Rahsia Rumah Tangga Bahagia

Makin kerap kita dengar kes cerai sekarang ni, memang menakutkan. Tapi orang kata dah takdir, bukan kita yang nak kan? Harini admin nak share sikit benda kecik tapi sangat bagus untuk kita gunakan untuk mengekalkan rumah tangga yang bahagia.

 

Kurangkan Ego.

Kebanyakkan rumah tangga akan berpecah apabila ego dirinya sangat tinggi. Ini lebih menakutkan jika kedua-dua belah pihak mempunyai ego yang tersendiri. Jangan pergi gunakan alasan “saya memang seperti ini” kepada suami mahupun isteri. Cuba berbincang dengan cara yang lebih matang dan “OPEN MINDED”.