Petua Untuk Mengatasi Rambut Rosak (Bahagian 1)

Masalah rambut rosak sering kali dialami oleh kebanyakan orang tidak kira lelaki atau wanita. Bagi mereka yang memiliki duit lebih, mereka ada pilihan untuk berjumpa pakar rambut dan mampu mengeluarkan perbelanjaan hingga ribuan ringgit untuk mengembalikan mahkota penting itu.

 

rambut rosak

Namun, timbul masalah apabila perkara ini dialami oleh mereka yang memiliki pendapatan yang ‘cukup makan’. Masalah rambut rosak tidak dapat diselesaikan kerana mereka perlu berhabis untuk tujuan lebih penting ketika kos hidup kini meningkat saban tahun.

 

RAMBUT rosak1

 

Bagaimanapun, kita seharusnya bijak menggunakan kelebihan internet dan gajet yang dimiliki untuk meneroka alam maya bagi mencari solusi yang tidak memerlukan wang yang banyak bagi mengatasi rambut rosak.

 

rambut rosa2

 

Masalah rambut rosak perlu diatasi dengan secepat mungkin kerana jika ia berlarutan, ia dikhuatiri akan menjejaskan keyakinan. Bagi mereka bertudung mungkin masalah ini masih boleh disorok, tetapi bagaimana mereka yang tidak bertudung termasuk lelaki?

 

Jom kenali rambut kita..

 

hair report_html_m649db11d

 

Setiap rambut mengandungi 3 lapisan – dalam (medula), tengah (cortex) dan luar (cuticle).

Lapisan luar bertanggungjawab melindungi rambut dari rosak. Apabila cuticle rambut rosak, rambut menjadi kering dan hilang sinarnya. Rambut berbiji, kasar, hujung terbelah, reput, dan hilang keelastikkan juga adalah tanda-tanda rambut rosak. Rambut yang rosak mudah menjadi kusut dan sukar diuruskan.

Rambut rosak juga boleh terjadi kepada mereka yang mengambil sesetengah ubat untuk rawatan penyakit seperti thyroid, masalah keturunan, kebuluran dan anorexia nervosa.

 

Jom kita menelaah seketika apakah penyebab rambut rosak:

  1. Menyikat rambut ketika masih basah
  • Salah satu penyebab rambut rosak adalah kesalahan menyikat rambut. Sebaiknya, keringkan rambut terlebih dahulu sebelum menyikat.
  • Jangan menggunakan sikat yang mempunyai gigi yang rapat jika anda memiliki rambut yang kerinting dan mengembang kerana sikat juga mempengaruhi penghasilan serum rambut dan juga pelancaran peredaran darah di kulit kepala. Gunakanlah sisir atau sikat yang bergigi lebar dengan hujung tumpul untuk rambut jenis ini.

 

  1. Kesalahan ketika mengeringkan rambut
  • Kepanasan melampau boleh menyebabkan rambut rosak.

 

  1. Mewarna rambut
  • Mewarnakan rambut ibarat seperti meletakkan jumlah bahan kimia yang banyak pada rambut, lantas menyebabkan rambut hilang lapisan perisainya. Sebaik lapisan itu hilang, sukar untuk rambut tampak berkilat.
  1. Terdedah kepada sinaran matahari
  • Sinaran matahari jika terdedah pada tempoh masa yang lama tidak hanya boleh merosakkan kulit malah boleh memberi kesan negative kepada rambut.

 

  1. Kesalahan memilih syampu
  • Kesesuaian syampu berbeza bagi setiap orang. Jadi pilihlah syampu yang tepat untuk mengelakkan rambut rosak. Anda perlu memilih syampu mengikut keperluan termasuk mengatasi rambut rosak, kelumumur, hitam bersinar dan sebagainya.
  • Penggunaan kerap iaitu dua hingga tiga kali sehari sebenarnya tidak mendatangkan kemudaratan tetapi cara syampu memainkan peranan penting. Jangan terlalu memicit kepala ketika syampu kerana ia boleh menghilangkan minyak semulajadi yang terdapat di kulit kepala anda.

 

  1. Rambut kurang nutrisi
  • Kerosakan rambut juga terjadi disebabkan kurangnya nutrisi yang baik untuk rambut termasuk vitamin A, B kompleks, E dan sebagainya.

 

Jom kita kenal pasti dulu ciri-ciri rambut rosak.

  1. Pegang sehelai rambut dengan hujung jari. Tarik perlahan sehingga ke hujung rambut. Kalau rasa licin, maksudnya rambut kita sihat dan jika ia seolah-olah tersekat menandakan kita sedang berdepan masalah rambut.
  2. Perhatikan rambut kita, kalau nampak kusam dan tak bersinar maksudnya rambut kita itu tidak sihat kerana berkemungkinan masalah itu berpunca dari kita.

 

BERSAMBUNG untuk petua mengatasi rambut rosak…

Shares

Leave a Reply