Petua Untuk Mengatasi Rambut Rosak (Bahagian 2)

  1. Minyak Zaitun

Manfaat-Minyak-Zaitun-Untuk-Kesehatan

 

Minyak zaitun baik untuk memulihkan rambut rosak. Kaya dengan asid lemak, beberapa jenis antioksida dan vitamin E, minyak zaitun membaiki lapisan rambut dengan memberikan kelembapan pada kutikel rambut. Minyak zaitun dapat melindungi rambut dari terus mengalami kerosakan.

  • Letakkan sedikit minyak zaitun yang sudah dipanaskan pada kulit kepala dan akar rambut. Lakukan urutan lembut pada kepala selama beberapa minit. Setelah itu bolehlah ditutup dengan tuala suam.
  • Biarkan selama lebih kurang 30 minit atau dibiarkan semalaman. Akhir sekali, basuh dengan syampu dan gunakan perapi. Lakukan petua ini sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.
  • Selain itu, anda boleh mencampurkan 1/4 cawan minyak zaitun dengan dengan 1/2 cawan madu. Panaskan campuran dan dilumur pada rambut. Biarkan selama 30 minit, kemudian cuci dengan air suam dan syampu rambut seperti biasa. Buat sekali atau dua kali seminggu.

 

  1. Bunga Raya

bunga raya

 

Bunga raya telah digunakan sejak sekian lama untuk menggalakkan pertumbuhan rambut dan membaiki rambut rosak. Bunga raya melindungi kutikel rambut dengan melembapkan dan menambahkan kilau pada rambut yang kering dan rosak.

  • Panaskan kira-kira 8 hingga 10 kuntum bunga raya di dalam cawan mengandungi minyak kelapa. Tapis dan biarkan sejuk sebelum digunakan sebagai minyak rambut. Urut ramuan tersebut pada rambut selama beberapa minit dan biarkan selama 30 minit sebelum dicuci seperti biasa.
  • Selain itu, kisar 3 hingga 4 helai daun bunga raya dan beberapa kelopak bunga raya dengan sedikit air. Lumurkan pada rambut dan dibiarkan selama 20 minit sebelum dicuci dengan air suam. Ulangi petua ini sekali atau dua kali seminggu.

 

  1. Telur

Ayam-Ke-Telur-Dulu-Yang-Keluar

 

Telur membekalkan nutrien dan nutrisi yang boleh mengurangkan kerosakan rambut. Kuning telur mengandungi protein, mineral dan esential asid lemak yang boleh menyuburkan helaian rambut dan menjadikan rambut berkilau secara semulajadi. Selain itu, putih telur juga menolong membersihkan rambut dan kulit kepala.

  • Lumurkan telur yang sudah digaul sebati ke atas kulit kepala dan rambut untuk beberapa minit. Tutup kepala dengan tuala dan biarkan selama kira-kira 20 minit sebelum dicuci dengan air dan syampu seperti biasa.
  • Selain itu, anda boleh mencampurkan dua biji telur dengan 1/2 cawan yogart dan dipukul hingga berkrim. Urut kepala dan rambut dengan campuran tadi sebelum ditutup dengan tuala selama 30 minit dan dicuci seperti biasa. Lakukan salah satu petua di atas 2 minggu sekali.

 

  1. Avocado

avocado

 

Avocado kaya dengan pelbagai vitamin, lemak, protein, asid lemak dan minyak semulajadi yang boleh digunakan untuk membaiki rambut rosak dengan memberikan hidrasi pada rambut dan menjadikannya lebih fleksibel. Avocado juga berfungsi menghalang sebarang radikal bebas dari merosakkan rambut di kemudian hari.

  • Campurkan sebiji avocado dengan 1 hingga 2 sudu teh minyak zaitun lalu dikisar sehingga halus. Lumurkan pada rambut dan biarkan selama lebih kurang sejam sebelum dicuci seperti biasa.
  • Selain itu, anda boleh meramas sebiji avocado yang sudah ranum dan tambah sebiji kuning telur dan santan untuk menjadikannya pes. Lumurkan pada kulit kepala dan rambut lalu diurut secara berputar selama lebih kurang 5 minit.
  • Biarkan selama sejam sebelum dicuci dengan menggunakan air suam dan di syampu seperti biasa.Amalkan salah satu cara sekali seminggu untuk mendapatkan rambut yang lebih sihat.

 

  1. Minyak Kelapa

minyak kelapa

 

Minyak kelapa lengkap dengan nutrien yang baik untuk rambut. Strukturnya yang mudah meresap ke dalam akar rambut, melindungi kutikel rambut dari menjadi rosak dan menjadikan rambut lebih sihat.

  • Urut kepala setiap hari atau sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan minyak kelapa yang telah dipanaskan. Biarkan semalaman sebelum dicuci dengan menggunakan syampu keesokan paginya.
  • Selain itu, anda boleh campur 3 sudu besar minyak kelapa yang telah dipanaskan dengan1/4 cawan madu lebah. Ramuan itu kemudiannya digaul sebati lalu dilumurkan pada rambut. Biarkan selama 20 hingga 30 minit sebelum dicuci dengan menggunakan air suam. Lakukan sekali atau dua kali seminggu.

 

  1. Daun Lidah Buaya

aloe juice drop close up

 

Daun lidah buaya baik untuk membaiki rambut rosak. Kandungan pelembab yang ada di dalam daun lidah buaya boleh melegakan akar rambut. Ia mengandungi enzim, asid amino, vitamin C dan E yang baik untuk rambut.

  • Lumurkan sedikit jus daun lidah buaya pada rambut yang rosak. biarkan selama 10 hingga 15minit sebelum dicuci dengan air suam.
  • Selain itu, anda boleh mencampurkan 4 sudu besar gel daun lidah buaya dengan dua sudu besar santan dan 3 sudu besar yogart kosong. Gaul sebati sebelum dilumur pada rambut. Biarkan selama 30 minit sebelum di cuci seperti biasa. Lakukan seminggu sekali.

 

BERSAMBUNG….

Shares

Leave a Reply