Petua Merawat Sakit Gigi

Assalamualaikum…Semua Pembaca…

Semalam, Tok Aki sakit gigi..berdenyut-denyut sampai nak buat semua benda tak boleh… dua nikmat besar tak dapat dirasai…tidur tak boleh, makan tak boleh. Badan rasa seram sejuk macam nak demam..

Kepala pula berdenyut bagai nak pecah…Tok Aki dapat rasa kebanyakan pembaca pernah melalui situasi sakit gigi… Malah, Tok Aki percaya antara sakit yang tidak mahu dirasai adalah sakit gigi kerana ia membuatkan semua perkara tergendala… Ada yang kata sakit gigi adalah antara sakit yang paling teruk di dunia.. Tok Aki tak pasti, tapi ada benarnya…

Namun, semua perlu tahu yang sakit itu dapat mengurangkan dosa kita kepada Allah..Malah sakit juga dapat mendekatkan kita kepada Pencipta dan membuatkan kita sentiasa teringatkan Dia.

sakit gigi

Banyak faktor menyebabkan kita sakit gigi..antaranya penjagaan gigi termasuk berapa kali kita gosok gigi sehari, pemakanan yang menjadi penyebab gigi tak kuat, kurang meminum atau makan makanan berkalsium tinggi dan sebagainya.

Pendek kata, ia sebenarnya berpunca daripada kita sendiri. Jadi haruslah kita menjaga gigi sejak awal-awal lagi supaya boleh tahan sampai ke tua dan kita pula tidak sakit gigi..

Jangan jadi macam Tok Aki, dulu masa muda-muda kurang menjaga gigi, bila sudah usia lanjut, maka pelbagai penyakit datang bertandang.

Justeru, pada entri kali ini Tok Aki nak berkongsi petua merawat sakit gigi secara tradisional.. Petua ini adalah untuk mereka yang tidak gemar bertemu doktor.. tetapi jika sakit berterusan, Tok Aki nasihatkan pergi berjumpa doktor gigi..mungkin salah satu gigi perlu di cabut..

Percayalah, jika pelbagai rawatan tradisional dilakukan tetapi gigi tetap sakit, maka gigi yang berkenaan perlu dicabut dan segala kesakitan akan hilang sekelip mata..

Petua 1 : Berkumur Dengan Air Garam

  • Petua ini biasa kita dengar dan ia terbukti berkesan untuk tempoh yang sementara.. Air garam tidak hanya mengurangkan sakit gigi, malah ia juga dapat mengurangkan ulser pada mulut dan lidah…
  • Apa yang perlu dilakukan adalah ambil satu camca garam dan campurkan dengan air suam..kacau hingga sebati kemudian berkumur untuk tempoh beberapa minit.

Petua 2 : Gambir Sarawak

  • Gambir Sarawak amat berkesan untu merawat gigi yang sakit…Ia akan membuatkan rasa sakit hilang dalam tempoh beberapa minit dek kerana kesan kebasnya..
  • Apa yang perlu dilakukan adalah, asah Gambir Sarawak pada pasu atau batu asah..gunakan sedikit air sebelum menampalnya di bahagian yang sakit.
  • Anda juga boleh menumbuk Gambir Sarawak dan tempelkan di bahagian sakit… Tok Aki nak nasihatkan, jangan guna terlalu banyak Gambir Sarawak, kerana khuatir akan membuatkan seluruh mulut menjadi kebas..

Petua 3 : Habbatussauda

  • Habbatussauda sememangnya memiliki pelbagai kebaikan tidak hanya untuk merawat sakit gigi, malah boleh digunakan untuk tujuan perubatan lain.
  • Apa yang perlu dilakukan adalah, ambil serbuk Habbatussauda kemudian sumbatkan di bahagian yang sakit.

Petua 4 : Cuka

  • Ambil sedikit cuka dan bancuh dalam segelas air suam kemudian berkumur..

Tok Aki harap petua yang Tok Aki kongsikan ini memberi manfaatkan kepada pembaca…

Selamat mencuba…

Sekian…

Shares

Leave a Reply