Petua Merawat Demam Kuning atau Jaundis

Assalamualaikum…Semua Pembaca…

Hujung minggu lalu Tok Aki pergi melawat rakan di Kajang yang baru saja menyambut kehadiran ‘orang baharu’ dalam keluarga mereka. Seronok bukan kepalang Tok Aki lihat rakan Tok Aki yang dikenali sejak muda lagi.

Maklumlah, baru dapat cucu baharu katakan. Namun, melihat kepada bayi comel berusia 3 hari itu, terselit sedikit masalah yang dihadapi keluarga rakan Tok Aki.

Cucu barunya mengidap Demam Kuning atau Jaundis dan pada bacaan yang tinggi.

Demam Kuning

Melihat raut wajah yang gembira bertukar sedikit berkerut selepas menceritakan nasib yang dihadapi cucunya itu.

Ada yang berpendapat Demam Kuning atau Jaundis adalah sesuatu kebiasaan bagi bayi baru lahir. Ada juga benarnya, sebab dua cucu Tok Aki sebelum ini pun mengidap Demam Kuning sehingga ditempatkan di wad di Hospital Putrajaya.

Alang-alang sudah berada di sana, Tok Aki kongsikan petua dengan rakan Tok Aki.

Katanya, pelbagai cara sudah dicuba termasuk memandikan dengan air Daun Kuchai, beri beberapa titik air anggur, kurma, susu kambing dan sebagainya, namun bacaan Demam Kuning cucunya masih belum turun.

Kebiasaannya, setiap bayi memiliki aspek penyembuhan berbeza. Ada yang mandikan dengan Daun Kuchai, bacaan boleh turun mendadak, ada yang bagi susu kambing, Demam Kuning hilang terus.

Namun, tidak salah jika kita mencuba atau berikhtiar untuk memastikan Demam Kuning pada bayi cepat sembuh.

Rakan Tok Aki juga ada mencuba jemurkan cucunya di bawah matahari waktu pagi. Tok Aki agak terkejut kerana cahaya matahari sekarang tidak sama dengan zaman Tok Nenek kita dulu.

Petua menjemur bayi di bawah matahari dulu boleh dikatakan relevan tetapi kini tidak lagi kerana cahaya matahari pada masa kini ini sangat berbeza kerana ozon kita makin nipis. Malah tindakan ini boleh mengundang musibah lain.

Perlu diingatkan juga, Demam Kuning memberi kesan yang tidak baik kepada bayi jika tidak dirawat dengan cepat dan betul.

Berdasarkan maklumat pakar, bayi yang mengidap Demam Kuning turut berisiko mendapat masalah pendengaran. Sebab itulah, jika bayi Demam Kuning, pakar kanak-kanak akan mengingatkan ibu bapa membawa bayi untuk pemeriksaan susulan termasuk ujian pendengaran selepas bayi berusia tiga bulan..

Ketika di rumah rakan itu, Tok Aki berkongsi dengan rakan dan Alhamdulillah bacaan kuning cucunya turun mendadak. Jadi, entri kali ini Tok Aki nak pula berkongsi dengan pembaca sekalian.

Tok Aki sedar petua ini mujarab bergantung kepada kehendak Ilahi. Apa yang penting kita berikhtiar.

Ramai tidak tahu, Bunga Kantan amat mujarab merawat Demam Kuning (dengan izin Allah).

Caranya amat mudah, pembaca boleh dapatkan beberapa kuntum Bunga Kantan di mana pasar tani atau pasar raya berdekatan. Harganya mungkin serendah RM2 sekuntum.

Bunga Kantan

Apa yang perlu dilakukan adalah, potong Bunga Kantan halus seperti untuk dijadikan kerabu untuk Nasi Kerabu. Kemudian rebus Bunga Kantan dan mandikan bayi yang ada Demam Kuning.

Insya-Allah bacaan Demam Kuning akan turun mendadak dan bayi anda tidak perlu ditempatkan di wad rawatan menggunakan lampu ultra ungu.

Selamat mencuba…. Insya-Allah dengan izin-Nya..

Sekian..

Shares
One Comment
  1. mkamar

    Terima kasih kerana berkongsi informasi.
    Disamping mengguna ubat dan pertua penggunaan Phototherapy juga berkesan untuk rawatan Jaundice pada bayi baru lahir. Sekarang nie ada khidmat menyewa machine PHOTOTHERAPY untuk membuat rawatan di rumah. Kami menggunakan PHOTOTHERAPY di rumah untuk anak baru lahir. Memang berkesan dan lepas 2 hari Jaundice level back to normal. Kami sewa di http://www.hometherapyy.com . (012-3404007) Mereka menggunakan LED Phototherapyy , tak panas untuk bayi dan berkesan.

0 Pings & Trackbacks
0 Pings & Trackbacks

Leave a Reply