Petua Merawat Sakit Belakang

Assalamualaikum…Semua Pembaca….

Sakit betul belakang Tok Aki.. dari aras pinggang hinggalah ke bahagian leher..

Kadang-kadang sakitnya mencucuk hingga nak bangun dari tempat duduk pun seksa..

Kalau solat pula ada rasa sangat menyeksakan terutama dari sujud kepada berdiri.. Kebiasaanya bila sakit belakang, Tok Aki akan solat duduk atas bangku.. Solat lebih kusyuk berbanding terpaksa menahan sakit untuk rukuk dan sujud..

Biasalah bila sudah usia emas…bermacam-macam sakit Tok Aki rasa… namun sakit belakang bukan saja menyerang golongan usia macam Tok Aki tetapi orang muda pun ada yang merasai sakit belakang ni..

sakit belakang

Bagi orang muda, sakit belakang mungkin sekejap saja, mungkin sebab salah tidur atau buat kerja berat (sebelum ini tak pernah buat kerja berat)..tetapi selepas diurut, sakit akan beransur hilang..

Bagi orang tua macam Tok Aki ni, bila datang sakit belakang ia berpanjangan sehingga mungkin lebih seminggu.. Bayangkan bila sakit belakang apa kerja pun susah dilakukan..

Dah la Tok Aki ni ada cucu 6 orang.. masih kecil-kecil lagi..bila anak menantu Tok Aki datang bertandang ke rumah, cucu-cucu Tok Aki ni akan mintak di dukung atau didodoi secara berdiri..

Kadang-kadang Tok Aki tak nak la menghampakan mereka, terpaksalah menahan sakit demi untuk mengembirakan cucu-cucu yang datang kadang-kadang ke rumah Tok Aki ni..

Yang terpaksa menanggungnya isteri Tok Aki lah.. Bila malam waktu nak tidur, isteri Tok Aki jadi mangsa atau tukang urut tak bertauliah… tapi bila lagi nak bermanja dengan isteri..masa Tok Aki sakit lah…

Pada entri kali ini, Tok Aki nak berkongsi dengan pembaca petua merawat sakit belakang secara turun-temurun… Tok Aki hara ia dapat meberi manfaat kepada pembaca…

Petua 1: Cara Tidur Yang Betul

  • Cara tidur turut menjadi faktor sakit belakang… Sebab itulah ramai yang merasa sakit belakang jika kedudukan badan ketika tidur tidak betul..tapi semua bukannya sedar bila tidur kan?.. Tidurkan separuh dari mati..
  • Namun, sebelum tidur tu, Tok Aki nasihatkan betulkan kedudukan badan..Ikut Sunnah tidur lah mengiring dengan satu tangan diletakkan di bawah telinga dan muka perlu mengadap kiblat.
  • Anda juga boleh meletakkan bantal di bawah buku lali kerana dikatakan cara ini boleh menetapkan posisi ketika tidur.
  • Tok Aki juga nak nasihatkan supaya jangan amalkan tidur secara meniarap kerana ia boleh  memberi tekanan kepada bahagian belakang dan dada.

Petua 2: Halia

  • Tok Aki selalu amalkan petua ini..Ia ternyata memberi kesan yang positif kepada masalah sakit belakang Tok Aki.
  • Apa yang perlu dilakukan adalah mudah, iaitu hanya meminum air halia..Penyediaannya juga mudah iaitu tumbuk sedikit halia dan masukan dalam segelas air suam bersama sedikit gula..kacau hingga sebati kemudian minumnya… Anda juga boleh mereneh halia bersama air dan sedikit gula sepertui menyediakan sup.

Petua 3: Kuning Telur

  • Kepada ahli bina badan, mungkin menelan telur mentah menjadi satu kebiasaan.. tapi bagi mereka normal ia agak menjengkelkan kerana bau telur yang hanyir.
  • Namun untuk merawat sakit belakang termasuk sakit pinggang, perkara ini perlu diketepikan.. Tok Aki nak tanya satu benda, nak hilang sakit atau tak nak telan kuning telur yang berbau hanyir…pilihan di tangan pembaca.
  • Apa yang perlu dilakukan adalah menelan kuning telur mentah-mentah… Kalau tak tahan bau..tutup hidung sambil minum dan telan terus tanpa fikir apa-apa ye..

Semoga petua yang Tok Aki kongsikan ini memberi manfaat dan menjadi amalan semua pembaca… Kalau tak tahan juga buat pemeriksaan doktor.. Mungkin sakit berkenaan disebabkan oleh penyakit lain..

Sama-sama kita tawakal kepada-Nya supaya sakit berat tidak dialami kita..

Sekian…

Shares
One Comment
0 Pings & Trackbacks
0 Pings & Trackbacks

Leave a Reply