Merawat Penyakit Kencing Manis

Assalamualaikum… Semua Pembaca..

Seperti entri sebelum ini, Tok Aki bincangkan mengenai penyakit kronik dan ia akan diteruskan pada entri kali ini.

Penyakit Kencing Manis boleh dikatakan sinonim dengan mereka yang berusia. Namun dewasa ini kita sering mendengar golongan muda juga tidak terkecuali termasuklah kanak-kanak yang memiliki berat badan berlebihan.

Penyakit Kencing Manis

Tok Aki memahami setiap denyut nadi mereka yang mengidap penyakit ini walaupun Tok Aki tidak menghidapnya. Merujuk kepada punca iaitu disebabkan berat badan berlebihan, mereka sebenarnya cuba mengawal selera tetapi apakan daya kerana kurang istiqamah mereka ‘langgar’ semua makanan di depan mata.

Ia jelas menunjukkan negara kita ini aman dan makanan mudah didapati di mana-mana, soal wang pula tidak menjadi masalah kerana kebanyakan rakyat kita berkemampuan.

Tetapi adakah kita fikir kesan buruk kepada pengambilan makanan berlebihan kandungan gula dan lemak?. Mungkin tidak sewaktu memakannya.

Tok Aki ingin menyampaikan pesan kepada semua penghidap Kencing Manis supaya berhati-hati dalam pengambilan makanan kerana komplikasi kepada penyakit ini amat dahsyat.

Antaranya, tekanan darah tinggi, strok, serangan jantung, kegagalan buah pinggang, kerosakan saraf dan mati pucuk.

Mendengar komplikasinya, mungkin akan terduduk seketika tetapi tanpa rawatan tidak kira moden atau tradisional penyakit Kencing Manis tidak akan dapat diubati.

Biar Tok Aki kongsi tanda-tanda seseorang mengidap Kencing Manis :-

1. Kerap kencing malam
2. Kebas pada anggota badan
3. Cepat letih
4. Cepat lapar dan dahaga
5. Ghairah seks menurun

Walaupun apa yang diceritakan diatas mungkin menakutkan, namun Tok Aki harap mereka yang menghidap penyakit Kencing Manis bersabar. Kita harus berusaha merawat supaya tidak terlambat atau mungkin hingga sampai anggota badan dipotong.

Jom Tok Aki kongsi sedikit petua….

Petua 1 : Buah Tunjuk Langit
Mungkin mereka yang berusia mengenali pokok dan Buah Tunjuk Langit. Tetapi Tok Aki jamin muda-mudi ramai tidak mengenali dan mungkin ada yang tidak pernah mendengar namanya.

Cara penyediaannya mudah kerana buah Tunjuk Langit boleh dikunyah begitu saja tetapi perlu diingat bahawa rasanya teramat pahit. Biasalah tu, mana ada ubat manis kecuali paracetamol untuk kanak-kanak.

Berdasarkan pengalaman Mentua Tok Aki, dia juga gemar merebus buah Tunjuk Langit dan meminum airnya untuk tujuan perubatan dalaman badan termasuk merawat Kencing Manis.

Petua 2 : Peria Katak
Bunyinya agak pelik sebagaimana rupanya. Namun khasiatnya amat bagus untuk meraswat Kencing Manis.

Rasanya memang pahit tetapi untuk menyembuhkan penyakit Kencing Manis, kita seharusnya menelannya. Banyak cara pemakanan untuk tujuan perubatan menggunakan Peria Katak termasuk menjadikan ulam atau jus.

Anda boleh memilihnya..

Tok Aki gemar mencuba petua-petua tradisional untuk merawat pelbagai penyakit. Bukan Tok Aki tidak yakin dengan ubat moden. Namun petua turun-temurun seharusnya diamalkan untuk kita mengetahui perbezaannya.

Dalam banyak-banyak ubat atau suplimen moden, Tok Aki amat berkenan dengan produk Dunia Herbs iaitu Jus Mustajab GOLD, jus kesihatan untuk merawat pelbagai penyakit kronik.

Tok Aki yakin ia satu berita gembira kepada semua yang mengidap penyakit merbahaya seperti jantung, darah tinggi, kencing manis, kanser, gout dan buah pinggang kerana Dunia Herbs yang terkenal dengan Losyen Pati Halia menawarkan pasaran dengan produk mujarab untuk penyakit kronik.

jus-mustajab-gold-slide

Tok Aki ingin kongsikan fungsi kebaikan Jus Mustajab GOLD antaranya mengawal atau menurunkan tekanan Darah Tinggi; Melawan pertumbuhan sel Kanser; Menurun kolestrol dalam darah; Merawat Kencing Manis; Membuang toksin dalam badan; Melancarkan aliran darah; Melindungi kesihatan jantung; Merawat Gout; dan Menjaga Buah Pinggang.

Harganya tidak mahal untuk merawat pelbagai penyakit iaitu RM128 (SM) dan RM138 (SS) sebotol (500 ml).

Selamat mencuba petua yang Tok Aki kongsikan dan JANGAN LUPA!!! DAPATKAN JUS MUSTAJAB GOLD. Jadikan ia satu keperluan di rumah anda….

Sekian..

Shares

Leave a Reply