Petua Merawat Sakit Mata

Assalamualaikum…Pembaca semua…

Hari ini Tok Aki nak berkongsi Petua Merawat Sakit Mata secara turun-temurun. Petua tradisional juga penting dalam kita mengimbangi rawatan moden. Adakalanya rawatan tradisional lebih efektif untuk merawat sakit mata…

Merawat Sakit Mata

Berdasarkan pengalaman Tok Aki ketika muda remaja dulu. Tok Aki pernah ‘diserang’ sakit mata selama seminggu. Pada masa tu, seingat Tok Aki berumur 17 tahun. Dua kali Tok Aki berjumpa doktor tetapi tidak juga sembuh..

Doktor bagi ubat titis…dua hari pertama Tok Aki titis.. tapi tak reda-reda saki mata hinggakan mata Tok Aki tidak dapat dibuka kerana terlalu silau kepada kepada cahaya..

Tidak kira siang atau malam, sama ada di rumah atau di luar, Tok Aki terpaksa pakai ‘spek’ mata hitam hinggakan rakan-rakan Tok Aki mengejek. Nak buat macamana sudah terpaksa, kalau tak pakai spek, Tok Aki memang tak boleh buka mata…

Tok Aki tak tahu sama ada perkara ini pernah dialami oleh pembaca, namun hakikatnya Tok Aki sendiri yang terpaksa menempuh kesakitan…

Mata tidak hanya tak boleh buka, malah rasa berpasir dan senak… Tak puas hati, Tok Aki pergi berjumpa doktor pada hari ketiga dan pakar sekali lagi beri ubat titis yang sama..

Malangnya, tak juga sembuh sakit mata Tok Aki… Ketika itu terdetik dalam hati nak berjumpa pakar alternatif… atas nasihat ibu, Tok Aki berjumpa dengan arwah bapa saudara Tok Aki yang senang digelar Tok Yeh..

Arwah Tok Yeh hanya ambil segelas air masak, kemudian membaca beberapa ayat Al-Quran.. selepas itu dia minta Tok Aki minum basuh muka dan titis air tersebut dalam mata dan bakinya kena minum sampai habis…

Dia kata Tok Aki kena kayat mata… nasib baik rawat awal.. kalau tak boleh buta… selepas sehari, Tok Aki dah boleh buka mata.. Alhamdulillah…

Selepas tiga hari, Tok Aki dah boleh keluar rumah tanpa perlu pakai spek.. Dalam masa seminggu Tok Aki berjumpa pakar mata, dia kata seminggu lagi Tok Aki kena ‘test’ mata sebab ketika itu ‘power’ mata Tok Aki agak kurang baik dan jika selepas seminggu tak OK lagi, Tok Aki kena pakai spek mata..

Syukur, sampai sekarang Tok Aki tak perlu pakai spek..

Tok Aki tak nak la bercerita panjang-panjang…. Jadi kali ini, Tok Aki nak kongsi petua merawat sakit mata secara turun-temurun…

Pertama :
Susu Ibu
Jika ada ibu yang menyusu di rumah… Petua ini amat mujarab… Minta titiskan air susu dada ke dalam mata yang sakit sambal berselawat.. Insya-Allah saki mata akan hilang..

Kedua :
Air Garam
Sediakan sebesen air bersih…kemudian masukan garam (satu sudu besar garam = besen kecil). Kacau garam tersebut hingga larut.. Kemudian rendam muka dengan mata terbuka dalam air garam dalam besen itu (pembaca perlu pejam dan celik dalam besen itu).. Anda akan merasa lega selepas itu..

Ketiga :
Air sireh
Jika rumah di kampong Tok Aki percaya daun sireh ada di belakang rumah..Jika pembaca tinggal di bandar, cuba cari daun sireh muda di kedai India.. Isya-Allah ada jual…

Sediakan beberapa helai daun sireh, kemudian ramas-ramas atau pembaca juga boleh tumbuk pakai lesung dan seterusnya masukkan dalam air dan jeram atas dapur seketika..

Kemudian tapis air sireh dan sejukkan sebentar seterusnya rendamkan muka dengan mata pejam celik dalam air berkenaan…

Selamat mencuba…Sekian..

Shares

Leave a Reply