Petua Untuk Mengatasi Rambut Gugur

Rambut adalah mahkota penting kepada lelaki atau pun wanita. Memiliki rambut yang sihat adalah impian semua orang kerana ia mampu meningkatkan keyakinan dan ketrampilan diri.

Namun, tidak semua dapat memiliki apa yang dimahukan dek kerana mungkin, faktor usia, cara penjagaan, penyakit dan sebagainya.

Masalah berkaitan rambut kadangkalanya membelenggu kita sehingga boleh menjejaskan prestasi dan kemampuan diri selain dapat menjatuhkan semangat ketika berdepan orang ramai.

Jika anda wanita, mungkin masalah ini dapat disorok dengan memakai tudung, tetapi bagaimana pula dengan lelaki?

Melihat kepada permasalahan ini, baik lelaki atau wanita, pokoknya perlu ada solusi tidak kira cara moden atau tradisional kerana masalah ini perlu segera di atasi supaya dapat mengembalikan semangat yang hilang.

 

Punca masalah rambut gugur

  • Penggunaan bahan kimia yang berlebihan. Bagi mereka yang suka mewarnakan rambutnya dan suka menggunakan bahan kimia untuk meluruskan rambut mereka. Penggunaan bahan kimia akan merosakkan rambut sehingga ke akarnya. Kesannya, rambut gugur terjadi.
  • Perubahan hormon ketika mengandung dan melahirkan anak (untuk wanita). Ramai ibu mengandung dan ibu yang baru melahirkan anak mengalami masalah rambut gugur. Rambur mereka gugur di sebabkan perubahan hormon yang berlaku. Ia juga disebabkan, hormon yang tidak stabil di dalam badan  boleh menyebabkan kepada rambut gugur.
  • Faktor seterusnya adalah genetik. Jika seorang ibu atau bapa mengalami masalah rambut gugur apabila umurnya meningkat, anak perempuan dan lelakinya juga akan alami masalah yang sama.
  • Rambut gugur juga akan berlaku jika wanita/lelaki tersebut mengalami masalah aliran darah tidak lancar. Aliran darah yang tidak lancar di dalam badan boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.
  • Mempunyai masalah angin badan yang serius.
  • Selalu menarik rambut. Ada wanita mempunyai sikap menarik rambut sekuat hati ketika ingin mengikat rambut dan sebagainya.  Sikap sebegini boleh memberi kesan yang tidak baik pada akar rambut anda di mana ia akan jadi lemah dan senang untuk tercabut. Akibatnya, rambut anda akan gugur.
  • Gaya pemakanan yang tidak terkawal sehingga menyebabkan hormon di dalam badan juga boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.

 

Cara Mengatasinya:

 

1. Lendir daun lidah buaya,

1. Lendir daun lidah buaya

Petua 1:

  • Ambil lendir lidah buaya, lendir pokok bunga raya, dan lendir pokok litup bumi. Semua daun-daun tersebut dimasukkan ke dalam satu bekas. Kemudian campur sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama 30 minit. Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.

 

2. Kulit buah tembikai

2. Kulit buah tembikai

Petua 2:

  • Setiap kali anda makan buah tembikai, jangan buang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok kulit kepala anda. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu barulah anda cuci rambut anda sebersih-bersihnya. Anda hanya perlu amalkan petua ini sekali dalam seminggu.

 

3. Minyak zaitun

3. Minyak zaitun

Petua 3:

  • Campurkan 5 sudu besar minyak zaitun bersama 2 biji telur atau 2 sudu madu lebah dicampur dengan 5 sudu minyak zaitun, lumurkan keseluruh rambut. Balut kepala dengan plastik atau guna “shower cap” dan biarkan selama 15 minit dan bilas. Amalkan sekali seminggu.

 

4. Kacang hijau

4. Kacang hijau

Petua 4:

  • Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu.

 

5. Bawang merah

5. Bawang merah

Petua 5:

  • Tumbuk bawang merah sehingga halus. Campurkan air masak secukupnya. Sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama 30 minit. Kemudian, bersihkan seperti biasa. Amalkan petua ini selalu.

 

 

 

5. Telur ayam

6. Telur ayam

Petua 6:

  • Belah buah limau nipis dan gosokkan pada kulit kepala hingga rata. Setelah kering, oleskan telur ayam pada kulit hingga rata dan bungkus kepala anda dengan tuala selama 1 malam. Keesokan paginya, bersihkan rambut anda. Amalkan petua ini 4 kali seminggu.

 

6. Limau nipis

7. Limau nipis

Petua 7:

  • Ambil perahan air limau nipis dan sapu di kulit kepala. Amalkannya untuk selama 2 minggu. Seterusnya, anda ambil santan kemudian melumurkannya ke seluruh rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Kemudian perapkan rambut anda dengan tuala untuk 30 minit sebelum basuh dengan air suam. Amalkannya selama 2 bulan.

 

rambut gugur

8. Daun bunga raya & lidah buaya

Petua 8:

  • Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam. Lakukan 2 kali seminggu. Anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

BERSAMBUNG…

Shares

Leave a Reply