Pilih Makanan Yang Betul Untuk Mengelakkan Stress

stress

TIBA-TIBA dewan peperiksaan yang sunyi dikejutkan jeritan kuat daripada pelajar perempuan. Rupanya Yati histeria. Semuanya berpunca daripada tekanan perasaan (stress) kerana dia gagal menjawab semua soalan peperiksaan tahun akhirnya.

Yati antara ribuan pelajar yang mengalami tekanan (stress) yang kronik. Stress boleh menyerang sesiapa saja. Stress berterusan boleh membawa kemudaratan. Namun, mereka yang bijak mengurus stress akan memberi semula cahaya kehidupan.

Punca stress adalah pelbagai dan bertitik tolak daripada rasa kecewa, kesunyian, bosan, marah, dendam dan banyak lagi. Berikut adalah beberapa petua yang dapat membantu anda menanganinya.

* Berjalan-jalan di kawasan yang agak tenang seperti di taman rekreasi atau tepian pantai. Ketepikan masalah tapi fokus pada keindahan di sekeliling.

* Menyepikan diri dalam atau luar rumah dan rehatkan minda. Anda boleh memasang muzik yang berentak sentimental atau perlahan. Tutup telefon seketika agar tidak mengganggu ketenangan diri.

* Keluar ke laman rumah sambil menikmati keadaan sekeliling, tarik nafas dalam-dalam serta lakukan senaman ringan.

* Banyakkan minum air suam, makan buah-buahan dan sayur-sayuran serta elakkan kafein.

Di bawah ini senarai makanan untuk mengurangkan stress :-

* Sayuran hijau – mengandungi kandungan magnesium yang banyak, merupakan mineral yang penting dalam untuk rasa tenang. Contohnya sayur Bayam.

* Salmon – mengandungi asid lemak penting Omega 3, yang membantu untuk meningkatkan pengeluaran serotonin (yang membuat rasa tenang). Manakala DHA (asid docosahexanoic) dalam lemak Omega 3 membantu menyuburkan otak dan mengurangkan hormon stress.

* Coklat – makan coklat setiap hari dalam jumlah kecil dipercayai mampu mengurangkan tahap hormon stress. Ia juga mengandungi bahan kimia ‘anandamide’ yang menghalang perasaan sedih dan kemurungan untuk tempoh yang singkat.

* Kacang dan bijian adalah sumber yang kaya dengan asid lemak perlu Omega 3 dan Omega 6 yang membantu mengurangkan tekanan.

* Ayam Belanda mengandungi tryptophan (sejenis asid amino) yang meningkatkan pengeluaran serotonin, yang membantu mengurangkan tekanan.

* Oren adalah vitamin C terbaik dan kajian menunjukkan ia dapat mengurangkan tahap stress. Vitamin C adalah antioksidan kuat untuk meningkatkan sistem imunisasi anda.

Shares

Leave a Reply