Petua Pudarkan Kesan ‘Strecthmark’

Fasa kehamilan bukan sahaja akan memberi perubahan pada bilangan ahli keluarga malah pelbagai perubahan drastik fizikal dan mental pada seorang wanita selepas bersalin antaranya ‘Stretch Mark’ selain dari pertambahan berat badan.

Jauh di sudut hati tersimpan sedikit kerisauan dengan parut ini walaupun ianya normal cuma kurang menyenangkan apabila di lihat suami.

‘Stretch Mark’ berpunca antaranya dari kehamilan.

Kulit badan yang meregang semasa hamil dan mengalami pertambahan berat badan mendadak.

Semakin membesar kandungan maka makin besar regangan yang berlaku.

Meskipun sudah berkali kali bersalin, isu ‘Stretch Mark’ ini masih perlukan perhatian dan rawatan dari anda.

Usah biarkan parut ini kekal pada lapisan kulit anda dan ini pasti akan lebih sukar untuk di rawat.

Untuk kelahiran sekali ini apakata anda cuba petua ini untuk membantu pudarkan ‘Stretch Mark’ anda.

LEMON
Mempunyai kandungan semulajadi yang bermanafaat untuk mengatasi ‘Stretch Mark’ kerana buah ini membantu mempercepatkan proses regnerasi sel-sel kulit baru dan membuang sel sel kulit lama yang telah mati.

Caranya, potong buah ini kepada beberapa keping sederhana nipis dan gosokan secara perlahan pada sekitar bahagian ‘Stretch Mark’. Biarkan seketika sehingga kering kemudian bersihkan dengan air suam.

ALOE VERA
Ianya mengandungi kolagen tumbuhan yang sangat bagus untuk membantu memulihkan kulit manusia.

Sebaiknya gunakan gel secara terus dari batang lidah buaya. Caranya, buang duri dan buang kulit luarnya.

Kemudian keluarkan gel melekit dari bahagian dalam daun tersebut lalu sapu pada bahagian ‘Stretch Mark’ anda.

Biarkan selama 2 jam kemudian cuci dengan air.

APRIKOT
Ramai yang menggunakan scrub aprikot yang di jual di pasaran sedangkan anda boleh sediakan sendiri scrub ini.

Caranya, sediakan 2 – 3 biji buah aprikot, potong dan keluarkan bijinya kemudian di lenyek untuk dapatkan pesnya lalu tepek pes tersebut pada bahagian ‘Stretch Mark’ anda dan biarkan selama lebih kurang 15 hingga 20 minit.

Selepas itu cuci dengan air suam.

UBI KENTANG
Ubi ini mengandungi pelbagai vitamin dan mineral termasuk vitamin C, B complex, kalium, magnesium, kalsium dan zink.

Oleh itu kentang mampu merangsang kolagen dan sintesis elastin yang mana berkesan membantu memulihkan ‘Stretch Mark’ anda.

Caranya, potong sebiji kentang kepada beberapa keping yang tebal.

Sapu sekeping kentang tadi secara perlahan lahan pada bahagian ‘Stretch Mark’ anda.

Pastikan jus kentang tersebut terkena pada keseluruhan bahagian ‘Stretch Mark’ dan biarkan selama 5 hingga 10 minit.

PUTIH TELUR
Kaya dengan kolagen dan vitamin A, yang mana sangat sesuai membantu merawat parut atau luka terbakar dengan berkesan.

Caranya, pukul putih telur. Boleh di campur dengan minyak zaitun kemudian sapukan pada bahagian ‘Stretch Mark’ anda.

Biarkan selama 15 minit kemudian cuci dengan air suam.

MADU ASLI
Mengandungi antiseptik yang membantu memulihkan kulit dari ‘Stretch Mark’ dengan sapukan madu pada bahagian ‘Stretch Mark’ anda.

Sambil tunggu ianya kering, anda boleh urut perlahan lahan lebih kurang 20 hingga 30 minit pada bahagian parut tersebut kemudian bilas dengan air suam.

HALIA BIASA DAN HALIA MERAH
Tumbuk kedua dua halia ini sehingga lumat.

