Petua Merawat Penyakit Gout

Assalamualaikum kepada semua pembaca!!

Bersua kembali kita pada entri berikutnya bersama Tok Aki.

Tok Aki akan terus bercerita tentang rutin kehidupan Tok Aki dan diselitkan dengan pelbagai petua untuk dikongsikan bersama pembaca demi meningkatkan pengetahuan serta perkongsian kita tentang petua amalan turun-temurun.


Jumaat lepas Tok Aki pergi bercuti bersama anak-menantu-cucu di Kuantan, Pahang. Sudah lama tak pergi bercuti bersama keluarga. Maklumlah, anak-anak dan cucu sibuk bekerja dan bersekolah. Tok Aki terpaksalah terperap kat rumah je la bersama isteri tercinta.

mee_ketam_pondok_upeh

Nak dijadikan cerita, sepanjang Tok Aki di Kuantan, pantang tengok makanan sedap, semua Tok Aki bedal. Rendang Tok, Sambal Hitam, Patin Masak Tempoyak, Mee Udang, Mee Ketam, Makanan Laut, semua Tok Aki makan.

Tok Aki kena Gout..Sakit tau..nak berjalan pun susah..kenalah pakai tongkat.

Jadi dengan apa yang terjadi pada Tok Aki baru-baru ini. Tok Aki nak berkongsi serba sedikit tentang Gout..

  

gout

Punca Gout:

Gout berasal dari perkataan Latin iaitu Gutta. Penyakit Gout terjadi disebabkan pengumpulan asid urik pada sendi. Sakitnya, berdenyut-denyut dan badan jadi lemah dan seolah-olah hendak demam. Sudah lah tak boleh berjalan, sakitnya pula sampai ke tulang.

Faktor pemakanan terutama makanan yang mengandungi protein tinggi boleh menyebabkan badan menghasilkan asid urik berlebihan yang menjurus kepada Gout.

Gout
Jadi kepada mereka yang berpenyakit Gout ni berpantanglah semasa makan. Jangan makan sebarangan. Jangan jadi macam Tok Aki yang berpantang makan, tapi pantang tengok la semua sebat..

Antara makanan yang ditegah makan kalua berpenyakit Gout ialah daging lembu, makanan laut seperti udang dan ketam dan semua jenis kekacang,

Kalau nak makan juga sebab tak tahan orang lain dok makan depan anda semua. Tok Aki nasihatkan jangan lupa makan ubat tahan sakit lah ye. Anda semua kena ingat, setiap benda yang dilakukan mempunyai kos.

Tok Aki tak nak membebel panjang, jadi Tok Aki nak kongsi sedikit petua merawat Gout secara tradisonal selain kita yang berpenyakit ni perlu bergantung kepada ubat moden.

Pertama:

Anak Pokok Durian dan Kaki Ayam


Walaupun bunyinya agak pelik, namun dua penawar ini amat mujarab untuk merawat Gout. Apa pembaca terutama yang berpenyakit Gout perlu lakukan. Ambil anak pokok durian bersama-sama akarnya.

Kemudian rebusnya bersama kaki ayam seperti anda menyediakan sup untuk tempoh beberapa jam. Selepas itu, anda perlu minum sup dan makan kaki ayam tersebut. Agak pelik juga bunyinya tetapi cara tradisional ini adalah antara yang paling berkesan. Selamat mencuba!!.

Kedua:

Betik Muda dan Daun Teh Hijau

Betik muda jika dibuat rojak sedap juga. Tetapi untuk berpenyakit Gout, Tok Aki sarankan anda semua kenalah lebih artistik (kena kreatif sedikit) kerana betik muda itu perlu dipotong kemudiannya bentukkannya seperti gelas atau cawan (buang biji dan isi dalam betik muda).
pokok betik

daun teh hijau
Selepas itu, rendam daun teh hijau sehingga kembang dan minumlah air rendaman itu sekerap yang mungkin.

Ketiga:

Kulit Ubi Kentang

Jika anda berpenyakit Gout. Tok Aki juga nak nasihatkan kalau pergi ke pasar tu jangan lupa beli ubi kentang. Kemudian, pesan pada isteri tu masak ubi kentang goreng atau masukan dalam gulai pun boleh…Tetapi jangan lupa pula beritahu isteri anda supaya kulit ubi kentang tadi jangan dibuang dalam tong sampah.

Tok Aki nak beritahu, kulit ubi kentang tu berguna untuk merawat penyakit Gout. Sambil-sambil makan ubi kentang goreng atau gulai lemak tu, minumlah air rebusan kulit ubi kentang untuk merawat sakit Gout.

Konklusinya, apa jua penyakit ada penawarnya. Jadi Tok Aki ingin berpesan sekali lagi cegah lebih baik dari merawat..

Sekian untuk entri kali ini..

Shares

Leave a Reply