Petua Merawat Ekzema Secara Tradisional

Assalamualaikum…Semua Pembaca…

Minggu lepas, cucu-cucu Tok Aki datang menjengguk Tok Aki di rumah.. Maklumlah cuti panjang Tahun Baru Cina… Seronok orang tua macam Tok Aki ni bila anak menantu pulang ke kampung menghabiskan masa bersama…

Baru Tok Aki perasan yang cucu bongsu Tok Aki berusia 8 bulan mengidap Ekzema…Bahasa orang tua Ekzema ni adalah kulat pada kulit tidak kira pada wajah atau bahagian badan lain..

Tok Aki kesian tengok cucu Tok Aki..dah la rumah Tok Aki tiada pendingin hawa (Aircond)… Pengidap Ekzema ni tak boleh tahan panas atau haba..apabila berpeluh mereka akan rasa gatal dan menggaru..

ekzema

Bahananya, kulit akan cedera dan Ekzema akan terus melarat di bahagian lain..

Cucu bongsu Tok Aki ni ada Ekzema pada kulit kepala bahagian dekat leher, leher, pelipat tangan dan bahagian alat sulit..

Kesian Tok Aki perhatikan, bila kepanasan cucu Tok Aki akan menangis, malah budak-budaknya bukan tahu, kerjanya menggaru.. pantang anak menantu tinggal sekejap, dia akan menggaru bahagian Ekzema hingga berdarah-darah…

Ada pernah satu masa tu, rumah Tok Aki terputus bekalan elektrik, cucu Tok Aki menangis-nangis sebab tak tahan gatal, nak beritahu tak tahu bercakap, terpaksalah Tok Aki, anak menantu bergilir kipas pakai surat khabar..

Itu pun kurang berkesan, nak mandikan selalu, cucu Tok Aki masih kecil, takut nanti penyakit lain pula yang datang..

Nak tak nak terpaksalah kipas tak henti supaya dia rasa nyaman.. Nasib baik juga Tok Aki punyai beberapa petua dari orang-orang lama untuk atasi Ekzema..Sekurang-kurangnya kurang sedikit bebanan anak menantu Tok Aki.

Ramai ibu bapa menghadapi masalah ini pada anak-anak kecil mereka. Justeru, Tok Aki nak kongsikan beberapa petua yang diharapkan berguna kepada semua..

Petua 1: Kunyit

  • Tok Aki pasti ramai yang mengetahui khasiat kunyit terutama dalam merawat masalah kulit dan luka.
  • Untuk merawat Ekzema pada bayi atau kanak-kanak. Ambil kunyit hidup kemudian sapukan pada tempat Ekzema, Isya-Allah ia akan berkesan dalam merawat penyakit itu dan menyembuhkan luka disebabkan kesan garu.

Petua 2: Minyak Zaitun

  • Minyak Zaitun memiliki pelbagai manfaat, tidak hanya dapat menyedapkan masakan anda. Khasiat yang terdapat dalam Minyak Zaitun dapat mengurangkan keradangan.
  • Apa yang perlu dilakukan adalah menyapu Minyak Zaitun pada bahagian Ekzema. Ia akan bertindak melembutkan kulit yang kering dan mengawal Ekzema.

Petua 3: Lidah Buaya

  • Banyak petua yang pernah Tok Aki kongsikan menggunakan khasiat Lidah Buaya atau Aloe Vera. Ternyata tumbuhan ini memiliki 1001 khasiat untuk pelbagai penyakit termasuk Ekzema.
  • Apa yang perlu dilakukan adalah menyapu Lidah Buaya pada Ekzema. Amalkan sentiasa kerana ia ternyata memberi kelegaan dan merawat penyakit ini. Lebih mudah jika tanam sendiri pokok itu di rumah kerana tumbuhan ini amat mudah ditanam dan dijaga selain mudah membiak. Ia juga boleh ditanam dalam pasu bunga.

Semoga kita mendapat manfaat ke atas petua yang Tok Aki kongsikan ini.. Anda juga boleh mencuba pelbagai produk yang terdapat di pasaran termasuk Losyen Mustajab Dunia Herbs..

Selamat mencuba…

Sekian..

Shares
18 Comments
    • Noradilah

      Minyak zaiton yg mcm mna yer?
      Mak sy dh bertahun menghadapi masalah ini seperti dlm gambat kt atas tu. Boeh beri pencerahan bagaimana mahu merawat.

      • Jason

        org Ekzama mesti bersihkan toksin dalam badan & luaran.
        Kalu untuk dalaman, perlulah guna :
        1) lidah buaya TULEN (BUKAN JUICE) kerana dlm kandungan juice; air lebih byk drpd lidah buaya sendiri. Lidah buaya merupakan sabun semula jadi ciptaan Tuhan.
        2) minyak zaitun + minyak ikan ( omega 3 & 9 ) untuk bersihkan salur darah.
        3) madu propolis
        Utuk luaran:
        1)sapu lidah buaya jugak
        2)krim propolis

        Semoga dapat membantu akak^^

        • Ida Laila

          Terima kasih diatas pencerahannya

          saya bersimpati kepada pesakit kulit

          alhamdulillah … ada petua yang mudah dan sangat baik , dari bahan semulajadi

          moga pahala berpanjangan dan diluaskan rezeki .

  1. cik k

    kalau cucu tok aki ada ruam yg rupanya betul2 mcm dlm gambar tu, itu bukan eczema namanya..itu kemungkinan besar psoriasis..satu penyakit autoimmune yg juga boleh menyerang bahagian sendi & kuku..perlu rawatan yg agak complex..utk maklumat lebih lanjut, tlg bawa cucu tok aki berjumpa dgn Dr ya. wassalam.

    • rosa

      Assalamualaikum….selain dr injection, supplement or alternatif lain…sy ada penawar & ikhtiar utk eczema…atas kehendak-Nya eczema dpt dikurangkn & memulihkn…sy x dpt nk reply msg anda tp anda boleh follow fb sy rossa lieza or boleh pm sy 016-9755657 utk lebih detail – agen sah produk renoskin_medicserum…tq

0 Pings & Trackbacks
0 Pings & Trackbacks

Leave a Reply