3. Jika anda berkulit sawo matang pilihlah warna ungu, oren atau merah hati untuk kelihatan lebih menarik.

4. Jika anda berkulit gelap, warna tanah yang lembut adalah pilihan tepat untuk pakaian anda.

Jangan lupa !!

Menyesuaikan warna pakaian dengan waktu dan tempat. Warna gelap untuk acara formal sedangkan warna cerah untuk acara santai. Sesuaikan warna dengan karakter. Kalau anda ingin menyerlahkan sifat feminin, pakai pakaian yang terdiri daripada warna pastel. Sebaliknya, jika ingin ingin menarik perhatian orang ramai, pilih pakaian yang berwarna terang.

Jangan sesekali !!

Nekad menggunakan pakaian yang berwarna terlalu kontra dengan kulit. Contohnya, anda berkulit hitam dan mengenakan pakaian yang berwarna merah jambu terang. Penampilan anda akan terlihat berat sebelah dan kelihatan hodoh.

Selain itu, anda juga tidak boleh mengenakan aksesori bermula dari rambut hingga kaki yang warnanya tidak senada warna baju yang dikenakan.

5 tip berpakaian yang mesti anda tahu

1. Pakaian yang menggunakan warna gelap akan menimbulkan kesan ramping pada tubuh badan.

2. Baju tanpa lengan, berleher tinggi (turtleneck), sangat sempurna untuk mengecilkan dada yang besar.

3. Sebaiknya ganti kasut lama anda, kasut yang sudah terlalu lama mempunyai warna yang pudar dan ini akan merosak penampilan.

4. Kasut dengan tumit rendah sukar untuk dipadankan dengan gaun atau kemeja. Bagaimanapun, ia baik untuk kesihatan kaki.

5. Anda beruntung jika memiliki leher yang jinjang. Ini kerana bentuk leher seperti ini sesuai untuk baju yang berkolar tinggi. Jika leher anda sedikit lebih pendek, pakai rantai atau kalung yang akan memberi kesan lebih cantik.

Shares

Leave a Reply