Petua Merawat Demam Secara Tradisional

Assalamualaikum..

Semoga semua pembaca blog ini sihat hendaknya dan mampu melakukan tugas harian dengan sebaiknya…

Ketika badan sihat walafiat ni, kita jangan lupa pula untuk beribadat. Kerana ibadat seperti solat lima waktu adalah senaman terbaik untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.

Maaf lupa nak perkenalkan diri…Nama atok ni, Tok Aki. Mulai entri kali ini, Tok Aki akan mengambil alih tugas menyampaikan catatan dan petua berguna amalan turun-temurun kepada pembaca semua.

Tok Aki nak cerita sedikit pada kesihatan dan petua yang berguna kepada semua..

Minggu lepas dengan tidak semena-menanya, Tok Aki di serang demam. Mungkin terkena hujan sewaktu pulang dari kebun.

Mengigil satu badan, bila cucu Tok Aki periksa suhu badan dengan thermometer…Alahai 39 darjah Celsius. Tinggi juga katanya.

Orang tua ni kadang kala malas nak menyusahkan anak cucu untuk bawa ke klinik berdekatan. Biasalah, orang yang sudah penghujung usia ni masalah nak makan ubat.

Apa susah, kita kan banyak petua turun-temurun untuk mengawal demam.

Dulu kala pun, anak-anak Tok Aki demam tak bawa ke klinik kesihatan pun. Tok Aki tuam dengan tuala basah. Tapi itu dulu. Sekarang ni sudah sikit nak cakap sebab terlalu banyak penyakit dan antibody badan pun semakin kurang baik dengan majoritinya disebabkan faktor pemakanan.

Sebab Tok Aki demam minggu lepas, hari ini Tok Aki nak bagi petua merawat demam secara tradisional.

Pertama :

Jika anak-anak sekalian demam, cuba mandi dengan air suam. Kalau dulu susah sikit. Masa Tok Aki kecil, mana ada dapur gas, apatah lagi water heater. Dapur  kayu ada la.

demam1

Sekarang ni semua senang dan berduit. Kebanyakan rumah mesti ada water heater. Paling koman pun adalah cerek elektrik.

Jadi, anak-anak hanya perlu jeram air, kemudian campur dengan air biasa. Jangan terlalu panas pula. Biarlah suam-suam.

Lepas itu, mandi dengan air suam. Tok Aki nak bagi nasihat. Masa mandi mulakan dengan bahagian kaki, kemudian baru naik ke bahagian atas badan dan akhirnya kepada.

Bukan apa, ramai dikalangan kita ni mandi ikut suka saja terus jirus kepada. Contoh mudah. Bara yang merah disimbah dengan air. Apa akan terjadi. Begitu juga dengan kepala kita.

Ada juga yang kata mandi ni kena mula dari kaki dan akhiri kepala. Petua untuk elak gangguan jin.

Begitu juga dengan demam. Insya-Allah suhu badan akan berkurangan.

Kedua :

Selepas mandi tu, jangan pula berbungkus dengan selimut. Kerana panas tidak dapat keluar dari badan. Jadi seeloknya, anak-anak tidak memakai baju atau berselimut.

demam2

Kadang kala kita ni silap. Bila demam rasa mengigil walaupun suhu badan panas. Jadi untuk kurangkan dengan berselimut tebal.

Ini silap namanya. Cucu-cucu Tok Aki pun kalau demam, Tok Aki akan suruh anak menantu jangan pakaikan baju tapi jangan pula kuatkan kipas atau pendingin hawa.

Ketiga :

Minum air putih banyak-banyak. Elakkan minuman manis apatah lagi bergas. Kalau anak-anak jumpa doctor pun, nasihat utama mereka adalah minum air putih banyak-banyak.

air

Tok Aki nak nasihatkan juga. Kita ni bila demam ada ibu bapa yang tegah anak-anak minuman ais atau makan ais krim. Itu silap. Tok Aki dulu pun macam tu juga.

Minuman berais atau ais krim sebenarnya baik untuk melegakan tekak. Kebiasaannya bila deman, kita akan dapat bonus iaitu selsema.

Jadi minuman berais atau ais krim dapat melegakan tekak atau tosil.

Tapi jangan berlebihan pula. Untuk ais krim, Tok Aki nasihatkan makanlah ais krim perisa vanilla.

Satu lagi, selalu-selalulah berkumur dengan air garam. Ramai kata garam tak bagus. Mereka silap. Garam sebenarnya bagus. Garam tu mineral yang bagus untuk badan.

Keempat :

Satu lagi Tok Aki nak pesan. Kalau demam tu, kepada perokok jangan pula sedut rokok. Tak payahlah bakar duit. Kalau berhenti terus lagi baik.

Demam

Merokok ni boleh menyebabkan demam bertambah teruk. Jadi bila demam nil ah masa terbaik untuk praktik berhenti merokok.

Kalau tak demam pun tak payahlah merokok. Rokok taka da kebaikan pun. Hah, satu lagi rokok elektronik pun atau orang muda sebut VAPE pun tak payahlah.

Shares

Leave a Reply