Petua Merawat Batuk

Assalamualaikum semua pembaca..

Salam Jumaat semua..Semoga sihat hendaknya..

Tok Aki nak bercerita satu hal yang berlaku pada Tok Aki. Baru-baru ini, Tok Aki ada kongsi petua untuk penyakit Gout..Selepas saja reda Gout pada kaki Tok Aki, dugaan datang bertimpa-timpa pula.

Kali ini, Tok Aki batuk kering pula..paling sensara hilang nikmat tidur. Tok Aki pasti semua pernah mengalami masalah batuk tidak kira kering atau biasa-biasa yang berpanjang.

Pendek kata, nak tidur pun tak berapa lena..asyik terjaga saja..lebih teruk lagi batuk kering ni menganggu tidur orang lain..silap-silap berjangkit pula dengan ahli keluarga..lebih bahaya kalau berjangkit pada anak-anak kecil..

Tok Aki risau juga sebab kat rumah Tok Aki ada dua cucu masih kecil..kalau berjangkit, alamatnya tak tidur lah anak menantu Tok Aki..

merawat batuk

Jadi Tok Aki nak berkongsi Petua Merawat Batuk secara turun-temurun..Kalau petua Tok Aki ni tak menjadi, Tok Aki nasihatkan pembaca semua pergi berjumpa doktor..bahaya batuk lama-lama, Tok Aki khuatir takut terkena pula Tibi..

Sebelum tu, Tok Aki nak jelaskan dulu mengenai batuk terjadi. Batuk merupakan respons secara semulajadi untuk menyingkirkan kuman dari saluran penafasan.

Allah swt tu Maha Mengetahui, Dia turunkan batuk pada kita untuk membantu menghalang saluran pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan yang menjurus kepada penyakit yang serius seperti radang paru-paru.

Namun, kita juga kena tahu mengapa kita batuk. Pertama, penyakit berkaitan virus, alahan, merokok, tekanan atau terdedah kepada habuk.

Cara merawat batuk:

Madu mempunyai pelbagai khasiat untuk merawat pelbagai penyakit termasuk batuk

Pertama:

Madu

  • Campurkan madu dengan air suam, teh, jus lemon atau limau nipis. Amalkan setiap pagi. Isya-Allah batuk akan berkurangan dan hilang.

Kedua:

Akar Kemunting Cina

  • Ambil akar pokok Kemunting Cina yang berbunga putih. Kemudian asah pada pasu atau batu asah pisau beserta sedikit air. Selepas itu, air tersebut dicampur dengan sedikit kemenyan. Amalkan meminumnya sebanyak dua kali sehari.

Ketiga:

Daun Peria

  • Kalau batuk tak henti-henti. Ambil perahan daun peria dan minumnya. Ia amat pahit tetapi amat mujjarab untuk merawat batuk berpanjangan.

Keempat:

Air masak

  • Banyakkan meminum air masak kerana bendalir itu akan melegakan tekak anda. Kalau pembaca berjumpa doktor pun, nasihat utama adalah minum air putih sekerap mungkin. Seeloknya, baca Bismillah sebelum minumnya kerana bacaan ayat suci itu akan menukar molekul air menjadi positif. Bukan Tok Aki yang kata tapi ada penyelidik luar negara sudah membuktikannya.

Keempat:

Berhenti Merokok

  • Jika anda seorang perokok. Berhentilah dari merokok ketika anda mengalami masalah batuk. Ini kerana merokok akan menyebabkan batuk menjadi lebih teruk. Rokok juga mengandungi lebih 4,000 racun. Malah jika anda merokok bahana asap boleh menyebabkan paru-paru tak selesa dan boleh menjurus kepada masalah lain berkaitan paru-paru.

Jika batuk terus berpanjangkan sila dapatkan nasihat doktor. Jangan biarkan kerana ia boleh mengundang lebih banyak bahaya. Tok Aki nak nasihatkan kepada pembaca semua, dalam pada kita amalkan perubatan moden, jangan lupa petua turun-temurun juga amat berguna sebenarnya kerana ternyata lebih selamat tanpa bahan kimia…

Selamat mencuba….Sekian

Shares

Leave a Reply