Rawatan Bertangas

bertangas

bertangas
bertangas

Dari zaman nenek moyang kita lagi rawatan selepas bersalin ini sudah di titikberatkan bagi memastikan badan anda kembali pulih seperti sediakala.

Atas sebab ini, para wanita perlukan tempoh pemulihan yang panjang selepas fasa bersalin.

Antara rutin berpantang yang masih menjadi pilihan wanita selepas bersalin adalah rawatan Bertangas walaupun di zaman kian moden ini terdapat pelbagai rawatan kecantikan dan kelangsingan moden yang di tawarkan.

Rawatan ini tidak banyak bezanya dengan bersauna atau mandi wap yang biasa disediakan di kebanyakkan spa.

Pada awalnya rawatan ini dilakukan secara duduk di atas rebusan herba tetapi kini telah dimodenkan dengan menyelubungkan kain pada keseluruhan badan sambil duduk di bawah rebusan herba.

Antara rahsia wanita Melayu bagi memastikan kesihatan peranakan dan badan di tahap sihat.

Anak dara juga di galakkan Bertangas selepas tempoh haid habis untuk kekalkan badan sihat juga sebagai persiapan sebelum mendirikan rumahtangga.

Kenapa pentingnya rawatan Bertangas selepas bersalin? Jom kita kupas satu persatu sebabnya yang perlu anda tahu.

MEMPERCEPATKAN PROSES PEMULIHAN
Tidak kira anda bersalin secara normal atau cara pembedahan, peranakan tetap mengalami luka yang agak berat selepas bertarung melahirkan anak.

Di sebabkan ini kesan luka tersebut perlu di beri perhatian yang khusus supaya dapat pulih dengan segera.

Selain dari menjaga pemakanan, rawatan Bertangas bersama ramuan herba Tangas yang punya khasiat sangat bagus pada kesihatan wanita sambil membantu proses pemulihan luka dengan segera.

MENGECUTKAN RAHIM DAN MENGUATKAN OTOT VAGINA
Rawatan Bertangas ini membantu mengembalikan kesihatan peranakan dengan mengecutkan rahim serta mengembalikan kekuatan otot vagina.

Semasa rawatan ini, anda turut di galakkan untuk melakukan senaman kegel iaitu senaman mengemutkan otot vagina untuk kesan yang lebih cepat.

MENGURANGKAN BAU BADAN SERTA BAU PADA BAHAGIAN SULIT
Kebersihan pada keseluruhan badan dan bahagian sulit harus di beri perhatian agar sentiasa harum mewangi.

Sebaiknya rawatan Bertangas ini di lakukan dengan cara berselubung dengan kain menutupi keseluruhan badan dari lantai sehingga ke bahagian leher supaya wap tidak hanya meresap pada bahagian sulit sahaja malah pada keseluruhan badan.

Rawatan ini tidak hanya mewangikan badan malah membantu badan mengeluarkan toksik dari badan anda melalui peluh.

Pastikan anda minum air suam selepas rawatan ini untuk kembalikan kandungan air dalam badan.

MENGURANGKAN MASALAH RAHIM
Selain dari bahagian luaran, anda juga perlu ambil berat akan kesihatan dalaman lebih lebih lagi bagi mereka yang sudah bergelar isteri dan ibu.

Rawatan Bertangas ini juga dapat meningkatkan kesihatan rahim dengan mengatasi masalah keputihan dan lendir kental dari faraj serta membantu mengeluarkan cecair asing dari dalam peranakan.

Apabila keadaan rahim sentiasa sihat, kesuburan anda terpelihara daripada terkena penyakit kelamin.

Rawatan ini tidak hanya terhad pada anda yang sudah berkahwin atau bersalin sahaja malah di galakkan juga pada si perawan untuk amalkan rawatan yang sama.

Masalah seperti haid tidak teratur atau lancar di sertakan sakit senggugut boleh di atasi dengan menjalani rawatan Bertangas ini.

Khasiat dari rempah dan herba tangas membantu mencegah pembiakan bakteria dan memastikan kebersihan pada bahagian peribadi wanita.

MENCEGAH DARI MASALAH KEGATALAN
Herba tradisional dari ramuan tangas amat baik untuk punya kulit yang sihat.

Wap dari herba tangas ini membantu melembabkan lapisan kulit pada bahagian sulit yang kadang kala menjadi kering atau kegatalan jika tidak diberi penjagaan yang khusus.

MELANCARKAN DARAH NIFAS
Merujuk pada bidang perbidanan, jika seseorang wanita mengeluarkan darah nifas pada tempoh yang singkat lebih kurang 14 hari, ini bermakna terdapat darah yang masih tersisa dalam dinding rahim.