Kemudian campurkan dengan minyak kayu putih dan minyak zaitun dengan sedikit tepung kapur (dimakan bersama sirih).

Kemudian gosokkan pada bahagian ‘Stretch Mark’.

Penggunaan halia dan lemon sepanjang tempoh berpantang tidak mampu untuk di sangkal lagi terutama ketika proses menurunkan berat badan dan merawat ‘Stretch Mark’ selain dari digunakan dalam masakan dan minuman anda.

Memandangkan kedua dua bahan ini memberi kesan positif pada kesihatan dan kecantikan, kami telah hasilkan LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA DAN LIMAU NIPIS yang di formula khusus untuk Wanita Bersalin dan Berpantang.

Bagusnya Losyen Mustajab Hijau ini tidak hanya pada ramuan Pati Halia dan Pati Limau Nipis sahaja malah ianya sangat membantu anda terutama yang berpantang sendiri.

Kebanyakkan rawatan berpantang memerlukan anda untuk menyediakan bahan bahan seperti herba atau rempah ratus yang harus di lenyek, di didih atau di bancuh yang mana memaksa anda banyak bergerak sedangkan keadaan anda masih lemah.

Untuk seisi berpantang sekali ini berilah peluang diri anda rawat ‘Stretch Mark’ yang mengerikan sekaligus kembali pada fizikal badan yang Sihat, Berat Badan yang Ideal, Pinggang yang Ramping bersama Losyen Mustajab Hijau.

Cara penggunaan semudah ABC, hanya picit losyen pada tapak tangan, mulakan dengan sapuan manja secara membulat, tidak perlu ‘skill’ mengurut, fokus pada bahagian ‘Stretch Mark’ kemudian teruskan ke bahagian yang di kesan lemak berlebih antaranya di Lengan Tangan, Belakang Badan, Perut, Pinggang, Pinggul, Paha dan Betis.

Untuk lebih padu lagi, anda boleh cadangkan Losyen Mustajab Hijau ini pada mak bidan atau tukang urut anda untuk urutan pada keseluruhan badan.

Kemudian lilitkan Bengkung untuk kesan yang lebih cepat.

Anda boleh juga gunakan ketika rawatan Pilis (disapu pada Dahi), Param, Tapel, Mandi Wap dan Berstoking elak dari kaki kejang atau kesejukan.

Turut membantu Buang Angin Jahat dalam badan agar mudah sendawa, buang angin, badan akan terasa ringan dan lega dari rasa sakit atau lenguh.

Bauan Aroma yang menyegarkan akan memberikan anda ketenangan dan banyak masa untuk berehat.

Walaupun tujuan asal anda untuk pudarkan ‘Stretch Mark’ tetapi di sebabkan khasiatnya melebihi yang anda sangka maka ianya telah membantu anda memiliki tubuh badan yang Langsing, Ramping dan Perut Kempis.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB!

Kegunaan Wanita Selepas Bersalin
Sangat sinonim untuk kegunaan wanita selepas bersalin, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis yang menggunakan ramuan utama pati limau nipis dan pati halia mempunyai pelbagai kegunaan hanya di dalam satu produk sahaja.

Limau nipis biasa digunakan oleh wanita-wanita selepas bersalin semasa dalam pantang sebagai salah satu bahan untuk mengempiskan perut dan menyegarkan badan yang lesu serta keletihan selepas melahirkan. Kebiasaan digunakan semasa memakai bengkung atau dicampurkan di dalam air mandian ketika berpantang.

Berpantang Secara Moden
Sesuai dengan arus kemodenan dan masih mengamalkan petua-petua tradisional, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis memudahkan ibu-ibu untuk mengempiskan perut dengan hanya sapuan losyen di perut ditambah dengan sedikit urutan dan memakai bengkung untuk mendapatkan kesan yang paling optimum. Ianya dapat menjimatkan masa dan memudahkan ibu-ibu untuk mengurus diri sewaktu berpantang terutama ibu-ibu yang berpantang sendiri. Ianya tidak berminyak dan mudah menyerap, itulah antara kelebihan losyen ini.

Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

Beli Online : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply