Petua Untuk Mengatasi Rambut Rosak (Bahagian 3) – Akhir

  1. Madu

natural-honey

 

Madu sangat berkhasiat untuk rambut rosak. Madu dapat menarik dan mengunci kelembapan ke dalam kutikel rambut dan menjadikannya lembut dan sihat.

  • Campurkan 1/4 cawan madu organik pejal dengan air yang cukup untuk melembutkannya. Lumurkan pada rambut dan biarkan selama 30 minit sebelum dicuci dengan air suam. Lakukan rawatan ini dua kali seminggu untuk lebih berkesan.
  • Selain itu, 2 sudu madu yang dicampur dengan 1 sudu yogart kosong dan 1 sudu makan minyak zaitun atau minyak kelapa boleh dijadikan pes. Campur sebati dan panaskan. Lumurkan pada rambut sebelum ditutup dengan kain atau topi mandian. Basuh rambut selepas 20 minit. Lakukan seminggu sekali.

 

  1. Pisang

bananes3

 

Pisang juga boleh digunakan untuk membaiki rambut rosak. Kaya dengan kalium, vitamin, minyak semulajadi dan lembapan yang terkandung di dalam pisang membantu melembutkan rambut dan meningkatkan keelastikan rambut.

  • Lenyekkan sebiji pisang yang sudah masak lalu dilumurkan pada rambut. Biarkan selama sejam sebelum dicuci menggunakan air suam.
  • Selain itu, anda boleh sediakan pes dari pisang yang sudah ranum bersama satu sudu besar madu, minyak kelapa dan minyak zaitun. Lumurkan pes pada rambut, sebelum dibiarkan selama 20 hingga 30 minit. Cuci seperti biasa menggunakan air suam. Lakukan petua ini seminggu atau dua minggu sekali.

 

  1. Teh

1121435_black_tea___

 

Daun teh baik untuk rambut kering dan rosak. Kaya dengan polyphenol, vitamin C dan E, teh hitam menjadikan rambut bersinar dan melembutkan rambut yang rosak. Teh juga melindungi rambut dari bahaya sinar UV.

  • Masukkan seuncang teh ke dalam secawan air yang baru dididihkan. Tutup cawan dan biarkan selama 10 minit. Kemudian, tambah 1 atau 2 titis minyak esential bunga melati dan biarkan sehingga air menjadi sejuk. Gunakan selepas anda syampu rambut. Setelah itu, biarkan selama 10 hingga 15 minit, lalu dicuci dengan air. Buat rawatan ini sekurang-kurangnya sekali atau dua seminggu.

 

  1. Cuka makan

cuka putih

 

Bagi merawat rambut rosak, antara petua yang biasa digunakan adalah menggunakan cuka makan. Cuka makan dapat mencegah penghasilan kotoran pada rambut dan melindungi kutikel rambut. Selain itu, cuka makan dapat mengembalikan kadar pH pada kulit kepala, menjadikan rambut tumbuh lebih sihat selain dapat menjadikan rambut lembut dan berkilau.

  • Campurkan 1 cawan cuka bersama 3 cawan air. Campuran itu kemudiannya diguna untuk mencuci rambut selepas dicuci dengan perapi. Biarkan selama 5 minit sebelum bersihkan dengan air suam. Lakukan seminggu sekali untuk beberapa minggu.

 

Antara petua lain untuk menjaga rambut agar sihat dan bermaya:

  1. Ambil pati santan yang pekat dan sapukan pada rambut. Kemudian balut rambut dengan tuala dan biarkan selama setengah jam. Bilas sampai bersih. Jika kerap diamalkan, rambut akan nampak sihat, tidak kering dan juga lambat beruban.
  2. Jika mengalami masalah kelemumur, sapukan jus perahan limau nipis ataupun limau purut pada kulit kepala. Biarkan seketika kemudian barulah dibilas. Petua ini bukan sahaja akan mengurangkan kelemumur tapi juga akan membuatkan rambut dan kulit kepala lebih wangi dan juga kulit kepala tidak akan rasa gatal.
  3. Kalau mengalami masalah keguguran rambut pula, boleh amalkan menggunakan lendir daun bunga raya yang telah diramas dengan air (untuk mengeluarkan lendir). Sapukan pada kepala dan biarkan untuk seketika sebelum dibilas.
  4. Urut kulit kepala beberapa minit setiap hari sebelum tidur untuk menggalakkan pertumbuhan folikel rambut.
  5. Elakkan penggunaan peralatan seperti pengering rambut atau produk berasaskan bahan kimia pada rambut.
  6. Cuci rambut dengan syampu yang ringan 3 atau 4 kali seminggu. Gunakan perapi. Gunakan tuala untuk mengeringkan air pada rambut sebelum biar rambut kering pada udara.
  7. Hati-hati dengan penggunaan berus rambut. Pilih berus rambut jenis yang berbiji di hujungnya untuk mengelakkan rambut menjadi rosak.
  8. Apabila anda pergi berenang, pastikan anda mencuci rambut dengan sempurna selepas itu.
  9. Lindungi rambut dari bahaya matahari dengan memakai tudung atau topi.
  10. Gunakan aksesori rambut yang tidak mendatangkan mudarat pada rambut.
  11. Lakukan diet yang betul dan minum banyak air masak setiap hari.
  12. Lakukan senaman setiap hari untuk meningkatkan kesihatan.
  13. Tidur 6 hingga 7 jam sehari dan gunakan sarung bantal dari kain satin.
  14. Elakkan tekanan.

Mungkin bagi anda ia adalah leceh untuk dilakukan, namun fikir dua kali demi untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

SELAMAT MENCUBA…

Shares

Leave a Reply