Petua Merawat Demam Campak atau Cacar Air/Chicken Pox

Assalamualaikum…Semua Pembaca…

Hampir seminggu Tok Aki tak menulis selepas entri untuk Petua Merawat Ekzema Secara Tradisional. Sibuk sedikit selepas pulang bercuti dari Port Dickson bersama keluarga dan cucu pula kena Demam Campak atau Chicken Pox.

Seminggu juga Tok Aki jaga cucu Tok Aki yang berusia hampir empat tahun tu.. Kesian melihat keadaan cucu Tok Aki yang masih kecil dan tak tahu apa yang dilaluinya.

Seperti biasa, kalau kanak-kanak demam, ia ibarat ibu bapa atau penjaga yang demam.. Kesusahannya dan cabarannya lebih berat daripada kita yang dewasa ni yang demam..

Tetapi, untuk Demam Campak ia sedikit berbeza jika kanak-kanak yang alaminya berbanding mereka yang dewasa. Tok Aki lihat cucu Tok Aki tu masih boleh bermain dengan riang walaupun suhu badan mencecah 40 darjah celcius dan badan penuh dengan cacar air.

Tok Aki pula yang risau, takut cacar pecah dan menyebabkan kesakitan. Satu lagi kebimbangan iaitu seorang lagi cucu Tok Aki yang berusia 1 tahun 5 bulan. Bimbang takut berjangkit sebab Demam Campak boleh berjangkit dengan pelbagai cara.

Tetapi mujur, setakat seminggu ini, masih belum ada tanda-tanda jangkitan pada cucu Tok Aki yang kecil tu..

Jadi, minggu ini Tok Aki nak berkongsi Petua Merawat Demam Campak atau Chicken Pox.

Namun, terlebih dulu kita cerita mengenai cara jangkitannya terlebih dulu.

Demam Campak

Demam Campak boleh berjangkit dengan pelbagai cara termasuk:

  1. Udara
  • Demam Campak atau cacar air boleh merebak melalui udara apabila penghidap batuk atau bersin.
  1. Sentuhan dan pernafasan
  • Demam Campak atau cacar air boleh merebak menerusi sentuhan atau penafasan apabila virus ini yang berbentuk cecair terkena pada orang lain.

Tok Aki nak berkongsi satu cara merawat Demam Campak atau Chicken Pox iaitu menggunakan;

Daun Semambu

Ketika cucu Tok Aki kena Demam Campak, Tok Aki terus ke kawasan semak berhampiran kediaman Tok Aki untuk mencari pokok Semambu. Mujur, pokok yang Tok Aki cari senang ditemui.

Tok Aki panjat pokok Semambu dan ambil beberapa ranting daun Semambu. Menurut orang-orang dahulu, daun Semambu amat mujarab untuk merawat Demam Campak terutama untuk mengurangkan kegatalan pada cacar yang tumbuh di badan pesakit.

Tok Aki leraikan daun Semambu kemudian basuh sehingga bersih (untuk mengelakkan miang). Kemudian Tok Aki rebus daun Semambu sebelum mandikan cucu Tok Aki. Ketika mandi Tok Aki ramas-ramas daun Semambu dan lumurkan pada badan cucu Tok Aki. Selain itu, pembaca juga boleh letakkan anak-anak yang terkena Demam Campak dalam besen kemudian biarkan mereka berendam dalam air daun Semambu seketika.

Selepas siap mandikan, Tok Aki nak nasihatkan supaya badan jangan di lap terus, sebaliknya biarkan ia kering secara semulajadi. Insya-Allah badan tak gatal.

Selain itu, daun Semambu juga boleh ditaburkan di atas tilam yang di tidur oleh anak yang terkena Demam Campak (taburkan daun Semambu dan lapik cadar).

Ada juga yang berpendapat daun Semambu boleh digantung di dalam rumah untuk mengelakkan demam campak berjangkit pada orang lain. Bagi mereka beragama Hindu, mereka percaya daun Semambu hanya boleh dijual atau boleh diambil sebelum 5.30 petang kerana selepas waktu itu dikhuatiri ia tidak mujarab dan kesannya akan dihadapi oleh orang lain pula.. Yang tu Tok Aki tak boleh pastikan.

Daun Semambu ni bagus untuk menghalau serangga atau kutu yang biasa duduk dalam balang atau tong beras di rumah. Jadi pembaca boleh letakkan beberapa tangkai daun Semambu dalam balang atau tong beras.. Insya-Allah serangga itu akan keluar.

Selamat mencuba… Apa yang penting kita ikhtiar..

Sekian…

Shares
One Comment
0 Pings & Trackbacks
0 Pings & Trackbacks

Leave a Reply