Masalah ini ada kemungkinan penyebab pada lain lain hal antaranya bahagian sulit berbau, perut kembung kerana banyak angin juga mengakibatkan meroyan.

Adalah penting untuk anda pastikan aliran darah nifas lancar dan habis dalam tempoh berpantang. Usaha Bertangas ini dapat membantu lancarkan darah nifas sambil membantu cuci dalaman wanita dengan lebih efektif.

MELANGSINGKAN TUBUH BADAN
Khasiat rempah semulajadi dari wap yang harum mewangi ini juga hangat dapat membantu memecahkan lemak sekaligus membantu mengurangkan berat badan.

Potensi untuk anda kembali langsing sangat tinggi.

Besar harapan terutama pada golongan wanita bersalin untuk kembali pada susuk tubuh yang langsing & ramping.

Selain dari rawatan Tangas ini, ada antaranya yang mencuba pelbagai kaedah semata mata untuk penampilan yang menarik terutama di mata sang suami.

Jangan mengelabah ya para ibu, anda masih ada kesempatan untuk berubah selagi ada usaha gigih di sertakan dengan produk terbaik sebagai pembantu untuk kesan yang lebih segera.

Atas keprihatinan, kami rumuskan LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA LIMAU NIPIS khusus untuk wanita selepas bersalin atau wanita berpantang.

Losyen Mustajab Hijau ini boleh mengambil alih fungsi Param, Pilis, Tapel yang boleh di sapu pada bahagian Dahi, Perut sehingga Keseluruhan Badan malah ketika sesi mengurut, anda masih boleh gunakan Losyen Mustajab yang sama.

Kandungan vitamin A dan C pada buah Limau Nipis ini di katakan sangat baik untuk mencantikan kulit maka kami tambahkan Pati Limau Nipis ini untuk membantu mengurangkan kesan Rekahan di Perut, Pinggul juga Selulit yang mencacatkan lapisan kulit anda dalam masa yang sama sangat baik untuk Kempiskan Perut dan Buang Lemak yang berlebihan dalam badan.

Mahu lebih efektif, di galakkan anda sapukan dulu Losyen Mustajab Hijau ini pada bahagian bahagian badan antaranya di Lengan, Belakang Badan, Perut, Pinggul, Paha dan Betis sebelum anda mula dengan rawatan Tangas supaya dengan pantasnya Lemak pecah.

Akhir sekali di galakkan anda kemas Berbengkung setiap kali selepas sesi berurut dan Bertangas untuk mencantikan susuk tubuh anda.

Jangan lupa sapu pada keseluruhan bahagian Kaki kemudian sarung stoking supaya Angin Jahat tidak berani singgah ke dalam badan anda.

Antara yang bagus tentang Losyen Mustajab Hijau ini, buang Angin dalam badan. Akibatnya badan anda akan terasa lebih ringan.

Sesi berpantang anda akan terasa lebih mudah, jimat masa dan kos pun ciput dengan Losyen Mustajab Hijau ini.

Tiada lagi bancuhan herba yang melecehkan lagi mencomotkan dengan bau yang kurang enak sedangkan ada Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis yang lebih mudah dengan aroma yang menyegarkan.

Amalan tradisi turun temurun ini mengandungi seribu satu khasiat dan tidak salah jika di gabungkan bersama produk moden untuk pemulihan dan penjagaan keseluruhan badan kaum hawa.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB!

Kegunaan Wanita Selepas Bersalin
Sangat sinonim untuk kegunaan wanita selepas bersalin, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis yang menggunakan ramuan utama pati limau nipis dan pati halia mempunyai pelbagai kegunaan hanya di dalam satu produk sahaja.

Limau nipis biasa digunakan oleh wanita-wanita selepas bersalin semasa dalam pantang sebagai salah satu bahan untuk mengempiskan perut dan menyegarkan badan yang lesu serta keletihan selepas melahirkan. Kebiasaan digunakan semasa memakai bengkung atau dicampurkan di dalam air mandian ketika berpantang.

Berpantang Secara Moden
Sesuai dengan arus kemodenan dan masih mengamalkan petua-petua tradisional, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis memudahkan ibu-ibu untuk mengempiskan perut dengan hanya sapuan losyen di perut ditambah dengan sedikit urutan dan memakai bengkung untuk mendapatkan kesan yang paling optimum. Ianya dapat menjimatkan masa dan memudahkan ibu-ibu untuk mengurus diri sewaktu berpantang terutama ibu-ibu yang berpantang sendiri. Ianya tidak berminyak dan mudah menyerap, itulah antara kelebihan losyen ini.

Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply